Toyota Passo Sette the next Perodua MPV?

CG Sponsors




ayeen38

Active+ Member
Joined
Jul 5, 2006
Messages
3,322
Reaction score
2
Points
25





PELANCARAN Toyota Passo Sette di Jepun, baru-baru ini mencetuskan tanda tanya sama ada model berkenaan akan dibawa masuk ke negara ini atau sekadar dipasarkan ke pasaran negara matahari terbit itu sahaja.

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dengan tujuh tempat duduk itu dibangunkan bersama Daihatsu terkenal dengan teknologi kenderaan versi kompak tetapi berkuasa.


Nama Sette diambil daripada perkataan Itali yang membawa maksud tujuh dan Passo Sette adalah model Passo yang mempunyai tujuh tempat.

Bagaimanapun, Daihatsu turut memiliki model hampir sama yang dikenali sebagai Daihatsu Boon Luminas, yang bermaksud lapang dan terang.

Kedua-dua varian itu dijana enjin 1.5 L 3SZ-VE yang memiliki 109PS pada 6,000rpm dan tujahan tork setinggi 141Nm pada 4,400rpm.

Passo Sette dan Boon Luminas didatangkan dengan pacuan dua roda dan semua roda transmisi automatik empat kelajuan.

Mengikut laporan, Passo Sette sepanjang 4,180 milimeter (mm), 1,695mm lebar dan 1,620mm panjang manakala Boon Luminas 15 mm lebih panjang daripada kembarnya.

Antara ciri menarik yang terdapat pada Passo Sette merangkumi sistem hiburan untuk penumpang belakang seperti skrin tujuh inci dan pemain cakera padat digital (DVD).

Selain itu, Boon Luminas tidak kurang menariknya apabila dibekalkan dengan sistem audio yang mampu menyimpan lagu sehingga 660 minit.

Teknologi berkenaan membolehkan pemilik kenderaan tidak perlu membawa cakera padat sepanjang masa dan mereka hanya perlu membuat salinan ke dalam sistem audio terbabit.

Daripada sudut keselamatan, kedua-dua model itu menawarkan enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan sistem brek ABS terkini.

Difahamkan, kedua-dua model berkenaan kini mendapat perhatian Perodua dalam usaha mengeluarkan kenderaan tujuh tempat duduk pertamanya tahun ini.
cung,.. cung...
 
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
kompem harga mencanak...

produa ni harga bleh tahan kemahalannye..
 

g_kan

Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
2,279
Reaction score
180
Points
33
mcm Myvi,tapi dipanjangkan.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register