Tol PLUS turun 18% bermula tahun 2020

CG Sponsors




epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,637
Reaction score
449
Points
141
Najib Razak
43 mins ·

Blogger yang dulunya sangat pro PM ke-4 (kini sangat anti PM ke-7) mengecam Guan Eng sebagai seorang yang gagal matematik.

Ini setelah Guan Eng cuba menjelaskan bahawa jumlah tol dengan diskaun 18% yang dibayar selama 38 tahun adalah lebih rendah berbanding jumlah tol dibayar penguna dalam tempoh 18 tahun.

Lain maksudnya, Guan Eng masih pertahankan bahawa RM100 X 18 tahun adalah lebih besar berbanding RM82 X 38 tahun.

Blogger tersebut turut tuduh kerajaan PH sedang menipu duit Rakyat bagi memperkayakan kroni masa depan.

Setelah digelar akauntan gagal yang tidak bertauliah, kini dia digelar gagal matematik pulak.

blooger ni jenis askar cyber berbayar...nampak masa depan hambar dgn kerajaan skrg depa lompat kapal...bukan pedulik rakyat sgt pun..info pun banyak bagi half cook..
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
20,903
Reaction score
1,793
Points
201
Reduction of Toll Charges at Woodlands and Tuas Checkpoints

With effect from 2 March 2020, the Land Transport Authority (LTA) will reduce Singapore’s toll charges for cars, buses and taxis at the Woodlands and Tuas checkpoints. This is in response to Malaysia’s reduction of toll charges for cars, buses and taxis at the Sultan Iskandar Building Toll Plaza (Causeway) and Tanjung Kupang Toll Plaza (Second Link) on 1 February 2020.

Reduction of Toll Charges

2 Singapore’s revised toll charges with effect from 2 March 2020 are as follows:

Vehicle CategoryCurrent Tolls at Woodlands Checkpoint
(since 1 February 2018)
Revised Tolls at Woodlands Checkpoint
(from 2 March 2020)
MotorcyclesNilNil
Cars$1.00$0.80
Vans / Light Goods Vehicles$1.50$1.50
Heavy Goods Vehicles$2.00$2.00
Taxis$0.50$0.40
Buses$0.80$0.60


Vehicle Category Current Tolls at Tuas Checkpoint
(since 21 January 2019)
Revised Tolls at Tuas Checkpoint
(from 2 March 2020)
Peak:
5am-10am
3pm-11pm
Off-Peak: 10am-3pm
11pm-5am
Peak:
5am-10am
3pm-11pm
Off-Peak:
10am-3pm1
1pm-5am
MotorcyclesNilNilNilNil
Cars$2.50$1.30$2.10$1.10
Vans / Light Goods Vehicles$5.60$1.50$5.60$1.50
Heavy Goods Vehicles$11.30$2.00$11.30$2.00
Taxis$1.90$1.00$1.60$0.80
Buses$3.00$1.50$2.50$1.20

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,215
Reaction score
8,499
Points
1,746
Najib Razak

· 1 jam

Mengikut laporan media, pengstrukturan semula lebuhraya PLUS Bhd di mana tol dilanjutkan 20 tahun dan diskaun 18% diberi juga melibatkan:

1. Pajakan kutipan tol masa depan (securitization of future cashflow) dari lanjutan 20 tahun itu untuk meminjam RM7.5 bilion sekarang.

2. Kerajaan juga akan menjaminkan tambahan hutang RM22 bilion lagi. untuk PLUS.

Tujuannya ialah untuk mengkukuhkan aliran tunai PLUS masa kini (free up cash).

Saya ada dua kebimbangan jika laporan media yang memetik The Edge benar:

1. Jika kita pajak hasil kutipan tol masa depan untuk mendapatkan dana sekarang, ianya bermakna segala kutipan tol masa depan akan mengalir ke pemiutang dan bukan lagi kepada PLUS dan pencarum KWSP.

Ini seperti merompak wang masa depan pencarum KWSP untuk digunakan sekarang.

2. Dana yang diperkukuhkan sekarang hasil dari pajakan kutipan tol masa dapan akan digunakan oleh kerajaan PH untuk tujuan lain yang tiada kaitan dengan perniagaan PLUS.

Sebelum ini, kita sudah diberitahu oleh Menteri Pengangkutan bahawa PLUS akan tanggung kos kamera AES baru serta kos penyelenggaraannya.
https://www.sinarharian.com.my/article/11098/BERITA/Nasional/AES-Rakyat-pun-nak-kata-i-dont-care

Kos kamera AES ditanggung pencarum KWSP tapi saman AES dikutip oleh kerajaan PH. Adakah ini adil?

Kita juga diberitahu bahawa PLUS akan disuruh untuk membiayai kos RM30 juta membina laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156716989955952

Kerajaan PH yang umum projek laluan kaki ini tetapi tidak diberi peruntukan dalam bajet 2020.

Yang umum, PH. Yang potong riben, PH. Yang tanggung kos, pencarum KWSP.

Adakah ini adil?

Tidak! Ini adalah tidak adil kepada pencarum KWSP.

Pencarum KWSP sudahpun perlu beri subsidi kepada kerajaan setelah kerajaan tidak perlu lagi membayar pampasan tahunan.

Kini, hasil kutipan tol masa depan mereka juga dipajak bagi meminjam dana RM7.5 bilion untuk digunakan sekarang bagi projek-projek yang tiada kaitan dengan PLUS.





 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,936
Reaction score
3,005
Points
236
Kadar Tol Turun Bantu Kurang Kos Operasi Perniagaan

23.02.2020 - Nilai, Pengurangan kadar tol 18 peratus bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) yang ketika ini dinikmati pengguna membentuk persekitaran baharu, yang membolehkan semua pihak berjimat.

Bagi sektor perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peniagaaan kecil, penjimatan berkenaan sudah pasti dapat mengurangkan kos operasi.

Pengusaha kedai makan, Azrul Nizam Zainal Abidin, 28, berkata pelaksanaan pengurangan kadar tol membantu menurunkan kos dan meningkatkan keuntungan perniagaannya yang berusia empat bulan memandangkan sering kali mengambil bekalan bahan mentah di Gombak, Selangor.

“Laluan yang digunakan dari Nilai melalui Plaza Tol Nilai, Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) dan keluar di Plaza Tol Jalan Duta. Saya bawa kereta sahaja dan perjalanan ini melibatkan kadar bayaran tol RM10.50, kos tol pergi balik sebanyak RM21.

“Tetapi selepas pengurangan saya hanya bayar RM8.61 sehala dan untuk dua hala sebanyak RM17.22. Sehari saya jimat RM3.78 dan kalau sebulan boleh cecah hampir RM102.06,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata penjimatan tol berkenaan dilaburkan semula bagi meningkatkan kuantiti jualan termasuk tambahan tiga balang air yang boleh dihidangkan kepada kira-kira 120 pelanggan.

“Biasanya jualan sehari sebanyak 240 set hidangan. Daripada penjimatan tol lebih kurang RM100 ini saya boleh laburkan semula bagi kos pembelian ayam untuk tingkatkan kuantiti jualan sehingga 30 set hidangan sekali dalam sebulan dengan keuntungan kira-kira RM267 secara kasar untuk set hidangan biasa.

“Segelas air harganya RM3.90 dan jika ada penambahan sebanyak 120 gelas, bermakna daripada situ akan jana keuntungan kira-kira RM468 sekali dalam sebulan,” katanya.

Peniaga perabot Mohamad Izzudin Yakub, 33, berkata selepas 21 hari pelaksanaan pengurangan kadar tol ini, nilai yang dapat dijimatkan hampir RM60 untuk perjalanannya pergi dan balik dari Nilai ke Sungai Buloh, Selangor.

“Laluan ini memang laluan utama saya setiap hari untuk uruskan bekalan dan tempahan, saya akan masuk dari Plaza Tol Nilai dan menggunakan Lebuhraya Plus sebelum menuju Lebuhraya ELITE untuk keluar di Plaza Tol Sungai Buloh.

“Kalau ikutkan kadar tol sebelum ini RM9.80, selepas pengurangan kadarnya menjadi RM8.04 dengan penjimatan RM1.76 sehala, jika pergi balik penjimatan sebanyak RM3.52, jadi untuk tempoh 21 hari saya sudah jimat sebanyak RM74 dan kalau sebulan boleh jimat dalam RM105.60,” katanya.

Beliau berkata nilai penjimatan itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain antaranya membeli petrol atau menambah nilai kad Touch & Go.d

Mengakui pada awalnya merasakan pengurangan 18 peratus itu tidak memberi impak besar, namun apabila dikira secara mingguan atau bulanan, penjimatan yang dicatatkan agak ketara, katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi (iaitu kelas 1, 4 dan 5 bagi Lebuhraya PLUS termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) serta kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/02/kadar-tol-turun-bantu-kurang-kos-operasi-perniagaan/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register