BTC USD 37,753.9 Gold USD 1,802.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tolong doakan Xandra sihat: Isteri Lan Solo

my360cam

Active Member
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.JPG


ISTERI kepada penyanyi Lan Kristal, Nur Sheila, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, yang bakal menjalani pembedahan pada 31 Mei depan.

Pembedahan yang akan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu adalah untuk merawat sumbing yang dialami anak bongsu pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.


Sheila yang turut memuat naik sekeping gambar bayi yang telah melalui pembedahan tersebut di laman Instagramnya, mengakui sudah cukup bersedia untuk berdepan saat-saat penting itu.

“Ini bukan Xandra, tapi inilah prosedur yang bakal Xandra lalui. Sebab itu dari Xandra lahir sampai sekarang, saya sedang dan masih belajar untuk cekalkan hati menghadapi hari-hari bersama Xandra.


“Untuk diri saya sendiri, insya-ALLAH… rasanya saya dah cukup bersedia dan saya mengharap doa dari semua untuk sama-sama bantu saya dan anak-anak cleft lain dipermudahkan segala urusan pembedahan dan dapat sembuh dengan segera.

“Untuk info, Xandra akan menjalani pembedahan pada 31 Mei 2018 di PPUM, dengan syarat Xandra perlu sihat sepenuhnya. Kalau tidak, pembedahan akan ditunda. Jadi, tolong doakan ye..” tulisnya pada kapsyen.



Selain Xandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,413
Reaction score
13,568
Points
1,906
alahai baby, comel. semoga Allah permudah segala urusan baby dan mak ayak dia..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,275
Reaction score
13,615
Points
2,376
Baby Xandra makin sihat dan aktif - Lan Solo

image.jpeg

PUTRAJAYA 9 Jun - Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo, 33, memberitahu bahawa anak keempatnya, Nur Amna Quxandra atau Baby Xandra semakin beransur pulih selepas genap seminggu menjalani pembedahan bagi merawat masalah bibir sumbing yang dihidapinya

Katanya, jahitan telah pun dibuka pada 6 Jun lalu tetapi luka pembedahan tersebut masih belum kering sepenuhnya dan mengambil masa kurang seminggu untuk betul-betul sembuh

“Doktor nasihatkan agar luka dicuci dua atau tiga kali sehari bagi mengelakkan jangkitan kuman dan kami perlu berhati-hati ketika melakukannya supaya luka tidak melarat memandangkan tisu bibir bayi yang masih lembut

“Jujurnya bukan mudah untuk kami buat semua itu kerana Baby Xandra akan menangis disebabkan rasa pedih dan sakit

“Namun, kami tabah hadapinya demi melihat Baby Xandra segera sembuh seperti sedia kala,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Online

Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof menambah, doktor juga memberi tunjuk ajar teknik mengurut bibir anaknya agar hasilnya kelihatan lebih cantik

Ujarnya, dia dan isteri, Nur Sheila Hassim, 32, akan bergilir-gilir menjaga Baby Xandra dari semasa ke semasa termasuk peka dengan sebarang perubahan yang berlaku terhadap bibir anak mereka yang dilahirkan pada 24 Februari lalu

Selain Baby Xandra, pasangan yang disatukan sebagai suami isteri pada 6 Disember 2009 dan telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff, 3


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/baby-xandra-makin-sihat-dan-aktif-lan-solo-1.688540#ixzz5HuLK5pB4
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,413
Reaction score
13,568
Points
1,906
semoga baby sihat dan sembuh dari operation tu
 

kunang-kunang

Fun Poster
Joined
May 21, 2010
Messages
970
Reaction score
127
Points
23
Alhamdulillah dh operate nmpk sihat dan makin comel
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
28,779
Reaction score
2,103
Points
206
anak2 adalah cahayo mato, penghibur hati & penyejuk mato....

doakan anak dio & anak2 kito jadi anak2 solah & solehah aminnnn
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,328
Reaction score
21,275
Points
1,671
sape tau kos operate bibir sumbing ni
 

m0mo~

CG Top Poster Club
Platinum Member
ForexMart Fans
Joined
Oct 4, 2012
Messages
35,312
Reaction score
388
Points
136
semoga dipermudahkan...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register