Top Glove bakal dituduh langgar Akta 446

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,731
Reaction score
11,620
Points
1,906
Walaupun diberhentikan, Yubaraj gembira kerana gambar yang dirakam membantu menjelaskan keadaan di kilang berkenaan sebelum ini.

1607993725496.png


'Saya buat perkara betul' - kata bekas pekerja Top Glove


Diterbitkan Hari ini 8:40 am

Dikemaskini Hari ini 8:41 am


Yubaraj Khadka, 27 menganggap pemberhentiannya dari kilang Top Glove dibuat secara salah selepas berkongsi gambar menunjukkan ketiadaan pelaksanaan penjarakan fizikal di kalangan pekerja di kilang tersebut.

Di sebalik semua itu, lelaki berasal dari Nepal itu percaya dia melakukan perkara yang betul apabila memberikan maklumat mengenai bekas tempat kerjanya, justeru 'tidak gentar' menceritakan hal sebenar.
Bercakap kepada Malaysiakini, Yubaraj berkata dia bekerja di Top Glove selama lapan tahun, namun terkejut apabila dipecat secara tiba-tiba.

Yubaraj mencerikan dia diberikan “kaunseling” selama 11 jam setelah dikenal pasti sebagai individu yang mendedahkan gambar berkenaan.

“Mereka juga mengambil telefon saya dari pukul 10 pagi hingga kira-kira jam 9 malam. Mereka meneliti setiap mesej saya,” ceritanya.

Reuters semalam melaporkan Yubaraj diberhentikan kerja sebagai pembantu kualiti pada 23 Sept lalu setelah syarikat itu mengecamnya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pada Okt lalu, dia pulang ke kampung halamannya dan melakukan ujian Covid-19 sebelum berlepas.

Yubaraj memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak pernah menjangka akan dipecat kerana bercakap benar, dua bulan kemudian.

Menurut Yubaraj, dia mengambil gambar-gambar berkenaan untuk menunjukkan kepada petugas hak asasi, Andy Hall bagaimana keadaan dan suasana kerja di Top Glove.

Katanya, bukan hanya kawasan tempat tinggal pekerja sesak dengan sistem pengudaraan yang kurang baik, malah penjarakan fizikal tidak dilaksanakan di kilang itu walaupun ia merupakan syarat wajib berikutan wabak Covid-19.



219ddf67d8494f87f7eee289717b598a.jpg



"Saya tidak tahu mereka akan pecat saya kerana melakukan ini," katanya.

Hanya kemudian dia diberitahu bahawa pekerja Top Glove tidak dibenarkan mengambil atau berkongsi gambar tempat kerja mereka.

Menurut surat pemberhentian yang dilihat oleh Malaysiakini , Top Glove mengklasifikasikan tindakan Yubaraj mengambil gambar berkenaan "tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu dari pihak pengurusan" sebagai tindakan salah laku yang membenarkan pemecatannya.

Bulan ini, pengeluar sarung tangan getah itu mengakui gagal menguatkuasakan peraturan penjarakan fizikal satu meter sebelum ini di kalangan pekerja kilangnya, tetapi mengakui telah melaksanakan perkara berkenaan.

Selepas Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membuka 19 kertas siasatan ke atas Top Glove kerana tidak mematuhi Akta Standard Minimum, Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, syarikat yang disenaraikan bernilai berbilion dolar itu kini berjanji memperuntukkan RM170 juta untuk membina asrama baru bagi seramai 21,000 pekerjanya.

"Saya melakukan perkara yang betul.

"Mereka yang melakukan perkara yang salah ," kata Yubaraj.

Sekarang bagaimana?

Ketika Yubaraj meninggalkan Malaysia, kes Covid-19 mula melonjak di kilang-kilang Top Glove di Meru, Klang.

Ribuan pekerjanya dijangkiti Covid-19 dan mencetuskan kluster Teratai - yang merekodkan 5,450 kes terkumpul dan merupakan kluster aktif terbesar di Malaysia.

Yamnarayan Chaudhary Tharu yang berusia 29 tahun, juga warga Nepal, menjadi pekerja Top Glove pertama meninggal dunia akibat jangkitan tersebut.

Sekarang di kampung halamannya di Dhankuta, yang terletak sekitar 430km dari Kathmandu, Yubaraj masih mencari pekerjaan, namun mengatakan dia gembira berada bersama keluarga dan rakan-rakan.

Malaysiakini difahamkan terdapat tuntutan pampasan dan kedua-dua mencapai penyelesaian. Syarat penyelesaian itu tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga.

Namun, yang paling menggembirakan Yubaraj adalah gambvar-gambar yang dirakam melalui telefon pintarnya membantu menjelaskan apa yang berlaku di dalam Top Glove.

Dia berharap episod itu akan membuka jalan bagi keadaan kerja yang lebih baik untuk bekas raka-rakan sekerjanya dan mendorong mereka bersikap menentang ketidakadilan.

"Adalah bagus semua orang tahu tentang ini sekarang.

"Sekiranya saya tidak mengadu kepada Andy dan jika tidak ada gambar, orang tidak akan tahu mengenai perkara ini.

"Sekarang sekurang-kurangnya orang mengikuti peraturan jarak fizikal satu meter," katanya.

Top Glove masih belum menjawab permintaan Malaysiakini untuk memberi komen mengenai artikel Reuters.


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,395
Reaction score
1,876
Points
201
Kilang dragon


Hanya 0.4 peratus kakitangan Hartalega positif COVID-19
Hanya 0.4 peratus kakitangan Hartalega positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Pembuat sarung tangan getah Hartalega Holdings Berhad mendapati hanya 0.4 peratus dari jumlah keseluruhan kakitangan mereka adalah positif COVID-19.

Syarikat ini telah menjalankan ujian COVID-19 kepada semua kakitangan mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Tindakan ini adalah selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan pada pada 7 Disember 2020, agar semua pekerja asing menjalani ujian COVID-19.

Hartalega juga memperluaskan ujian kepada pekerja tempatannya serta vendor luar seperti anggota keselamatan dan pengendali kantin, yang terdiri daripada 8,772 orang.

Ia dilakukan secara bertahap di Next Generation Integrated Glove Manufacturing Complex (NGC) di Sepang dan operasi Bestari Jaya, serta pejabatnya di Petaling Jaya dan Bandar Sri Damansara.

Semua keputusan ujian telah diterima dan dari jumlah keseluruhan 8,772 ujian yang dijalankan oleh klinik bebas yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan, 35 pekerja diuji positif untuk COVID-19. Ini merangkumi 20 pekerja di operasi Bestari Jaya dan 15 pekerja di NGC, yang semuanya tidak simptomatik semasa ujian dijalankan.

Pekerja yang terjejas kini menerima rawatan perubatan di hospital kerajaan, selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan.

Semua kontak rapat telah dikenal pasti dan diletakkan di bawah kuarantin dan akan menjalani ujian seterusnya mengikut SOP sebelum mereka dibenarkan kembali bekerja.

Disebabkan ini, Hartalega melaporkan bahawa beberapa barisan pengeluaran ditutup buat sementara waktu, dan kehilangan kapasiti dianggarkan kurang daripada 0.5 peratus daripada keluaran tahunan.

Pembasmian kuman secara menyeluruh untuk semua kawasan yang terlibat juga dilakukan, menurut syarikat itu.

"Walaupun malangnya kita mempunyai kes positif di kalangan pekerja kita, kita digalakkan bahawa keadaan hidup yang baik dan taraf tinggi tempat tinggal pekerja kita yang melebihi standard yang diperlukan mempunyai membenarkan kami memuatkan jumlah kes.

"Seiring dengan langkah-langkah ketat yang diberlakukan oleh Hartalega pada awal pandemi, ini memungkinkan kami mencatat kadar positif yang rendah hanya 0.4% dari semua pekerja kami. Ini jauh lebih rendah daripada kadar positif kilang serupa yang lain," menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Holdings Berhad, Kuan Mun Leong.

KLUSTER TERATAI

Sebagai perbandingan, Kluster Teratai yang dikaitkan dengan sebuah lagi pembuat sarung tangan getah negara mencatatkan kes positif COVID-19 yang melebihi 5,000 kes, dan dari angka itu, lebih 4,800 adalah kes bukan warganegara, setakat akhir November.

Ini menyebabkan MKN mengeluarkan arahan agar semua pekerja asing menjalani ujian COVID-19, terutamanya mereka yang bekerja di dalam industri ini.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
asal dh top je mula la kne korek
tp bgus jgk diorg nmpk bnda yg trsorok ni
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,859
Reaction score
157
Points
43
baru baca TG integrated annual report, menarik juga.. CFO dengan account seksyen mesti lebam masa closing..haha

notes to the account sampai 53, meme terbaik..

boleh dapat info banyak la dari situ, litigation, significant event..bacaan santai..
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,965
Reaction score
21,122
Points
1,671
7113 byk junam harga. 6.40 sudah
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,395
Reaction score
1,876
Points
201
Glove tak bole naik lg lah
Naik pun sbb kobid

dulu2 pun da byk untung bikin kondom
Tp hak pekerja terabaiii
Itu pun epf invest haha
Jahannam la mcm ni
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,545
Reaction score
1,384
Points
201
Glove tak bole naik lg lah
Naik pun sbb kobid

dulu2 pun da byk untung bikin kondom
Tp hak pekerja terabaiii
Itu pun epf invest haha
Jahannam la mcm ni
da sah2 epf tahun ni 1% pastu leh la salahkan PH lagi... horaiiiiiiiiiii.. TQ PN
 
Sponsored Post
Top
Log in Register