Tol tetap dikenakan walaupun PLUS diambil alih - PM Mahathir

Recommended Brokers


Latest Threads

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,539
Reaction score
1,145
Points
196


PUTRAJAYA, 22 Ogos -- Pelaksanaan kutipan tol tetap diteruskan walaupun PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) diambil alih oleh mana-mana entiti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan tawaran daripada Maju Holdings Sdn Bhd yang mahu mengambil alih syarikat pengendali lebuh raya itu.


"Dia nak ambil alih PLUS, kita kaji tengok cadangan itu tapi dia (cadangan Maju Holdings) kena ada tol, tiada tol dia tidak boleh beli, (nanti) dia tidak dapat balik duit.

"Dia punya cadangan termasuk mengurangkan kadar tol dan dia nak buat macam-macam lagi, nak perbaiki jalan...jadi kita sedang timbang," katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata sekiranya kerajaan mahu menghapuskan tol, kerajaan perlu membelanjakan duit yang banyak untuk mengambil alih konsensi lebuh raya.

"Sekarang kita dapati bahawa...perkara pertama jika kita tidak mengutip tol, kita mesti membeli lebuh raya itu dan ia melibatkan kos berbilion-bilion.. dan kita tidak mempunyai wang.

"Perkara lain ialah jika kita berjaya membeli, kita perlu membelanjakan wang untuk menyelenggaranya.

"Jadi, orang ramai perlu perlu memahami masalah yang kita hadapi," katanya.

Dr Mahathir berkata selain itu sekiranya tol dihapuskan, bagaimana sesebuah lebuh raya itu akan diselenggara.

“Masalahnya ialah lebuh raya perlu diselenggara, perlu diperlebar, ditambah lorong baharu. Semua melibatkan wang.

"Belum ada keputusan muktamad. Kita masih menelitinya," kata beliau.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS turut mengendalikan Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

http://bernama.com/bm/news.php?id=1759694
 
Sponsored Post

Don Malaya

CG Top Poster Club
Gold Member
Joined
May 3, 2011
Messages
27,220
Reaction score
821
Points
171
penipuan mahafiraun di penghujung usia bersama pakatan haprak..

berbelas tahun berjuang utk tol free..hanceng semua nyee..

akhirnye kroni2 ambil alih...dulu zaman najib..rakyat yg dpt manfaat selepas khazanah ambli alih

#ubahbalik #PHpenipu
 

H-S

Active+ Member
Joined
May 16, 2010
Messages
4,143
Reaction score
76
Points
30
hahaha
malaysia baru
malaysia baru tahu kena tipu
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
klo xleh hapus tol..
at least bg la murah..

kereta national proton dan produa below 1.8 dpt rebate.. 50%..

so rasa bangga sikit rakyat malaysia..

kerajaan perihatin..
 

SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
1,761
Reaction score
261
Points
46
UEM pegang share Plus 51%,khazanah ad share dlm UEM. Khazanah pun share kerajaan juga.

EPF 49% share plus, dah tentu la agensi kerajaan.

Kenapa nak kene jual nak bg tol jimat?

Kalau jual dah tentu ad kos kene tanggung, tak kan kerajaan nak bg subsidi pada company baru yg ambil alilh plus.

Baik bagi pada EPF dah tentu share keuntungan plus dapat kat rakyat marhain semula.

Ohh lupa pulak. Kalau company baru beli plus dah tentu dia pinjam bank, bila pinjam bank kerajaan jadi penjamin sbb plus tu projek kerajaan. Perbelanjaan atas hutang kerajaan pun bertambah. Tapi tak tau la kan kalau ad magic nak sorok pulak hutang baru.
 

Quecha

Fun Poster
Joined
Nov 8, 2017
Messages
535
Reaction score
196
Points
23
Janji nak bagi tol free

apahal nak jual pulak?
 

taurusguy1983

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,374
Reaction score
62
Points
30
kikikikikikiki

aku gelak jea ! eh sapa rindu jaman atok?

eh Pakatan HAtok ko!!!

Where is ben

where is haji ???

any comment to backup ur gov?

i laugh so loud
 

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,681
Reaction score
638
Points
111
klo xleh hapus tol..
at least bg la murah..

kereta national proton dan produa below 1.8 dpt rebate.. 50%..

so rasa bangga sikit rakyat malaysia..

kerajaan perihatin..
Simpan cadangan tu...nak turun 10% pun terkial...kial...inikan pula 50%. Tak rasa bangga lagi ke nga kerajaan skrg? Kekkekekkek

Cadangan saya, simpan lah cadangan tuan tu...kah...kah..kah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register