Md Hanif
Fun Poster
- Messages
- 195
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 195
- Reaction score
- 11
- Points
- 15
Trinity Group memperkenalkan projek pembangunan mercu tanda terbaharunya, Trinity Rainfora dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM388 juta.
Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group Sdn Bhd Datuk Neoh Soo Keat berkata pembangunan kondominium 31 tingkat itu dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 0.97 hektar terletak di Bandar Kinrara 5, Puchong dan mempunyai 535 unit kediaman antara 68.66 meter persegi (m persegi) hingga 110 m persegi
“Dijadualkan siap pada 2028, harga bagi Trinity Rainfora bermula daripada RM530,000 untuk unit seluas 68.66 meter persegi. Trinity Rainfora menawarkan nilai yang tiada tandingan dalam pasaran semasa dan disasarkan kepada golongan kelas menengah atas dan profesional muda,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran projek itu di sini, hari ini.
Trinity Group Lancar Projek Trinity Rainfora Dengan GDV RM388 Juta Di Puchong
Trinity Group, hartanah, Trinity Rainfora, Neoh So
www.bernama.com