Tragedi gotong royong

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
REMBAU - Gotong royong membabitkan sekumpulan penduduk di taman ini berubah tragedi apabila seorang peserta, Mustafa Ibrahim, 40, meninggal dunia akibat dihempap dahan pokok.

Saksi, Ahmad Jani, 61, berkata, ketika kejadian arwah berada di bawah pokok manakala seorang lagi sedang memotong dahan.

Tanpa disedari, dahan pokok jatuh mengenainya.

Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas dan kebanyakan penduduk yang sedang membersihkan kawasan tidak menyedari kejadian berkenaan disebabkan bunyi mesin penebang pokok yang terlalu kuat.

“Saya nampak dahan pokok jatuh dan menjerit memanggil nama arwah tetapi tidak didengari kerana ketika itu arwah sedang tunduk mengutip dahan kayu yang sudah dipotong,” katanya ketika ditemui di rumah arwah di Taman Pedas Perdana.

Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi.

“Apabila melihat keadaan arwah yang cedera teruk, kami bergegas menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Rembau sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Namun kami dimaklumkan arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialami,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian.

Ketika bercerita mengenai mangsa sebelum kejadian, beliau berkata, sebelum itu arwah memanjat pokok untuk mengikat tali supaya dahan pokok yang ditebang tidak jatuh ke arah lain.

“Arwah memang selalu buat kerja memotong kayu. Dia seorang yang rajin dan ringan tulang selain sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongannya. Arwah kelihatan begitu ceria hari ini (semalam) dan sempat bergurau senda dengan saya,” katanya sedih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
kesian niat murni pun.teradi gak musibbah
 

azriff

Permanently Banned - , Multiple Accounts Cytokines
Joined
Jul 31, 2008
Messages
4,789
Reaction score
473
Points
46
x ada gambar ker?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register