Tolak Jawatan - Org PAS tak Gila Jawatan

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,001
Reaction score
208
Points
133
Khairi, Haslina tolak jawatan Ahli Majlis

BANDAR BAHARU - Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Mohd Khairi Mohd Salleh yang sebelum ini dinamakan sebagai calon Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) yang sepatutnya mengangkat sumpah jawatan semalam, menarik diri daripada pencalonan itu.

Mohd Khairi berkata, beliau membuat keputusan itu bertujuan untuk memberi laluan kepada pemimpin parti yang lain ataupun kakitangan yang berkhidmat di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu terutama Yang Dipertua Pas Kawasan, Ustaz Hassan (Abdul Razak) tetapi saya membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan itu atas beberapa sebab,” katanya.

Mohd Khairi berkata, antara sebab itu adalah kerana beliau tinggal di Kulim dan seeloknya jawatan itu diberi kepada mereka yang tinggal di kawasan Bandar Baharu untuk memudahkan urusan pentadbiran selain lebih dekat dengan masyarakat setempat.

“Dalam hal ini, saya kira pemimpin yang tinggal dalam kawasan Bandar Baharu lebih sesuai berbanding saya. Kita ada ramai pemimpin parti yang berkebolehan serta mesra dengan masyarakat untuk dilantik ke jawatan itu. Selain itu, mereka yang bertugas di Pusat Khidmat ADUN yang sudah biasa berurusan dengan MDBB saya kira juga sesuai untuk dilantik memegang jawatan Ahli Majlis bagi memudahkan penyampaian maklumat dan juga berurusan sebagai orang tengah antara MDBB dengan masyarakat setempat,” katanya.

Meskipun membuat keputusan untuk menolak jawatan, Mohd Khairi berkata, beliau menaruh keyakinan terhadap Ahli Majlis MDBB untuk memainkan peranan secara proaktif untuk memajukan masyarakat dengan memberi tumpuan terhadap aspek pendidikan dan kesihatan sebagai agenda utama.

“Kita harus memperjuangkan kewujudan sebuah hospital bagi daerah Bandar Baharu selain meningkatkan prasarana kesihatan yang lain.” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Haslina Hashim yang turut dicalonkan sebagai Ahli Majlis MDBB, ketika dihubungi berkata, beliau juga membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan itu atas sebab-sebab yang tertentu.

“Saya sudah menghantar pesanan kepada Setiausaha Pas Kawasan untuk menyatakan penolakan saya,” kata Haslina yang juga isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Yaakub Hussein.

Ketika ditanya adakah penolakan itu disebabkan kedudukannya sebagai kakitangan awam, Haslina berkata, beliau hanya menyatakan sebab itu kepada parti.

Difahamkan, Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa untuk mencari pengganti selepas penolakan jawatan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan.
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
bagusnya..mcm zaman dulu...org sebok suruh naik,dia xmau sbb pk ada org lain yg lbh layak n takot xdpt bg komitmen sbb duduk tmpt lain...bkn mcm parti lg satu tur,sebok nak naik sampai rasuah..
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
mereka ini semua faham tanggungjawab....bukan macam parti sebelah yang digendung tercicir yang dikejar bertaburan.....harap masyarakat faham hal ini
 

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
mereka ini semua faham tanggungjawab....bukan macam parti sebelah yang digendung tercicir yang dikejar bertaburan.....harap masyarakat faham hal ini
parti 'sebelah' tu tanggungjawab no.2, yg penting masyukkkk....:">
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,116
Reaction score
1,076
Points
201
kasi je kt org umno ... kompom berduyun2 pakcik2 budak2 umno dtg isi form
 

kawecool

Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,482
Reaction score
3
Points
25
nie baru pemimpin..Xsama pemimpin sorang tu..dah disahkan berSALAH terlibat politik wang tp masih tak mahu berundur jawatan Ketua Menteri lagi. Nampak sangat kemaruk kuasa bukannya nak membela rakyat!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register