BTC USD 23,811.6 Gold USD 1,928.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Treler bawa gelung besi terbalik di Ayer Keroh

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,484
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,484
Reaction score
560
Points
121
Treler bawa gelung besi terbalik di Ayer Keroh
FB_IMG_1670584214515.jpg


MELAKA: Sebuah treler jenis Scania yang membawa muatan gelung besi terbalik di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Mozac) di sini, lantas menyebabkan kesesakan lalu lintas dari arah Banda Hilir ke Ayer Keroh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, kemalangan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain manakala pemandu treler berusia 38 tahun juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, semasa nahas berlaku, permukaan jalan adalah basah memandangkan cuaca pada ketika itu hujan renyai.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler itu datang dari arah kilang CSC Steel Sdn. Bhd. menghala ke Ayer Keroh untuk menghantar gelung besi ke syarikat perindustrian di Rawang, Selangor.

“Apabila sampai di persimpangan Mozac semasa lampu isyarat hijau, pemandu membelok ke kanan dan tiba-tiba terbalik dan melintang di tengah persimpangan lampu isyarat.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain atau harta benda awam. Pemandu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan lanjut dan siasatan masih diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register