BTC USD 56,624.9 Gold USD 1,764.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Tom Cruise & Elon Musk Rancang Untuk Berlakon Filem Aksi Di Ruang Angkasa

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Pelakon popular Tom Cruise sudah membina karier dan reputasinya dalam filem aksi dengan melakukan sendiri babak lasak secara sendiri. Untuk berita terbaharu mengenai pelakon ini, terdapat laporan mengatakan bahawa beliau mahu akan berlakon secara langsung di ruang angkasa dalam sebuah filem aksi.

Tom Cruise dan Space X, syarikat milik Elon Musk dikatakan telah bekerjasama dengan NASA untuk filem ini. Ini bakal menjadikannyafilem pertama yang akan dilakonkan di angkasa lepas dalam sejarah manusia.

Projek filem ini kelihatannya masih berada dalam fasa awal, dan masih belum tiada studio filem yang mengurusnya. Berkenaan Elon Musk pula, beliau juga turut sama akan berlakon dalam filem ini namun masih belum dapat dipastikan watak jenis apa yang akan digalasnya.

Elon Musk bukanlah asing dalam industri perfileman kerana sebelum ini pun sudah membuat kemunculan dalam filem Iron Man 2, Rick and Morty, dan South Park.

Filem aksi berlatar belakangkan angkasa lepas ini masih belum lagi mendapat tarikh tayangan disebabkan masih lagi dalam fasa perancangan.

tom-cruise-elon-musk-movie-space-x-1218900-1280x0-1.jpeg


Sumber asal https://www.foxbusiness.com/media/tom-cruise-elon-musk-spacex-movie-nasa
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,956
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,956
Reaction score
2,470
Points
201
Elon Musk bukanlah asing dalam industri perfileman kerana sebelum ini pun sudah membuat kemunculan dalam filem Iron Man 2, Rick and Morty, dan South Park.

baru perasan elon ada dalam iron man 2 .. aduh
 

kopirait

CG Top Poster Club
Messages
39,075
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,075
Reaction score
2,951
Points
206
Sebahagian besar penggambaran di angkasa lepas atau setakat satu dua scene je?
 

imatheonlyone

Legendary Member
Messages
13,445
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,445
Reaction score
501
Points
171
Masuk south park Tu kne bahan je...Aku tgk season Tu...

Elon musk ni Scientology gak Kan cam tom cruise
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Krew Rusia Tiba di ISS Untuk Penggambaran Filem Pertama Di Angkasa Lepas

Tiga krew dari Rusia selamat tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi tadi untuk melakukan penggambaran filem Challenge. Angkasawan Anton Shkaplerov, pelakon utama Yulia Peresild dan pengarah Klim Shipenko tiba ke ISS menggunakan kapal angkasa Soyuz MS-19 selepas dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome Kazakhstan awal pagi Selasa.

Challenge-Movie-Filem-Angkasa-950x535.jpg.webp


Filem Challenge adalah mengenai seorang doktor yang terpaksa merawat seorang angkasawan di ISS kerana tidak boleh pulang ke bumi. Sekiranya semua berjalan lancar, ia akan menjadi filem pertama melakukan penggambaran di angkasa lepas. Selepas ini tiba giliran Tom Cruise dan Doug Liman pula untuk melakukan perkara yang sama untuk sebuah filem yang masih belum diberikan tajuk. Untuk ke ISS, Cruise dan Liman akan menggunakan perkhidmatan SpaceX dengan pelancaran dijadualkan berlaku bulan ini.

Untuk mencari pelakon utama Challenge, sebuah rancangan TV realiti telah diadakan di Rusia tahun lalu dengan 30 calon kemudian dipilih sebelum Yulia Presild diumumkan sebagai pemenang. Dalam dunia kita semakin banyak menggunakan kesan khas komputer, pembikin filem yang ingin melakukan penggambaran sebenar di angkasa lepas adalah gimik yang unik. Filem seperti Apollo 13 misalmya meletakkan Tom Hanks, Bill Paxton dan Kevin Bacon di dalam pesawat Comet Rocket untuk memberikan pengalaman sifar graviti yang realistik.

Sumber asal Roscosmos
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register