BTC USD 42,772.2 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Toyota & Honda Menghentikan Sementara Pengeluaran Di Malaysia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,443
Reaction score
4,154
Points
236
Toyota Dan Honda Menghentikan Sementara Pengeluaran Di Malaysia Disebabkan Sekatan Pergerakan Covid-19;

Bermula minggu ini, Malaysia telah mula melaksanakan PKP berskala penuh, yang menyekat pergerakan orang ramai. PKP berskala penuh ini akan dilaksanakan untuk beberapa fasa, dan fasa pertama adalah antara 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 kelak, sekaligus menyaksikan hanya sektor perlu sahaja boleh beroperasi.

Selari dengannya, kini melalui Reuters, ia dilaporkan Toyota dan Honda akan menghentikan sementara pengeluaran di kilang-kilang mereka di Malaysia.Dengan ini, ia dijangka akan memberikan kesan terhadap pengeluaran kenderaan oleh syarikat berkaitan.

Toyota sebelum ini telah mengeluarkan 51,000 kenderaan di Malaysia pada tahun lepas, sementara subsidiari mereka, Daihatsu Motor pula telah mengeluarkan 220,000 pada 2020. Sementara Honda turut akan menutup kilang pengeluaran mereka yang mengeluarkan sekitar 100,000 kereta dan 300,000 motosikal setiap tahun.

Honda-Kereta-950x535.jpeg
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,848
Reaction score
2,695
Points
201
Tak bergeraklah no chasis PN1 dengan PMH.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register