BTC USD 23,472.9 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Bunuh Diri, Anggota Polis Terkorban Akibat Pengebom Berani Mati

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
07.12.2022 - Jakarta, Dua orang maut dan sembilan lagi anggota polis cedera dalam kejadian letupan bom selepas seorang lelaki bertindak meletupkan diri di hadapan pintu pejabat polis Astana Anyar, Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu. Menurut detikNews, kejadian tersebut berlaku pada pagi tadi, kira-kira pukul 8.20 pagi. Berdasarkan video yang dikongsikan Ago Ago di laman Facebook, kelihatan orang ramai panik dengan kejadian yang berlaku dan pihak polis melarang orang ramai untuk berada berhampiran dengan lokasi kejadian.

Pengeboman bunuh diri itu terjadi apabila suspek dikatakan menceroboh masuk dengan mengacukan senjata tajam ketika perhimpunan pagi sedang dijalankan. Apabila anggota polis cuba mengelak, suspek dilaporkan turut membawa bahan letupan itu dan tiba-tiba terjadi ledakan bom sehingga mengakibatkan kecelakaan yang membawa maut. Orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian turut panik selepas terdengar bunyi ledakan bom tersebut.

Kejadian tersebut mengakibatkan suspek dan seorang anggota polis, Aiptu Sofyan maut dan selebihnya dilaporkan mengalami cedera parah. Mangsa yang cedera segera dikejarkan ke hospital berdekatan. Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan polis sedang mengepung kawasan tersebut.


NSFW -

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register