Top Glove bakal dituduh langgar Akta 446

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,736
Reaction score
11,620
Points
1,906
Top Glove bakal dituduh langgar Akta 446
1 Disember 2020



1606792567607.png

Top Glove bakal berdepan dengan 63 pertuduhan di mahkamah. Foto Bernama


PUTRAJAYA - Beberapa syarikat termasuk syarikat pengeluar sarung tangan terbesar di dunia, Top Glove bakal berdepan dengan 63 pertuduhan di mahkamah.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Asri Ab Rahman berkata, syarikat berkenaan dipercayai melanggar Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) yang dikuatkuasakan sejak September lalu.






"Sebanyak 21 kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan pertuduhan akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL

 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,152
Reaction score
133
Points
83
bila dah jadi gergasi perniagaan macam ni pula... tindas orang bawahan untuk keuntungan syarikat...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,736
Reaction score
11,620
Points
1,906
Jabatan Tenaga Kerja berkata, 70% syarikat yang disiasat tidak mematuhi piawaian minimum perumahan pekerja.

Anak syarikat Top Glove antara yang disiasat berkait asrama pekerja




December 1, 2020 2:43 PM


bunk-beds-fmt-261120-1.jpg

Jabatan Tenaga Kerja berkata, 19 kertas siasatan dibuka berhubung kemudahan asas untuk penginapan pekerja, keselamatan dan kebersihan.

PUTRAJAYA: Hanya 30% daripada 24,000 syarikat menyediakan penginapan kepada pekerja kilang dengan mematuhi piawaian perumahan ditetapkan Kementerian Sumber Manusia, menurut pemeriksaan Jabatan Tenaga Kerja.

Ia termasuk beberapa anak syarikat pengeluar sarung tangan Top Glove Corp Bhd, yang kini disiasat atas pelanggaran undang-undang piawaian perumahan yang baru dikuatkuasakan untuk pekerja.

Tambahan, daripada 54,000 syarikat berdaftar di bawah jabatan itu, hanya 665 memohon sijil layak menduduki (CF) atau sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) untuk menyediakan perumahan kepada pekerja, kata pengarah jabatan itu, Asri Ab Rahman dalam sidang media.


Asri berkata, 19 kertas siasatan dibuka di bawah Akta 446 (Pindaan) 2019 yang merangkumi ruang penginapan piawaian minimum, kemudahan asas untuk penginapan pekerja dan keselamatan serta kebersihan.

Siasatan itu menyusul lonjakan kes Covid-19 membabitkan pekerja kilang di asrama.

“Sebanyak 63 dakwaan dibuat terhadap beberapa syarikat, termasuk Top Glove.”

Katanya, kesalahan utama adalah kegagalan memohon perakuan penginapan dari jabatan itu. Kesalahan lain termasuk keadaan sesak dalam asrama pekerja.


Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Kementerian Sumber Manusia akan mula menguatkuasakan pindaan terhadap Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) mulai 26 Nov lalu.

Pindaan tersebut berkuat kuasa 1 Jun lalu yang mewajibkan keperluan ruang minimum untuk kediaman pekerja, kemudahan asas serta keselamatan dan kebersihan.

“Akta ini bertujuan memberi pekerja penginapan lebih selesa, dan denda berat akan dikenakan kepada syarikat yang tidak mematuhinya,” kata Ismail pada sidang media.




Katanya, siasatan itu membabitkan 6 anak syarikat di 5 negeri – Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Selangor.


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,546
Reaction score
1,384
Points
201
Buat mcm2 requirements konon nak kasi tauke2 yg guna foregner nk stress aa takkann gune foregner akan guna local.. tapi dia org tetap akan pakai foregner sebb boleh tekan keje 12jam hari2
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,395
Reaction score
1,876
Points
201
Baru aje gomen beli share ari tu
Aduwaiiii
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,289
Reaction score
2,387
Points
206
macam manalah gomen terfikir nak letak duit kwsp pada syarikat haprak ni.
sebelum covid lagi kilang ni dah terkenal dengan penindasan terhadap golongan pekerja.
 

ramos

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
7,046
Reaction score
231
Points
73
haha bukan kwsp ke beli share aritu...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register