BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TPM Israel letak jawatan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


TEL AVIV - ISRAEL. Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom meletak jawatan berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual ke atas beberapa wanita.

Shalom yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan itu kelmarin lapor Reuters.

Beliau turut mengumumkan menarik diri sebagai anggota Parlimen Israel (Knesset).

Media Israel melaporkan, hampir 12 wanita tampil dengan dakwaan gangguan seksual terhadap Shalom tetapi tidak membuat aduan rasmi dan tiada dakwaan difailkan.

Susulan itu, Peguam Negara, Yehuda Weinstein telah mengarahkan polis menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri dan anggota Knesset," kata Shalom dalam satu kenyataan.

Shalom bukan ahli politik Israel pertama yang meletak jawatan akibat skandal salah laku seksual. Pada 2007, Presiden Israel Moshe Katsav meletak jawatan dan dipenjara 7 tahun selepas didapati bersalah merogol pembantunya ketika beliau masih berkhidmat sebagai menteri Kabinet pada akhir 90-an.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/tpm-israel-letak-jawatan-1.464454
 
Saya ingat Malaysia, berita luar negara mampoih p Kat dia...
 
Tapi yang Israel lebih bermaruah dari melayu kan ...
 
Ingatkan bersara sebab rasa bersalah membunuh rakyat palestine
 
Back
Top
Log in Register