BTC USD 66,497.3 Gold USD 2,405.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Berkelah: Ibu Maut, Tiga Anak Hilang Dihanyut Kepala Air

[KRONOLOGI] Tragedi kepala air Kampung Poh, Bidor​


08 FEB 2024

2530645.jpg

Aszura (kiri) dan tiga anaknya Hanna Mikayla, 7; Hafiy Muhayat Azam, 4, serta Hanum Marissa, 2, ditemui lemas akibat dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Koh, Bidor. Suami Aszura, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, (kanan) tidak turut serta dalam perkelahan itu kerana bekerja.


[KRONOLOGI]

Berikut adalah kronologi tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini yang mengorbankan empat beranak pada Rabu.

7 FEBRUARI 2024 [RABU]


4 petang:Seorang wanita maut manakala tiga anaknya dilapor hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.

4.30 petang: Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung.

ARTIKEL PENUH:Tragedi berkelah: Ibu maut, tiga anak hilang dihanyut kepala air

Tiga anak Aszura yang dilapor masih hilang Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7, masih belum ditemui, dikhuatiri dihanyutkan arus deras.

Kakak kepada Aszura, Aslinda Bani berusia, 38,tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat.

Turut terselamat, pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang hilang dijumpai sedang berpaut pada batu.

ARTIKEL PENUH:Ibu lemas, tiga anak hilang: 'Tragedi kepala air sudah lama tak berlaku'

9.50 malam:Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini ditemui meninggal dunia pada Rabu.

ARTIKEL PENUH:Tragedi kepala air: Mayat budak lelaki ditemui, kaki tersangkut bawah akar

'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak'

“Bila lagilah Uya (Aszura) nak makan mi kari kakak ni?” kata Noraini Maswan, 44, mengingati kata-kata Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sungapi Poh, Bidor sewaktu mangsa singgah makan di kedai makan tempat Noraini bekerja.

ARTIKEL PENUH:'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak'

'Hari ini hari terakhir kakak sekolah'


“Esok kakak tak nak sekolah dah, ini hari terakhir kakak sekolah.”

Kata-kata yang diluahkan Hanna Mikayla Azam, 7, itu seolah-olah menjadi petanda kehilangannya bersama dua adiknya dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.

ARTIKEL PENUH:'Hari ini hari terakhir kakak sekolah'

8 FEBRUARI 2024 [KHAMIS]

Tragedi kepala air: Dua mangsa terakhir ditemui


9 pagi:Dua kanak-kanak yang merupakan mangsa terakhir lemas akibat tragedi kepala air di Kampung Poh di sini temui pagi Khamis.

ARTIKEL PENUH:Tragedi kepala air: Dua mangsa terakhir ditemui
 
Sponsored Post

Tragedi kepala air: Jenazah 3 beradik disemadi sebelah ibu​


08 FEB 2024

2531152.jpg

Azam (duduk dua dari kiri) tidak dapat menahan sebak sejurus tiga anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor pada Khamis.


BIDOR – Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh dekat sini selamat disemadikan bersebelahan ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor pada Khamis.

Hujan renyai mengiring pengebumian Allahyarham Hanum Marissa Azam, 2; Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, yang selamat disemadikan dalam satu liang kira-kira jam 6.20 petang.

Sebelum itu jenazah tiba di Masjid Al-Muhtadin di sini dari Hospital Tapah untuk solat jenazah.

Bapa kanak-kanak terbabit, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, yang kelihatan lemah turut ditenangkan ahli keluarga sebelum solat jenazah.

Sebelum itu, ibu kanak-kanak terbabit, Aszura Bani, 37, selamat dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan pada jam 12.20 tengah hari.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang pada Rabu itu, enam sekeluarga bersama seorang pengasuh yang sedang menjalankan aktiviti berkelah di kawasan sungai terperangkap dalam kepala air.

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi terselamat.

Jasad Aszura ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung sekitar jam 4.30 petang manakala anak lelakinya, Hafiy Muhayat dijumpai pada 9.50 malam.

Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu Hanum Marissa dan Hanna Mikayla ditemui pada pagi Khamis.

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun itu ditemui hanyut sejauh 3 km dari tempat kejadian manakala kakaknya dijumpai 600 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
 

'Adik minta saya cari orang tolong' - Kakak mangsa​


08 FEB 2024

2531316.jpg

Aslinda ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor di sini pada Khamis. Laporan Sinar Harian


BIDOR – Tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini pada Rabu yang mengorbankan empat sekeluarga meninggalkan kesan mendalam buat mangsa terselamat.

Bagi Aslinda Bani, 38, kejadian menyayat hati yang menimpa adiknya, Aszura Bani, 37, dan tiga orang anak saudaranya, Hanum Marissa Azam, 2; Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, tidak akan dilupakan.

Menurutnya, ketika kepala air itu berlaku, Aszura sedang berdiri di tengah sungai memegang dua orang anaknya sambil menjerit meminta pertolongan.

“Dia jerit pada saya supaya pergi cari bantuan daripada orang lain untuk selamatkan dia dan anak-anak.
“Lepas saya datang balik ke tempat itu, air dah tinggi, mereka semua dah hilang dibawa arus sungai,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor di sini pada Khamis.

Aslinda yang turut dihanyutkan air sempat berpaut pada batu sebelum dibantu seorang warga emas yang merupakan penduduk setempat.

Sementara itu, dia menjelaskan sebelum kejadian tersebut mereka baharu sahaja membersihkan kedai milik Aszura di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.

Katanya, mereka pulang ke rumah menukar pakaian sebelum mandi di sungai terbabit sebelum berlaku tragedi tersebut.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang pada Rabu itu, enam sekeluarga bersama seorang pengasuh yang sedang menjalankan aktiviti berkelah di kawasan sungai terperangkap dalam kepala air.

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi terselamat.

Jasad Aszura ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung sekitar jam 4.30 petang manakala anak lelakinya, Hafif Muhayat dijumpai pada 9.50 malam.

Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu Hanum Marissa dan Hanna Mikayla ditemui pada pagi Khamis.

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun itu ditemui hanyut sejauh 3 km dari tempat kejadian manakala kakaknya dijumpai 600 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
 
Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, tidak dapat menahan kesedihan ketika pengkebumian anak-anaknya Hanum Marissa Azam, 2 Hafif Muhayat Azam, 4 dan Hanna Mikayla Azam, 7 di Tanah Perkuburan Islam Bidor hari ini.

Tiga anaknya adalah antara korban tragedi kepala air di Sungai Kenjur Kampung, Bidor semalam yang turut mengorbankan isterinya Aszura Bani, 37.

📸 Abd Rasid Lamak | BERNAMA

8292.jpeg
8295.jpeg
8298.jpeg
8301.jpeg
8304.jpeg
8307.jpeg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register