BTC USD 65,107.2 Gold USD 2,358.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Berkelah: Ibu Maut, Tiga Anak Hilang Dihanyut Kepala Air

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
447,575
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
447,575
Reaction score
36,001
Points
2,836
Awards
2

Tragedi berkelah: Ibu maut, tiga anak hilang dihanyut kepala air​

07 FEB 2024

2530036.jpg

Lokasi mangsa terperangkap ketika kepala air berlaku.

TAPAH – [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut manakala tiga anaknya masih hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 4 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang berkelah bersama tiga ahli keluarga yang lain.

Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung pada jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, tiga anak mangsa dikenali Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7, masih belum ditemui, dikhuatiri dihanyutkan arus deras.

“Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan melibatkan pelbagai agensi dengan radius pencarian sejauh tiga kilometer.

“Kita akan meneruskan operasi ini sehingga semua mangsa ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

Kejadian itu turut melibatkan kakak mangsa dikenali Aslinda Bani, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun, mereka bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Mohd Naim berkata, seorang lagi mangsa merupakan pengasuh wanita warga Indonesia berusia 30-an berjaya diselamatkan penduduk selepas berpaut pada batu besar iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi perkelahan.

Katanya, berdasarkan maklumat penduduk, kejadian kepala air jarang berlaku di kawasan itu.

“Mangsa maut telah dihantar ke Hospital Tapah, pengasuh wanita turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 4.03 petang.

Katanya, operasi dilaksanakan dengan membuat pencarian di sepanjang sungai bermula dari lokasi kejadian menghilir sungai tersebut melibatkan 17 anggota diketuai Balai Bomba dan Penyelamat Bidor.

“Bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Teluk Intan dan Unit Anjing Pengesan K9 bomba telah digerakkan bagi membantu operasi.

“Setakat ini, cuaca di tempat kejadian pada tidak lagi hujan, paras air sungai mulai surut, namun keadaan air masih lagi keruh,” katanya.

Sponsored Post

Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung pada jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, tiga anak mangsa dikenali Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7, masih belum ditemui, dikhuatiri dihanyutkan arus deras.
 
Ibu lemas, tiga anak hilang: 'Tragedi kepala air sudah lama tak berlaku'​

07 FEB 2024

2530249.jpg

Aszura (kiri) ditemui lemas, manakala tiga anaknya berusia masing-masing 2,4 dan 7 tahun masih hilang akibat dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Koh, Bidor. - Foto FB Aszura

TAPAH – Wanita yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air ketika perkelahan enam sekeluarga dan seorang pengasuh di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini petang tadi dikenali sebagai Aszura Bani, 37, dari Kampung Cegar, Bidor.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat manakala tiga anak mangsa yang berusia dua, empat dan tujuh tahun masih hilang.

“Seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang merupakan pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang hilang pula dijumpai sedang berpaut pada batu di sungai,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, usaha mencari tiga lagi kanak-kanak itu sedang giat dijalankan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk sehingga kini dalam radius pencarian tiga kilometer.

Mohd Naim berkata, aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.

Katanya mayat mangsa dan pengasuh yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan rawatan.

Sementara itu, Mohd Naim operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguh 7.30 malam ini atas faktor keselamatan dan akan disambung pagi esok. – Bernama
 
Tragedi kepala air: Mayat budak lelaki ditemui​

07 FEB 2024

2530331.jpg

Mangsa kedua disahkan identiti Hafiy Muhayat Azam, 4, dijumpai dalam keadaan kaki tersangkut di bawah akar pokok dalam sungai kira-kira 600 meter dari tempat kejadian pada jam 9.50 malam.

TAPAH – Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini ditemui meninggal dunia pada Rabu.

Mangsa, Hafiy Muhayat Azam, 4, dijumpai dalam keadaan kaki tersangkut di bawah akar pokok dalam sungai kira-kira 600 meter dari tempat kejadian pada jam 9.50 malam.

Identiti mangsa disahkan ibu saudara, Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51, yang hadir membuat pengecaman di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa dijumpai penduduk kampung yang turun membantu operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Penemuan ini menjadikan dua mangsa lagi masih hilang,” katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, tujuh sekeluarga yang sedang menjalankan aktiviti berkelah di kawasan sungai terperangkap dalam kelapa air.

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi terselamat.

Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung sekitar jam 4.30 petang.

Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Hanum Marissa, 2, dan kakaknya, Hanna Mikayla, 7.

Kejadian itu turut melibatkan kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun, mereka bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Seorang lagi mangsa merupakan pengasuh wanita warga Indonesia berusia 30-an berjaya diselamatkan penduduk selepas berpaut pada batu besar iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi perkelahan.

Sementara itu, penduduk, Muhammad Izwan Nordin, 26, berkata, sewaktu melakukan selaman di sungai berkenaan, dia ternampak satu objek seakan kaki budak di celah akar dibawah timbunan pokok.

Katanya, melihat keadaan itu, dia bersama enam rakan lain mengeluarkan mangsa sebelum berjaya membawanya ke tebing sungai.

“Mangsa ketika itu dalam keadaan mengiring, saya nampak ada beberapa kesan cedera di kepalanya, mengucap panjang saya apabila dapat sahkan yang saya jumpa itu adalah mangsa,” katanya.

Muhammad Izwan yang bekerja sebagai buruh sawit berkata, ini kali pertama dia turut serta dalam operasi menyelamat dan terpanggil untuk menyertainya kerana mengenali ibu dan bapa mangsa.

“Ini kejadian pertama kepala air di sini dan mangsa terlibat pula kanak-kanak, saya dan penduduk kampung tak sampai hati.

“Kebetulan, bapa saya berniaga di tempat Encik Azam (ayah mangsa) bekerja, jadi saya kenal dengan mereka,” katanya.
 
TERKINI - Dua mayat terakhir mangsa kepala air ditemui

Ahli keluarga kepada empat beranak yang ditemui lemas dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur, berkumpul di Unit Forensik Hospital Tapah bagi membantu proses pengurusan jenazah. - Foto NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

TAPAH: Dua mayat terakhir kanak-kanak mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh di Bidor ditemui pagi ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon.

Beliau berkata, mayat pertama ditemukan pasukan penyelamat jam 9 pagi sebelum disusuli mayat kedua 10 minit kemudian.

Identiti mangsa disahkan sebagai Hanna Mikayla Azam dan Hanum Marissa Azam masing-masing berusia tujuh dan dua tahun.

Terdahulu, dua mayat ditemukan susulan kejadian kepala air yang berlaku kira-kira jam 4.30 malam semalam, ketika empat beranak itu dikatakan berkelah di Sungai Kenjur.

Mayat pertama iaitu Aszura Bani, 37 ditemukan selepas kejadian itu, disusuli mayat kedua iaitu anak lelakinya, Hafif Muhayat Azam, 4, oleh penduduk kampung pada 9.50 malam tadi.

Tiga yang lain yang turut terperangkap kejadian sama dilaporkan selamat.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan tragedi kepala air di Sungai Kenjur yang ditangguhkan semalam diteruskan semula jam 8 pagi tadi.

6994.jpeg
 
Operasi bawa turun jenazah Zahalita ditangguhkan lagi

JERANTUT, PAHANG: Keadaan berawan dan berkabus tebal di sekitar Gunung Reskit, Kuala Tahan menggagalkan operasi membawa keluar jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis, berkata operasi menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada 8.30 pagi dan 3.30 petang.

"Setelah gagal mencari lokasi tepat, helikopter berpatah balik dan mendarat untuk mengisi bahan api di Gua Musang, sebelum mendarat semula di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis pada jam 12.30 tengah hari.

"Penerbangan kedua dijalankan semula pada jam 3.30 petang, namun masih gagal dan berpatah semula ke Kuala Lipis, operasi ditangguhkan pada jam 5.15 petang," katanya.

Katanya, operasi akan bersambung mulai 7 pagi esok dan dijangka mendarat di Gunung Gedung terletak kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Terdahulu, Allahyarham Zahalita Othman, 52, mengikuti program pendakian sejak 1 Februari lalu dan meninggal dunia di Gunung Reskit, Kuala Tahan, dekat sini.

Sumber: BERITA HARIAN

7002.jpeg
 
Jenazah Zahalita selamat dibawa keluar dari Gunung Reskit

LIPIS – Jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada Selasa lalu selamat tiba di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, dekat sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah Zahalita Othman, 53, yang berada di Gunung Reskit, Kuala Tahan dekat Jerantut berjaya dikeluarkan dari kawasan hutan dengan menggunakan helikopter MI -171 Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Komander Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM, Subang, Penguasa Bomba Kanan 1, Mohd Ruzaidi Ramlee berkata, operasi membawa keluar jenazah bermula pada pukul 7.30 pagi yang disertai seramai 14 kru penyelamat terdiri daripada anggota bomba dan pasukan Pusat Mencari dan Menyelamat Gunung Tahan (MOSAR).

"Alhamdulillah, sebaik tiba di lokasi sekitar pukul 8.30 pagi dalam jarak kira-kira 5,200 kaki, kita telah berjaya menurunkan dua anggota penyelamat bagi membantu membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung.

“Cuaca hari ini cukup membantu dan membolehkan operasi mengangkat mayat mangsa ke atas pesawat di udara setinggi 50 meter berjalan lancar tanpa apa-apa halangan,” katanya ketika ditemui di padang SMK Clifford dekat sini hari ini.

Mohd Ruzaidi berkata, pasukan penyelamat turut menurunkan 80 kilogram bekalan makanan kepada baki pendaki di Gunung Reskit.

Jelasnya, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut bagi urusan bedah siasat.- KOSMO! ONLINE

7044.jpeg
 
Ni berita lain bang
Kena buka thread baru kalau belum ada lagi thread 😀
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register