Tranungkite.net : Diserang DDos Attack

CG Sponsors




kokorez

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
3,105
Reaction score
35
Points
30
salam...

saje nak tgk berita terkini diterengganu..hampa!nampak nye tranungkite kene serang lagik dek ddoss attack nie buat kali kedua...

kalo dari apa aku sempat baca ptg tadi.. ddoss attack nie melibatkan 500mbps (apa tue??)... dan serangan diupah dari luar negara..

cam2 skang nie..sampai web forum pun kena ... siapa plak yang upah nie..

yang nie serangan pertama (13 jan 2009).. hari nie x tau apa cite plak
link:- http://kedahlanie.blogspot.com/2009/01/tranungkite-di-serang.html

Tranungkite di serang !!!

MAKLUMAN TERKINI: Laman Web TKO telah ddos attack pada jam 12 tgh tadi (13 Januari 2009) dengan nilaian yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi. Serangan datang daripada pelbagai server termasuk Brazil, China dll. Anda boleh mendapatkan berita buat semnetara waktu daripada laman UO atau Detikdaily.

Awas - TKO hanya mempunyai e-mel [email protected] sahaja. Sebarang laman baru atau e-mel baru adalah perancangan penceroboh untuk mengesan forumer TKO.

- Cybershot
link: http://pendikargunung.blogspot.com/2009/01/alhamdulillahtranungkite-beroperasi.html

Wednesday, January 14, 2009
Alhamdulillah...Tranungkite Beroperasi Semula

Alhamdulillah...akhirnya laman Tranungkite Online (TKO) dapat beroperasi semula meskipun masih belum pulih sepenuhnya. Mengikut Webmaster laman itu, sebahagian server TKO di Jaring telah diserang oleh ddos attack 500MBps.

DDos Attack menggunakan server luar negara sebagai zombie (yang telah digodam) untuk membebankan laman TKO. Ia satu kerja rumit dan profesional yang bukan mudah untuk dilakukan. Pihak webmaster TKO percaya penggodam dari luar negara ini telah dibayar upah yang tinggi untuk menjahanamkan TKO.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pada firewall Admin TKO hanya membenarkan IP-IP ISP Malaysia yang dikenalpasti sahaja untuk akses. Buat sementara semua akses daripada luar Malaysia akan ditutup sehingga PRK Kuala Terengganu selesai.

Pihak webmaster TKO seterusnya meminta semua pelayar blog itu bersabar dan memberi kepercayaan kepada Team IT PAS Pusat untuk menangani masalah ini yang dijangka selesai sepenuhnya selepas PRK Kuala Terengganu kelak.
 
Last edited:
Sponsored Post

kokorez

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
3,105
Reaction score
35
Points
30
komen Tok Penguhulu TKO pas recover dr attack pertama

link: http://pemudabersamamu.blogspot.com/2009/01/tko-di-serang-distributed-denial-of.html

TKO Di serang Distributed Denial Of Service (ddos) Attack

Oleh Tok Penghulu (TranungKite Online)

Pagi selesa, saya bangun tidur awal 3.00 pagi kerana terlalu risau tentang artikel di TKO yang terlalu banyak belum di lulus terbit. Update laman amat slow, Pembantu webmaster dah 2 minggu berkampung di Kuala Terengganu dan terkini notebook ada masalah.

Saya baru lantik seorang lagi pembantu, dia juga baru menghantar e-mel nak berkampung di Kuala Terengganu.


Pagi itu saya buat Schedule News update untuk setiap 15 minit satu artikel akan di lulus terbit mulai jam 6.30 pagi sehingga 12.00 malam. Saya juga semak e-mel yang dihantar, terlalu banyak yang belum sempat dibalas atau diambil tindakan. Paling ketara ialah permohonan menambah links pada TKO. Saya rasa esok saya free sedikit kerana tak perlu lagi update, melainkan berita tergempar sahaja, bolehlah saya buat semakkan links laman-laman untuk dikemas kini.



Mungkin ada yang menghantar sudah merajuk dan menggagap TKO tidak mahu layan permintaan mereka...

Macam biasa pagi pergi kerja, sibuk di tempat kerja dan ada juga terlintas dalam hati nak lihat TKO macam mana berlaku bila 15 minit setiap artikel. Berapa hitsnya kerana terlalu cepat akan turun ke bawah.... Dalam masa nak buka TKO tersebut, jam 12.30 tgh saya mendapat masej daripada admin bahawa sebahagian server dijaring telah di ddos attack 500MBps. Satu nilaian yang sangat tinggi.

Anggapan saya harakahdaily telah di attack, mana-mana server yang berada dalam lingkungan rangkaian network sama di jaring akan terkena sama. Tidak hairanlah laman TKO, laman-laman PAS lain yang sewa di Jaring terkena sama tempias serangan tersebut.

Pukul 2.00 petang makluman daripada admin, pihak Jaring telah mengenalpasti sasaran ddos attack ini ialah TKO. Pihak Jaring telah menutup sementara untuk akses ke TKO.

Pihak kami masih menunggu makluman daripada pihak Jaring status serangan tersebut dan kita membuat persiapan bahawa semua akses daripada luar Malaysia akan ditutup sementara sehingga pilihan raya selesai.

Harap bersabar, beri kepercayaan kepada Team IT PAS Pusat untuk menangani masalah ini. Kita percaya dan yakin bahawa kita, yakni daripada Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan dalam hal ini.

Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada mana-mana pihak yang prihatin terhadap kami. Perbincangan dan pelbagai pertanyaan di beberapa laman web reformis menunjukkan mereka cukup prihatin dan mengambil berat terhadap apa yang kami lalui.

Kami juga berterima kasih kepada blogger network yang bertindak begitu cepat mendedahkan usaha-usaha sabotaj laman ini dengan membuat klon pada laman TKO agar user & password ahli TKO dapat dicuri.

DDos Attack mengguakan server luar negara sebagai zombie (yang telah di hack) untuk membebankan laman TKO adalah kerja yang agak profesional dan memerlukan tenaga dan usaha yang gigih.

Cara serangan ini adalah sama sebagai serangan kepada bank-bank dunia yang pernah berlaku sekitar Februari 2008 dengan kadar yang sama kami kena. Saya mempercayai mereka membayar ucap kepada para pengodam luar negara untuk usaha menjahanam TKO.

Setakat hari ini mana-mana sites yang kena ddos attack tidak ada cara untuk mengatasinya melainkan menukar IP server. Kita hanya menunggu maklumat daripada Jaring dalam hal ini.
Sebelum ini JARING telah memblock semua trafik yang menuju IP TKO. Sebentar tadi saya menerima masej JARING membuka kembali trafik ke IP TKO. Sebagai langkah berjaga-jaga, pada firewall Admin TKO hanya benarkan IP IP ISP Malaysia yang diketahui sahaja untuk akses.

Atas sebab itu semua pengguna dari luar Malaysia tidak dapat akses TKO. Tambahan lagi, akan ada pengguna Internet di Malaysia tidak dapat akses -- ini kerana rangkaian mereka belum ada dalam senarai pada firewall kami.

Sesiapa yang tidak dapat akses (dari Malaysia sahaja), tolong periksa IP mereka melalui http://whatsmyip.net , dan beritahu kami. Kami akan tambah masuk dalam senarai IP yang dibenarkan.

Perkara ini akan berlanjutan sehingga selesai pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Musafir, admin TKO yang bertungkus lumus semenjak beberapa hari lalu dalam memastikan anda semua dapat melayari laman TKO untuk menerima maklumat yang benar dan shahih.


Kepada Allah jua kita berserah.
harap TKO akan ok balik dari serangan yang kedua.. amin
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Adehh.. Sampai begitu sekali puaka tuh buat.. Israel pun tak jahanamkan bangsa sendiri..:-?

CariGold Forum > TRADING ZONE, CLASSIFIEDS & MARKETPLACE > Classifieds & Advertisements > Website, Blog Advertisement / Affiliates
Errr..Apsal kat trading zone lak nih..
 
Last edited:

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Pergh..... berapa ratus riban nak biayai serang ni?
 

bong

Active Member
Joined
Jan 5, 2009
Messages
1,453
Reaction score
23
Points
25
mungkinkah di sebabkan pilihanraya kat KT, tranungkite di hack? ...:mad:
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
mungkinkah di sebabkan pilihanraya kat KT, tranungkite di hack? ...:mad:
org bacul jek buat cmtu...
tu jek cara nak sekat kemaraan PR...
ye lah depa nya website blog bagai sume org menyampah nak tgk...
:eek::eek::eek:
 

zattara

Active Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
1,514
Reaction score
22
Points
30
perghhh...dasat giler...mungkinkah...cybertroopers???ntah la...tak tau aku politik ni....:sc:
 

kokorez

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
3,105
Reaction score
35
Points
30
Adehh.. Sampai begitu sekali puaka tuh buat.. Israel pun tak jahanamkan bangsa sendiri..:-?



Errr..Apsal kat trading zone lak nih..
aku rasa cam letak kat politics.. hehe..robot kasi angkut kut :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register