Toshiba Cipta Teknologi Kesan 13 Jenis Kanser Dengan Setitik Darah

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,324
Reaction score
2,228
Points
236
Jika anda pernah mendengar mengenai Theranos, sebuah syarikat teknologi kesihatan yang mengatakan mereka mampu menjalankan ujian-ujian darah dengan sejumlah darah dengan kecil, nampaknya kini mempunyai pesaing oleh Toshiba.

Toshiba mengatakan bahawa mereka telah mencipta teknologi yang boleh mengesan 13 jenis kanser diperingkat awal dalam masa dua jam sahaja pada harga 20,000 yen (lebih kurang RM770).

Teknologi ini, yang dilaporkan dihasilkan bersama-sama dengan Tokyo Medical University dan juga National Cancer Research Institute memeriksa konsentrasi molekul microRNA untuk kanser-kanser seperti gastrik, esophageal, paru-paru, hati, saluran empedu, pankreas, usus, ovari, prostat, pundi kencing dan payudara dengan ketepatan setinggi 99 peratus

Walaupun begitu, teknologi ini masih berada didalam peringkat pengujian lagi, dan dikatakan hanya akan dikomersilkan dalam masa beberapa tahun lagi.

Jika teknologi ini benar-benar berkesan seperti yang digembar-gemburkan, orang ramai boleh mengesan serangan kanser lebih awal, dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya sebelum ia menjadi lebih teruk.



Sumber asal https://www.japantimes.co.jp/news/2019/11/25/business/corporate-business/toshiba-test-cancer-blood
 
Top
Log in Register