BTC USD 16,308.2 Gold USD 1,750.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tommy Thomas disiasat atas dakwaan menghasut, kata PM

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,059
Points
2,866
Awards
1

Tommy Thomas disiasat atas dakwaan menghasut, kata PM​

September 30, 2022 6:40 PM

tommy-thomas-fmt-300922-2.jpg

Pasukan petugas khas menemui empat element utama dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditulis Tommy Thomas.

PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas akan disiasat atas dakwaan menghasut serta membocor maklumat dan rahsia kerajaan berhubung bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata selain itu, Thomas juga disiasat berhubung dakwaan beliau terhadap badan kehakiman, selain mengambil tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta melakukan kecuaian profesional.

“Beliau disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124(1) Kanun Keseksaan kerana penyebaran laporan palsu,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan ke atas Thomas merumuskan keperluan menyiasat empat isu utama dalam bukunya yang turut memperincikan pengalaman beliau selaku peguam negara semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan.

Beliau berkata, pasukan petugas khas mengambil masa sembilan bulan sejak Disember 2021 untuk menyiapkan laporan serta memperincikan setiap dakwaan yang disebut Thomas dalam buku kontroversial itu.

“Pasukan petugas khas seterusnya mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku Thomas,” katanya.
Pada Disember lalu, Putrajaya bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat buku itu.

Pasukan petugas khas itu dipengerusikan penasihat undang-undang dan bekas peguam besar Sarawak Fong Joo Chung selain dianggotai bekas setiausaha kerajaan Sabah Hashim Paijan serta bekas ketua setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan bekas ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Junaidah Kamaruddin.

Turut serta, bekas hakim dan peguam kanan persekutuan Jagjit Singh serta dua peguam Shaharudin Ali dan K Balaguru selain wakil-wakil daripada badan berkepentingan.
 
Sponsored Post

samesame

Active+ Member
gem
Messages
4,239
Joined
Sep 8, 2011
Messages
4,239
Reaction score
1,072
Points
111
Kalau G15 ni UMNO majoriti, kedlm la jwbnya Thomas
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
386,900
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
386,900
Reaction score
25,372
Points
2,836

Elok la tu dakwa si TT ni
Keputusan pun nampak bias
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,059
Points
2,866
Awards
1
ni kenyataan PM selepas meeting Kabinet

1664539547120.png
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,059
Points
2,866
Awards
1
pasukan yg menyiasat hal buku thomas ni juga menyiasat pasal kes Adib dan juga kes Batu puteh
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,059
Points
2,866
Awards
1

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

1j ·

Ternyata benar apa yang Pemuda UMNO bangkitkan setahun setengah yang lalu termasuk laporan-laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO seluruh Malaysia mengenai pelbagai salah-laku bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang secara bongkak mendedahkan sendiri salah laku beliau. Antaranya termasuklah:

1f539.png
Mencatur perlantikan hakim-hakim ‘forum shopping’ termasuk Ketua Hakim Negara. Ini bercanggah dengan peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

1f539.png
Menggugurkan sejumlah besar kes berkaitan dengan PH. Ini termasuk menarik balik kes rasuah banglo terhadap Lim Guan Eng yang sudahpun dibuktikan ada prima facie dengan 25 saksi dan menghentikan prosiding terhadap 2 ahli DAP didakwa menyokong LTTE.

1f539.png
Penyalahgunaan kuasa dan kecuaian professional seperti melantik sebanyak 23 peguam luar sepanjang memegang jawatan Peguam Negara. Terdapat keraguan jikalau pelantikan peguam luar dalam beberapa kes yang dikendalinya dalam kapasiti Peguam Negara adalah teratur berlandaskan tatacara sedia ada; antaranya seperti berikut: (1)Rakan kongsi kamarnya, Ganesan Nethi telah dilantik untuk mengendalikan penyelesaian dengan Goldman Sachs berkaitan 1MDB; (2) TT telah melantik bekas rakan kongsi kamarnya, Sitpah Selvaratnam untuk mengendalikan penyitaan Equanimity, atas dakwaan Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai kepakaran dalam perundangan maritim.

Banyak lagi isu-isu lain yang pastinya telah disiasat di peringkat Pasukan Khas yang dilantik Kabinet ini.

Terima kasih YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas arahan yang dikeluarkan. Moga keseluruhan Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Tommy Thinas dapt segera didedahkan kepada umum.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
#PemudaJurubicaraRakyat
#BangkitKembali

1664540432912.png
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
386,900
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
386,900
Reaction score
25,372
Points
2,836
Awards
1
tunggu disiasat dulu tn TXT :D
tengok apa hasilnya

Kata nak dakwa
Tapi kena pastikan kertas siasatan sampai dekat Peguam Negara dulu
Selagi tak sampai
Maka hanya tinggal kata-kata saja lah
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,059
Points
2,866
Awards
1

Buku tulisan bekas peguam negara: Polis selesai rakam percakapan Thomas​

October 1, 2022 4:31 PM

Tommy-Thomas-bernama.jpg

Polis selesai merakam percakapan bekas peguam negara, Tommy Thomas, berhubung buku tulisannya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis sudah merakam percakapan bekas peguam negara, Tommy Thomas susulan laporan akhir pasukan petugas khas membabitkan buku tulisannya, “My Story: Justice in the Wilderness”.

Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin, berkata satu kertas siasatan telah dibuka bagi tujuan itu dengan laporan akan dirujuk semula kepada Pejabat Peguam Negara, pada 3 Okt.

“Percakapan bekas peguam negara tersebut juga telah selesai dijalankan oleh polis.

“…kertas siasatan yang telah diperkemaskan akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara pada 3 Oktober 2022 untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata Thomas akan atas dakwaan menghasut serta membocor maklumat dan rahsia kerajaan berhubung bukunya.

Katanya, selain itu, Thomas juga disiasat berhubung dakwaan beliau terhadap badan kehakiman, selain mengambil tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta melakukan kecuaian profesional.

“Beliau disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124(1) Kanun Keseksaan kerana penyebaran laporan palsu,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, Ismail berkata, kerajaan akan mendedahkan kepada umum laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan berkaitan buku tulisan Thomas.

“Kita akan dedahkan,” kata Ismail ringkas ketika diminta mengulas desakan supaya laporan akhir berkenaan didedahkan.
 
logammaut

Legendary Member
gem
Messages
14,586
Joined
Dec 12, 2009
Messages
14,586
Reaction score
2,839
Points
261
Awards
1
Geng LTTE kena buat demonstrasi jalanan tuntut keadilan utk TT utk balas jasa TT lepaskan diorang dulu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register