BTC USD 19,277.5 Gold USD 1,809.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tolonglah, Kami dah penat takdak ayaq!

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,493
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,493
Reaction score
2,553
Points
266
Awards
1
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 27 Januari 2022

1429091.jpg

Hafizuddin mengisi air ke dalam bekas sebagai persiapan akibat sering berdepan gangguan bekalan di Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.. Gambar kanan: Aminah terpaksa mengangkut air dari luar rumah setiap kali berdepan gangguan bekalan.
A
A
SUNGAI PETANI- "Kami dah penat dengan masalah air". Itu antara luahan penduduk di Taman Seri Bayu, Sungai Lalang di sini berhubung gangguan bekalan yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hafizuddin Harun, 36, berkata, situasi itu menyebabkan penduduk terpaksa bergantung harap kepada penghantaran bekalan menggunakan lori dari rumah ke rumah.

Dia yang bekerja di Pulau Pinang berkata, penghantaran bekalan tanpa jadual penggiliran selain jumlah penduduk terjejas yang ramai menyebabkan mereka terpaksa menunggu sehingga awal pagi semata-mata mahukan air terus dihantar ke rumah.

Sementara itu, Zulkarnan Abu Bakar, 48, berkata, ketiadaan air menyukarkan aktiviti harian khususnya untuk beribadat, membersihkan diri sebelum keluar bekerja dan anak-anak yang ingin ke sekolah.

"Depa dakwa tangki bocor sebab itu kawasan ini selalu tak ada air.

"Kadang-kadang bekalan air ada waktu pagi sahaja tetapi hanya dua, tiga jam sahaja sebelum habis,"jelasnya.

1429092.jpg

Nurin Zahirah 9, membantu ibunya, Nurhidayah mengisi air dalam tong di Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.

Masalah bekalan air turut menjejaskan Nurhidayah Ibrahim, 34, yang mempunyai bayi perempuan, Natasya Zaharah, 18 bulan yang bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Menurutnya, penjagaan bayi yang memerlukan penjagaan eksklusif itu terganggu memandangkan Nurhidayah perlu memastikan bekalan air mencukupi untuk keperluan rumah serta anak-anak lain ketika suami keluar bekerja.

Selain itu, Aminah Hassan, 61, berkata, akibat tidak tahan dengan masalah air yang berlarutan, kebanyakan penduduk telah memasang pam khas bertujuan meningkatkan tekanan bagi membolehkan air disalurkan ke dalam tangki dengan cepat sebagai simpanan yang boleh digunakan ketika berlaku gangguan.

"Sebelum ini kami tidak mahu tetapi bila kebanyakan penduduk dah mula pasang selain umur meningkat, penat nak angkut air masuk ke rumah setiap kali bermasalah, kami terpaksa sediakan kos pemasangan pam khas antara RM300 hingga RM400,"jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Afidah Ahmad, 31, berkata, biarpun masalah air seperti tidak berkesudahan, namun kerja-kerja pembinaan rumah baharu di kawasan berdekatan dilihat sedang rancak dibangunkan.

"Rumah sedia ada di sini sering berdepan gangguan bekalan air, bagaimana nanti bila rumah baharu siap, kami pun tak tahu apa akan jadi nanti," katanya.

Masalah sama pernah dikemukakan melalui laporan akhbar pada Februari dan Oktober tahun lalu, telah mendapat perhatian beberapa pemimpin yang turun padang, namun isu sama masih berlarutan.

Sinar Harian kini sedang menunggu maklum balas pihak berkaitan dalam usaha mengatasi masalah tersebut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/185047/EDISI/Kami-dah-penat-tiada-air
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Last edited:
Sponsored Post

GeeKaDoY

Active Member
Messages
2,192
Joined
Feb 12, 2008
Messages
2,192
Reaction score
493
Points
51

Patut la air tak sampai Sungai Petani.

Siram pokok durian waktu malam​

Oleh Noorazura Abdul Rahman- Januari 25, 2022 @ 5:54pm
[email protected]
Noorazura_sendphoto_1643099322_1643104450.jpg
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi ketika menghantar air kepada penduduk di Sik baru-baru ini. - Foto /Facebook Menteri Besar

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan terdapat aktiviti menyiram pokok durian menggunakan sumber bekalan air terawat pada waktu malam sehingga dikhuatiri menjadi antara punca berlaku tekanan air rendah yang lebih serius di daerah Sik.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kedudukan kawasan dusun durian yang jauh dari sumber air seperti tali air menyebabkan petani terpaksa menggunakan sumber air berkenaan.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan luas kawasan dusun durian terbabit.
"Selalunya tekanan air akan lebih laju pada waktu orang tidur iaitu antara jam 1 hingga 6 pagi, penduduk akan kumpul air dalam tangki pada waktu itu.

"Tetapi kita jumpa satu trend, air menyusut pada waktu berkenaan di mana kita menyimpulkan ada aktiviti penyiraman dan simpan air di dusun untuk siram pokok durian seperti musang king dan duri hitam," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di Sik termasuk di Jeneri ketika ini akibat musim kemarau.

Menerusi Facebook beliau baru-baru ini, Menteri Besar itu turut memuat naik gambar beliau memandu lori dan menghantar sendiri bekalan air kepada penduduk yang terjejas di daerah Sik.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, berkata tindakan itu menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan hujung paip tidak mendapat bekalan air pada waktu siang dan malam.
"Kos air terawat kos tinggi, walaupun dia (penduduk) bayar bil itu tetapi menyebabkan sistem (bekalan air) kita mengalami penurunan tekanan," katanya.
Beliau berharap penduduk yang mengusahakan tanaman pokok durian itu mencari alternatif lain untuk menyiram pokok tanpa menggunakan bekalan air terawat.
Pada 21 Januari lalu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata cuaca panas yang melanda Kedah sejak awal tahun ini dijangka berlarutan sehingga hujung Mac atau awal April depan.
Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana Kedah kini berada di fasa kedua Monsun Timur Laut.
Terdahulu, Muhammad Sanusi ditemui selepas menyerahkan hamper dan ang pau sempena Tahun Baharu Cina di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Pada majlis itu seramai 20 warga emas dan keluarga miskin berketurunan Cina menerima sumbangan berkenaan.
 
guri2demon

Active Member
Messages
2,347
Joined
Mar 17, 2010
Messages
2,347
Reaction score
759
Points
81

Bukan kerja MB bawak lori p hantar air.
Buang masa dengan benda merepek mcm ni.

Kerja dia patutnya panggil jabatan berkenaan, meeting nak bagi selesai masalah air cepat2.
 
GeeKaDoY

Active Member
Messages
2,192
Joined
Feb 12, 2008
Messages
2,192
Reaction score
493
Points
51
Bukan kerja MB bawak lori p hantar air.
Buang masa dengan benda merepek mcm ni.

Kerja dia patutnya panggil jabatan berkenaan, meeting nak bagi selesai masalah air cepat2.
Turun padang ma.... :ROFLMAO:

*Masalah air bertahun2 (kat rumah sendiri) tak settle. Pi kacau air rumah orang dulu pulak. Settlekan juga la kat sini dulu. lau pi kacau air p.pinang boleh laju air sini ok la juga... ni kacau sebab loyalti (duit). Orng takda air dok kena angkut susah payah, bayar meter serupa tu juga. Takdanya nak rebat apa...
 
dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,493
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,493
Reaction score
2,553
Points
266
Awards
1
Bukan sehari, tetapi 17 tahun!
Itulah tempoh yang terpaksa ditempuh penduduk di Mukim Bongor, Baling, Kedah dalam krisis mendapatkan bekalan air bersih. Lebih membebankan, dakwa penduduk, bekalan air hanya diperolehi dua minggu sekali.

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
26,314
Reaction score
3,585
Points
261
Awards
1
Bagus la takde air
Tak payah bayau bil air
 
Jedi

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,120
Points
661
Awards
1
Penang pun ada masalah air.

Penang ni air dari empangan mana?
 
dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,493
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,493
Reaction score
2,553
Points
266
Awards
1
Penang pun ada masalah air.

Penang ni air dari empangan mana?

mgkn dlm mslh ni kito tanyo dausbiz sbb dio org penang ekekekeke..:p
 
akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
26,314
Reaction score
3,585
Points
261
Awards
1
berhijrah le ke tempat lain

Da 17 thn takde air
Org kelantan semua da cabut ke kl
 
Sponsored Post

Top
Log in Register