Top Glove Jangka Perolehan Tahun Depan Terjejas 3%

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
25.11.2020 - Kuala Lumpur, Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menjangka pendapatannya untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Ogos, 2021, akan terjejas sebanyak tiga peratus berikutan penggantungan sementara operasi kilangnya di Klang, Selangor. Bagaimanapun, pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata pihaknya menjangkakan tidak akan dikenakan penalti kerana kelewatan penghantaran.

“Kesan daripada gangguan sementara ini dijangka akan menyebabkan beberapa kelewatan dalam jadual penghantaran kami antara dua hingga empat minggu,” katanya.

Top Glove berkata syarikat itu menjalankan operasi di pelbagai lokasi dan negara dengan pelan kesinambungan perniagaan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan risikonya. Pada Isnin lepas, pihaknya mengumumkan penutupan kilangnya untuk membolehkan pekerja kilang itu disaring dan menjalani kuarantin berikutan peningkatan kes Covid-19 di situ.

Sebanyak 16 fasiliti pembuatannya di Meru, Klang telah menghentikan pengeluaran buat sementara waktu sejak 17 November lepas dan setiap fasiliti itu akan dapat beroperasi semula secara berperingkat selepas para pekerja selesai menjalani ujian ’swab’ dan kerja-kerja nyah cemar terhadap kilang tersebut.

Dua belas fasiliti lain kini beroperasi dengan kapasiti sekitar 20 peratus dan akan ditutup buat sementara waktu untuk proses ujian ‘swab’ terhadap pekerja dan ia akan dibuka semula selepas kerja-kerja nyah kuman dilakukan sepenuhnya.

Daripada segi kesan terhadap jumlah kapasiti pengeluaran bagi tempoh sekitar 14 hari, berdasarkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) dari 17 Nov hingga 30 Nov, 28 fasiliti yang terjejas di Meru mewakili sekitar 50 peratus daripada jumlah kapasiti pengeluaran syarikat.

“Sebagai langkah mengurangkan risiko, Top Glove telah menjadualkan semula pelan pengeluarannya untuk fasiliti yang tidak terjejas untuk memenuhi pesanan yang penting,” katanya.

Harga saham Top Glove turun 55 sen kepada RM6.80 pada penutup sesi dagangan Bursa Malaysia semalam.

Screenshot-3336.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/top-glove-jangka-perolehan-tahun-depan-terjejas-tiga-peratus/
 
Last edited:
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,573
Reaction score
1,895
Points
201
Kilang tak bole tutup
Nanti jatuh lg saham
baru je abah pam epf
1606274250421.png

Lg pun Hospital nak pakai brg
Kita nak pakai condom
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,676
Reaction score
1,402
Points
201
Biasa la spekulasi nak kasi harga drop.. harga da drop.. isu da hangat2 taik ayam.. saham naik la balik...
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,446
Reaction score
1,172
Points
201
awal covid arituh dorg dah meletop kaw2... hjg tahun kasi junam skit...
 

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
641
Reaction score
89
Points
30
Top Glove ni ada apa2 kepentingan istemewa ka kat kerajaan? nampak macam 'famous' pada kerajaan.
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,550
Reaction score
480
Points
51
Top Glove ni ada apa2 kepentingan istemewa ka kat kerajaan? nampak macam 'famous' pada kerajaan.
zaman2 covid ni brg apa yg sentiasa kena ada?sarung tgn, ppe, face mask&terbaru vaksin yg smua negara di dunia ni dok tgu..selg covid19 dok ada, brg2 tetap ada high demand..syarikat yg produce smua ni, saham2 depa mmg melantun2 la..gomen pun invest pd syarikat2 ni utk nk bg dividen pd kwsp
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,676
Reaction score
1,402
Points
201
Top Glove ni ada apa2 kepentingan istemewa ka kat kerajaan? nampak macam 'famous' pada kerajaan.
Bukan skrg.. dari dulu lagi.. zaman karam sigh walia.. bongkar topglove pakai pati..sebb pekerja tempatan susah nak dpt keje situ sebb total dari pekerja asing separuhnye pekerja asing pati.. topglove kene saman je bayar denda pastu kes senyap x silap zaman mahadir
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,573
Reaction score
1,895
Points
201
Saham glove tak bole pegi lah buat masa ni...tunggu vaksin kluar, abis menjunam

byk kes taukeh glove lain ni


tgk sapa yg jaga?
According to the statement, WRP’s board of directors had appointed former inspector-general of police (IGP) Tan Sri Musa Hassan as an adviser on regulatory compliance and security to ensure the company’s adherence to Malaysia's regulatory requirements.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,676
Reaction score
1,402
Points
201
Saham glove tak bole pegi lah buat masa ni...tunggu vaksin kluar, abis menjunam

byk kes taukeh glove lain ni


tgk sapa yg jaga?
According to the statement, WRP’s board of directors had appointed former inspector-general of police (IGP) Tan Sri Musa Hassan as an adviser on regulatory compliance and security to ensure the company’s adherence to Malaysia's regulatory requirements.
Hah bukan calang2 cable staff.. heh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register