Santai Tolong mencari mereka ini

CG Sponsors




Pittrich

Active Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
1,081
Reaction score
6
Points
25
Ramai pelajar universiti yang email saya sebelum ini minta penajaan aktiviti pelajar. Seperti biasa, saya kurang berminat kerana sebab-sebab tertentu yang panjang untuk saya ceritakan. Tapi saya lebih berminat untuk ceritakan hanya SATU aktiviti pelajar universiti yang saya bantu sekitar 4 tahun lepas. Suratnya berlainan dan mereka tidak meminta tajaan sebagai TAJAAN tetapi menggunakan perkataan "Pelaburan".

Saya berikan tajaan walaupun itu dikatakan sebagai pelaburan untuk mereka sekumpulan pelajar dari sebuah kelab di sebuah universiti awam. Katanya mereka perlukan modal untuk perniagaan semasa konvokesyen dan bersama surat mereka itu, mereka nyatakan secara ringkas prospek perniagaan mereka. Saya berminat dengan cara mereka yang bukan meminta-minta yang menyebabkan dipandang tinggi. Lalu saya serahkan sebanyak RM1000 kepada mereka.

Seminggu selepas konvokesyen berakhir, mereka melawat saya dan mengemukakan kepada saya sebuah envelop berisi tunai RM2200 dengan nota di envelop tertulis "RM1000 modal, RM1200 untung".

Saya tanyakan mereka, apa yang mereka dapat? Mereka jawab mereka jadi pandai berniaga kerana rupanya modal mereka dari saya lebih kurang 1/5 dari modal keseluruhan mereka (susah nak dapatkan investor katanya). Sebahagian mereka guna wang biasiswa mereka sendiri dan sebahagian dari orang seperti saya. Dengan modal yang sedikit mereka menggunakan khidmat lori sayur pasar borong untuk bawa bunga-bunga di Cameron Highland ke Pasar Borong Selangor dan hanya seorang sahaja yang menguruskannya dari Cameron Highland. Dari pasar borong itu mereka ambil dengan kereta beberapa kali perjalanan. Dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan baru mereka menggubah bunga-bunga itu menjadi jambakan tahniah kepada graduan-graduan. Yang menariknya, mereka ini semuanya pelajar lelaki dan kesemuanya berbangsa Melayu kecuali 2 orang Cina dan seorang Iban.

Saya tanya sekali lagi, selain itu apa yang mereka dapat dari segi keuntungan material? Mereka menjawap, mereka perolehi untung sebanyak RM20,000 bersih dan mengagihkan bakinya seperti yang dijanji kepada penyumbang sekurang-kurangnya keuntungan 50% akan dipulangkan (saya pun tak harap sangat). Tetapi mereka berikan saya pulangan lebih 100%.

Saya senyum dan seronok menerima envelop yang diberi sambil mengira tunai di dalamnya. Saya keluarkan RM1000 dan masukkan ke saku saya dan memulangkan baki RM1200 itu kepada mereka dengan pesanan...

"Pergi cari universiti lain dan teruskan lagi ikhtihar kamu".

Selepas itu mereka sering berhubung dengan saya melalui Yahoo Messenger dan selepas itu juga mereka berjaya menjalankan aktiviti perniagaan mereka itu di beberapa universiti awam yang lain. Tetapi kemudian YM saya tidak dapat dibuka sampai sekarang dan saya tak hiraukan kerana sudah ada facebook. Saya terputus hubungan dengan mereka semua. Kalau betul congakan saya, mereka pasti sudah grad sekarang ini.

Bila teringat cerita itu, saya cuba ceritakan semula di sini kerana saya berkenan dengan mereka semua ini. SEKALIPUN JIKA MEREKA GAGAL DALAM PELAJARAN MEREKA, saya mahu orang begini untuk bekerja bersama-sama saya mahupun menjalankan perniagaan sebagai rakankongsi. Jika anda yang saya maksudkan dalam cerita di atas ini sedang membaca coret ini, saya rasa anda pasti tahu siapa anda dan saya sedang mencari anda.

Mungkin ada perniagaan yang mampu kita usahakan bersama ;)



SAIFUL NANG
 
Last edited:
Sponsored Post

Pittrich

Active Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
1,081
Reaction score
6
Points
25
Reserved....
 
Last edited:

juweialhaj

Super Active Member
Joined
Apr 1, 2011
Messages
8,521
Reaction score
94
Points
70
pelajar u mmg kurang info apa yg diorang dapat bantu orang yg bg duit ni.

bg proposal bagai pun sebenarnya tak dapat pun menambah nilai pada yg memberi.

tapi kalo yg memberi tak kira sangat dia bagi je.
 

wantui

Fun Poster
Joined
Jan 28, 2009
Messages
498
Reaction score
36
Points
20
Ni dipetik dari saiful nang wall kat fb
 

IlyTrolak

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2011
Messages
142
Reaction score
3
Points
20
Menarik kisah ini, saya berbangga dengan mereka yang diceritakan... tahniah kepada mereka.... ini mungkin MAHASISWA KELAS PERTAMA.
 

magnesium

Legendary Member
Joined
Apr 18, 2010
Messages
10,544
Reaction score
308
Points
131
Jadi modal mereka total rm5000 la ye?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register