dloanman
CG Top Poster Club
- Messages
- 40,919
Top Poster #7
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 40,919
- Reaction score
- 4,115
- Points
- 266
- Awards
- 1
'Train to Dabong' mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan rakyat di negeri ini untuk melancong ke pekan Dabong, Kuala Krai setiap kali hujung minggu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...a/Train-to-Dabong-fenomena-baharu-di-Kelantan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Info Dabong
Dabong ialah sebuah pekan kecil yang terletak dalam Daerah Kuala Krai, Kelantan. Dabong merupakan daerah terbesar dengan keluasan 84,007.06 hektar. Walaupun Dabong merupakan daerah yang paling kurang membangun, ia merupakan pusat pentadbiran kedua bagi Jajahan Kuala Krai.
Pusat pentadbiran Majlis Daerah Dabong (MDD) terletak di Pekan Dabong iaitu kira-kira 87km dari Kuala Krai dan 155km dai ibu negeri Kelantan (Kota Bharu). Keluasan Majlis Daerah Dabong merangkumi 145,173.254 hektar secara keseluruhannya.
Ia merangkumi dua daerah besar di dalamnya iaitu Daerah Dabong (84,007.06 hektar) dan Daerah Olak Jeram (61,166.19 hektar). Daerah Dabong terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Kuala Pergau, Mukim Kuala Geris, Mukim Stong dan Mukim Kandek. Manakala bagi Daerah Olak Jeram pula terbahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Manek Urai, Mukim Manjor, dan Mukim Gajah
Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau di utara,selatan, barat dan timur. Majlis Daerah Dabong didominasi oleh kawasan hutan dan pergunungan yang kaya dengan sumber semulajadi yang terkenal terutamanya Air Terjun Gunung Stong (1422m) yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Terenggara. Sungai yang mengalir di Dabong ialah Sungai Galas.
Daerah Dabong ini juga dikenali sebagai 'natural gateway' bagi pelancongan yang berteraskan alam semulajadi. Terdapat juga beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pengunjung seperti Gua Ikan, Air Terjun Lata Rek dan Air Terjun Lata Kertas. Terdapat juga landasan keretapi melintasi kawasan Dabong dan berhenti di Stesen Keretapi Dabong.
Pengangkutan
Gunung Stong terletak Hutan Simpan Taman Negeri Kelantan dalam Daerah Krai pada ketinggian 1422 meter.Terdapat Gunung -gunung lain di sekitar seperti Gunung Ayam,Gunung Tera, Gunung Saji, Gunung Koh, Gunung Baha, Gunung Beirut dan Gunung Che Tahir.Hutan Simpan Taman Negeri terbentang luas meliputi keluasan 61,734 hektar.
Perjalanan ke sana :
- Cara pertama :
- Cara kedua :
- Cara ketiga :
Rekreasi
1. Air Terjun Jelawang
2. Kompleks Gua Ikan
3. Tempat Perkhelahan Sungai Stong
4. Jelawang Pipe Resort & Xtreme Park
5. Lata Kertas
6. Lata Rek
7. Lata Papan
8. Lata Berangin
sumber - http://www.mddabong.gov.my/ms