Toyota Camry, PR Selangor

CG Sponsors

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
Bukan tender terbuka
Oleh Abdullah Wahab
[email protected]

KUALA SELANGOR: Keputusan kerajaan Selangor membeli 15 kereta Toyota Camry untuk kegunaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri minggu lalu dibuat berdasarkan sebut harga dan tidak menerusi tender terbuka.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya memanggil wakil beberapa syarikat kenderaan termasuk UMW Toyota serta Proton dan menilai kos termasuk daripada segi penyelenggaraan sebelum membuat pilihan menggantikan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebelum ini.

“Selepas meneliti semua sebut harga syarikat kenderaan terbabit, kerajaan negeri mengambil keputusan membeli Toyota Camry atas faktor kos dan penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gotong- Royong Serentak Negeri Selangor di Taman Sentosa, Bestari Jaya semalam.

Program gotong-royong itu tertumpu di kawasan dalam pentadbiran 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Khalid berkata, penyerahan 15 unit kereta Toyota Camry itu dilakukan secara berperingkat bagi kegunaan 10 anggota Exco Kerajaan Negeri dan tiga pegawai kanan kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

“Kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebelum ini dijual menerusi sistem tender terbuka dengan penilaiannya dibuat Jabatan Kerja Raya,” katanya yang enggan mengulas bilangan kereta Toyota Camry diterima setakat ini.

Sementara itu, beberapa penduduk Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri membeli kereta berkenaan sedangkan janji dalam manifesto ketika pilihanraya umum lalu masih belum ditunaikan seperti pemberian elaun bulanan RM50 kepada kanak-kanak prasekolah.

Seorang peniaga, Saifudin Halim, 41, berkata berdasarkan keadaan ekonomi sekarang, kerajaan negeri sepatutnya belanja dengan berhemah selain mengutamakan masalah rakyat berbanding kehendak peribadi.

“Cadangan bantuan anak prasekolah sepatutnya diteruskan bagi meringankan beban ahli keluarga terutama mempunyai anak ramai.

“Seperti saya yang ada dua anak bersekolah, duit itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban,” katanya.

Suri rumah, M Kanmoney, 37, berkata bantuan ditagih penduduk negeri ini sepatutnya disalurkan segera bukan membeli kereta kegunaan pemimpin.

“Suami saya mekanik dan pendapatannya kecil. Saya ada seorang anak belajar di prasekolah selain anak lain di sekolah rendah dan menengah.

“Jika kami dapat sebulan RM50 ia membantu mengurangkan beban kewangan,” katanya mendakwa perlu membayar deposit RM75 ketika anaknya masuk di sekolah tadika selain membayar RM30 sebulan.

Tahukah anda.. bahawa sebut harga hanyalah bagi kerja-kerja dan bekalan di bawah RM200,000 sahaja??

Tahukah anda... bahawa pembekalan tersebut hendaklah melalui tender tertutup, sekiranya tidak mahu menggunkan tender terbuka??Itu pun setelah melalui pelbagai peringkat permohonan pelepasan?

Tahukah anda... jabatan kerajaan yang mahu membeli kenderaan dikehendaki untuk membuat tender terbuka atau sebut harga terbuka?? Walaupun untuk satu kenderaan sahaja???

Tahukah anda... Kerajaan negeri Selangor lebih mementingkan kenderaan dari manifesto yang telah dijanjikan dulu??

Tahukah anda.. Aku bukan nak backup sapa2, terutama Khir Toyo, sebab dia pun buat salah, tapi aku terkilan, ngapa PR pun terikut-ikut rentak pemimpin terdahulu yang lebih mementingkan keselesaan dan kemewahan??? Adakah mereka semua telah lupa janji mereka, sedangkan janji adalah lebih penting untuk diutamakan??
 
Sponsored Post

daeng

Active Member
Joined
Mar 26, 2007
Messages
1,188
Reaction score
0
Points
20

Yang lawak nya... 2.0L depa x nak...
x cukup power untuk berkhidmat for rakyaat!!...ha..ha..
2.4L boleh jln jauh sikit !! ..ha..ha..

Memang dasar hipokrit!!... dulu waktu mula sidang parlimen ... ramai yang pakai basikal... kononya... berjiwa rakyaat ...ptui!!
 
1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
Yang lawak nya... 2.0L depa x nak...
x cukup power untuk berkhidmat for rakyaat!!...ha..ha..
2.4L boleh jln jauh sikit !! ..ha..ha..

Memang dasar hipokrit!!... dulu waktu mula sidang parlimen ... ramai yang pakai basikal... kononya... berjiwa rakyaat ...ptui!!
ishh... jangan la kuat2... nanti semua tau.. masa tu diaorg tak tau duit tu apa...:">:">
 
abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
125
Points
123
apesal x beli mercedes mcm kerajaan terengganu...lg bagus...safety first class....
 
gurucaca

Fun Poster
Joined
Jul 17, 2008
Messages
120
Reaction score
0
Points
10
Yang lawak nya... 2.0L depa x nak...
x cukup power untuk berkhidmat for rakyaat!!...ha..ha..
2.4L boleh jln jauh sikit !! ..ha..ha..

Memang dasar hipokrit!!... dulu waktu mula sidang parlimen ... ramai yang pakai basikal... kononya... berjiwa rakyaat ...ptui!!
Keadilan = UMNO :)
 
1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
apesal x beli mercedes mcm kerajaan terengganu...lg bagus...safety first class....
tak kisah la kereta apa pun... yang penting ni tgh bincang pasal kereta kerajaan PR.. kalau nak bincang pasal merc. kat ganu.. bukak thread lain.

p/s : sebagaimana arahan mod. tt nak kena jaga forumers... jangan lari tajuk aka koner tqvm... huhuhuhuhuhuh
 
biomedik

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2006
Messages
4,546
Reaction score
265
Points
41
kalau aku mb selangor, mercedes la aku beli cam mb terengganu tu. baru gempak.
 
1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
Bukan tender terbuka
Oleh Abdullah Wahab
[email protected]

KUALA SELANGOR: Keputusan kerajaan Selangor membeli 15 kereta Toyota Camry untuk kegunaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri minggu lalu dibuat berdasarkan sebut harga dan tidak menerusi tender terbuka.

.............. ila akhir.

Tahukah anda.. bahawa sebut harga hanyalah bagi kerja-kerja dan bekalan di bawah RM200,000 sahaja??

Tahukah anda... bahawa pembekalan tersebut hendaklah melalui tender tertutup, sekiranya tidak mahu menggunkan tender terbuka??Itu pun setelah melalui pelbagai peringkat permohonan pelepasan?

Tahukah anda... jabatan kerajaan yang mahu membeli kenderaan dikehendaki untuk membuat tender terbuka atau sebut harga terbuka?? Walaupun untuk satu kenderaan sahaja???

Tahukah anda... Kerajaan negeri Selangor lebih mementingkan kenderaan dari manifesto yang telah dijanjikan dulu??

Tahukah anda.. Aku bukan nak backup sapa2, terutama Khir Toyo, sebab dia pun buat salah, tapi aku terkilan, ngapa PR pun terikut-ikut rentak pemimpin terdahulu yang lebih mementingkan keselesaan dan kemewahan??? Adakah mereka semua telah lupa janji mereka, sedangkan janji adalah lebih penting untuk diutamakan??

cuba bincang pasal persoalan ni.. baru ilmiah sikit hehehehehe
 
kainlangsir

Legendary Member
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,458
Reaction score
267
Points
141
Tahukah anda : bahawa najib telah mendapt jutaan ringgit daripada hasil pembelian kapal selam dan jet pejuang su-30.
 
aKuLaH

Active+ Member
Joined
Jan 13, 2008
Messages
2,648
Reaction score
5
Points
30
apesal x beli mercedes mcm kerajaan terengganu...lg bagus...safety first class....

ni aku sokong...baik beli merc jer...mcm kerajaan BN sarawak semua exco kabinet gune Merc & BMW 5series...:">:">:) klu stakat camry tu aper class...:eek::eek:

:mad::mad::mad::(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register