BTC USD 36,336.6 Gold USD 1,842.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TPB2030, hala tuju agenda Bumiputera 10 tahun akan datang: Teraju

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1

TPB2030, hala tuju agenda Bumiputera 10 tahun akan datang: Teraju​

| | 29 November 2021
Selasa | 30 November 2021
1327103.jpg

TINDAKAN Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang dijadual dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Disember ini merupakan hala tuju agenda Bumiputera yang baharu bagi tempoh 10 tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Md Silmi Abd Rahman.
b1b632bc5f6decfd135392cf64567aefc38f7f7a.png

Beliau berkata, objektif utamanya adalah untuk memperkasa ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera bagi memastikan kelestarian dan kesaksamaan antara kaum dapat dicapai selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) agar tiada Bumiputera ketinggalan.
“Naskhah (yang akan dilancarkan) ini adalah untuk generasi baharu dan akan datang. Rasionalnya kita berbuat begitu adalah untuk memperkasa ekonomi dan sosioekonomi.

“Kita mahu memartabatkan sosioekonomi Bumiputera. Kita mahu mereka lebih kompetitif dan mempunyai integriti tinggi serta menjadi peserta global (pada masa akan datang).
“Kita mahu generasi muda mempunyai satu wawasan iaitu sanggup dan berani keluar di persada global atau serantau, dan paling penting tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Kami (Teraju) hanya (sebagai) pengupaya sahaja iaitu pemudah cara,” katanya pada taklimat mengenai majlis pelancaran TPB2030 di sini pada Isnin.

TPB2030 akan memperkenalkan perancangan strategik berimpak tinggi yang berupaya menghasilkan Bumiputera masa hadapan yang dinamik, berdikari dan berintegriti serta bersaing di peringkat global dalam memartabatkan maruah bangsa.
Majlis pelancaran akan diadakan di Dewan 4 dan 5 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan turut melibatkan penyertaan 33 pempamer.
Ia bertujuan memperkenalkan dan menghebahkan visi dan misi TPB2030 yang dibangunkan oleh Teraju selaku agensi penyelaras utama yang dimandatkan oleh Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Tujuh bidang keutamaan TPB2030 adalah mempercepatkan pembangunan sosiekonomi Bumiputera; menambah baik tadbir urus dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan; memperkukuh pendidikan dan memperkasa modal insan; meningkatkan daya tahan dan kemampanan perniagaan Bumiputera; meningkatkan penciptaan kekayaan Bumiputera; memanfaatkan sepenuhnya tanah rizab Melayu dan instrumen wakaf; dan memastikan pemilikan ekuiti korporat yang mampan.

Selain itu, tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) iaitu sektor-sektor ekonomi bernilai tinggi turut dikenal pasti untuk mencapai tujuh sasaran itu menjelang 2030.
Ia terdiri daripada pertanian dan komoditi, ekonomi digital, hab halal dan makanan, hab kewangan Islam, logistik, pengangkutan dan mobiliti lestari, pembuatan serta pelancongan.
Sebanyak 16 memorandum persefahaman (MoU) dijadual ditandatangani antara Teraju dengan pelbagai pihak pada majlis itu iaitu Petronas Dagangan Bhd, Microsoft, Bank Islam, EXIM Bank, Agro Bank, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Brainy Brunch, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Agensi Depositori Teknologi (TDA), NanoMalaysia Bhd dan Yayasan Sabah.

Selain itu, Teraju akan turut memeterai MoU dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, UiTM Sarawak, Borneo Start Up Accelerator (MDEC), Pusat Biodiversiti Sarawak, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). - Bernama
 

Attachments

  • 24e61148a56196760c5d6ec67eeeb25f6ec69067.jpg
    24e61148a56196760c5d6ec67eeeb25f6ec69067.jpg
    319.7 KB · Views: 1
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,809
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,809
Reaction score
17,753
Points
2,536
Awards
1
TPB2030 | 6 Sasaran Utama Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030

Enam sasaran utama digariskan dalam Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB) untuk dicapai menjelang 2030 menerusi tujuh aktiviti pertumbuhan ekonomi utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha ini adalah inisiatif kerajaan dalam membentuk kesaksamaan peluang dari segi ekonomi dan sosioekonomi yang seterusnya memperkasa agenda bumiputera.

#vivoY76 #vivoY76MobileLegends #IncredibleGamingExperience

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,809
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,809
Reaction score
17,753
Points
2,536
Awards
1
PEMBANGUNAN BUMIPUTERA | 6 Sasaran TPB2030 Perkasa Agenda Bumiputera

Enam sasaran utama digariskan Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB2030) untuk dicapai menerusi tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA).

#vivoY76 #vivoY76MobileLegends #IncredibleGamingExperience

 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,000
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,000
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
teraju ni bukan dana pinjaman ke ... duk pusing2 sama je
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,809
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,809
Reaction score
17,753
Points
2,536
Awards
1

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,809
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,809
Reaction score
17,753
Points
2,536
Awards
1
Mcm punb .. pinjaman perniagaan

Nak bagi biasiswa tak mampu
Tu bagi pinjaman perniagaan je

Cuma masalah nya bab pengurusan kewangan ni yang ramai Bumiputera tewas
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register