Tommy Thomas arahkan SPRM batal pembekuan akaun selepas diminta Guan Eng

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,335
Reaction score
10,300
Points
1,896
1597192126069.png


Campur tangan politik: Taikun yang terheret dalam skandal 1MDB
Diterbitkan 11 Aug 2020, 7:09 pm

Dikemaskini 11 Aug 2020, 7:14 pm

Secara tidak semena-mena taikun hartanah Lim Soon Peng mendapati dirinya menjadi perhatian dalam politik negara selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan semalam mendakwa seorang "Tan Sri" mendapat bantuan politik berhubung akaun bank miliknya yang dibekukan berkaitan skandal 1MDB.
Bagaimana pengasas Titijaya Land berusia 64 tahun itu, yang selama 37 tahun dalam bidang hartanah, tiba-tiba terbabit dalam skandal 1MDB?

Jawapannya ialah dengan memberi bantuan kepada Najib Razak sewaktu menjadi perdana menteri.

Menurut siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib membuat sekurang-kurangnya sembilan pemindahan wang kepada Lim antara 2012 hingga 2015 daripada akaun peribadinya yang menerima wang RM2.6 bilion, yang menurut pendakwaan boleh dikesan jejaknya kepada 1MDB.

Transaksi berjumlah RM31.103 juta itu adalah seperti berikut:
  • 16 April 2012 - RM1 juta
  • 10 Mei 2013 - RM225,000
  • 5 Jun 2013 - RM864,750
  • 7 Ogos 2013 - RM246,000
  • 14 Oktober 2013 - RM115,132
  • 5 Februari 2014 - RM150,595
  • 5 September 2014 - RM102,700
  • 24 Disember 2014 - RM160,000
  • 13 Februari 2015 - RM238,914
Tidak semua traksaksi diketahui tujuannya tetapi sekurang-kurangnya dua transaksi telah dibangkitkan atau diperincikan dalam perbicaraan rasuah RM2.28 dana 1MDB terhadap Najib.

Ketika perbicaraan, kita diberitahu - terutama untuk transaksi pada 2015 - bahawa Lim bertindak sebagai orang tengah untuk melindungi Najib daripada pihak yang memerhati perbelanjaan bekas perdana menteri itu.

"Jika PM (Najib) keluarkan cek peribadi, kita tak mahu ia disebarkan di Facebook," kata bekas setiausaha politik Najib, Wong Nai Chee ketika memberi keterangan pada April 2019, apabila ditanya mengapa Lim perlu dilibatkan, berbanding membuat pembayaran secara terus.

Perbelanjaan tersebut khususnya untuk kerja-kerja propaganda yang disasarkan kepada masyarakat Cina.

Najib mengeluarkan cek bernilai RM238,914 kepada Lim untuk pembayaran kepada dua entiti, iaitu AD Network dan Akademi Kewartawanan & Informasi Taima.

Untuk Ah Jib Gor
Dalam keterangannya, Wong berkata AD Network bertanggungjawab mengendalikan laman Facebook Najib bahasa Cina bernama "Ah Jib Gor", bermaksud "Abang Jib", yang memaparkan imej mesranya kepada masyarakat Cina.

Pembayaran kepada Akademi Kewartawanan & Informasi Taima pula, menurut Wong, adalah untuk menerbitkan Chinese Weekly yang memberikan kandungan "lebih objektif" berkenaan isu semasa dan dasar.

62bd12ade0510b704ed291cab00cbf1c.jpg


Selain daripada dua hal ini, tidak banyak maklumat secara terbuka berkenaan tujuan transaksi lain tetapi ia boleh jadi sama dengan traksaksi tahun 2015.
Wong berkata Lim diharapkan untuk "memobilisasi akar umbi" dalam masyarakat Cina.

Lim mungkin tidak tahu sumber dana daripada Najib tetapi apabila tindakan akhirnya dikenakan terhadap bekas perdana menteri selepas dia kehilangan kuasa, Lim mendapati dirinya terheret dalam skandal pengubahan wang haram global.

Apabila Najib dihadapkan dengan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, salah satu pertuduhan adalah berkenaan pembayaran RM246,000 kepada Lim pada 7 Ogos 2013. Maklumat berkenaan transaksi itu belum dibangkitkan di mahkamah.

Pada Oktober 2019, Lim juga termasuk dalam 80 entiti dan individu yang dikenakan kompaun bagi menyerahkan dana yang diterima daripada Najib.

SPRM tidak menyatakan nilai yang ingin didapatkan semula daripada Lim, tetapi untuk sejumlah individu dan entiti yang didedahkan nilainya, jumlah tersebut sama dengan apa yang mereka terima daripada Najib.

Ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu Latheefa Koya tiada pengecualian akan diberikan tetapi berkata akan membuat penelitian untuk kes di mana penerima bertindak sebagai orang tengah.

"Ada yang datang kepada kami dan dakwa mereka bukan penerima terakhir tetapi orang tengah, dan kami minta mereka tunjukkan penerimanya. Maka, kami sedang mengesan mereka dan SPRM memerlukan masa," katanya ketika itu.

Mohon batal beku
Bagaimanapun pembayaran semula bukanlah satu-satuny masalah memandangkan SPRM telah membekukan hampir semua akaun yang menerima wang daripada akaun Najib, termasuklah akaun Lim.

Menerusi peguamnya, Lim pada Oktober 2018 menulis surat kepada ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Mohd Shukri Abdull untuk memohon agar akaunnya tidak lagi dibekukan.

Menurut Takiyuddin, Lim juga didakwa mendapat bantuan daripada Dr Mahathir Mohamad, ketika itu perdana menteri, yang menulis nota yang kemudiannya disampaikan kepada SPRM.

Takiyuddin membacakan nota tersebut di Dewan Rakyat, yang menyatakan: "Saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan perdana menteri (Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Lim (Soon Peng). Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan".

Dalam kenyataannya hari ini, Shukri berkata dia tidak patuh kepada permintaan untuk membatalkan pembekuan akaun Lim.

Takiyuddin mendakwa Lim Guan Eng ketika menjadi menteri kewangan turut memanjangkan nota Mahathir kepada peguam negara ketika itu, Tommy Thomas.

Akaun Lim akhirnya tidak lagi dibekukan dan Thomas memaklumkannya kepada kerajaan pada 31 Mei 2019.

Bagaimanapun, kompaun terhadapnya - yang dikeluarkan pada Oktober tahun sama - kekal. Tidak jelas sama ada dia telah membuat pembayaran atau mencabarnya.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,335
Reaction score
10,300
Points
1,896
Pendedahan Takiyuddin dedah siapa sebenarnya PH – Shahir

22 August 2020

MGF28072019_PC-PEMUDA-GAGASAN-SEJAHTERA40-681x453.jpg

Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) memandang serius pendedahan Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melibatkan beberapa salinan surat membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan Tan Sri Tommy Thomas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 dan tahun lalu.

Ketua Pemudanya, Shahir Adnan berkata, DPIM menyokong penuh pendedahan oleh menteri berkenaan agar rakyat kenal rupa sebenar Pakatan Harapan (PH).


Menurut beliau, slogan Rule of Law oleh pimpinan PH dilihat hanya retorik semata-mata apabila badan perundangan dan kehakiman seolah-olah menerima ‘nasihat’ daripada badan eksekutif.

Pendedahan itu juga menunjukkan Kerajaan 22 bulan PH memandang enteng kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada PRU-14 untuk membebaskan badan perundangan dan kehakiman daripada pengaruh badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri.

“Hari ini, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbukti lebih telus apabila Perdana Menteri sekarang tidak masuk campur kes-kes berprofil tinggi seperti kes SRC yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

”Pendekatan Kerajaan PN menunjukkan Badan Perundangan dan Kehakiman sekarang di bawah Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang baru, menjalankan tugas tanpa pilih kasih atau takut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu, DPIM menggesa pihak SPRM untuk menyiasat pendedahan ini agar keadilan dapat dilaksanakan secara telus kerana negara ini memerlukan transformasi sistem perundangan dan kehakiman agar tiada lagi isu salah guna kuasa di peringkat kepimpinan tertinggi negara.

“Jangan menuduh seseorang itu penyangak atau penyamun, tetapi mereka sendiri adalah korup kuasa,” katanya. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post
Top
Log in Register