Tokoh wartawan Datuk Ahmad A Talib meninggal dunia

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
1590508737993.png

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Abd Talib meninggal dunia akibat kanser hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), petang tadi.

Allahyarham yang pernah menjawat jawatan Pengarah Eksekutif, Editorial dalam Lembaga Pengarah The New Straits Times Press (NSTP) menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun pada jam 5.42 petang selepas lebih sebulan menerima rawatan akibat penyakit dihadapinya itu.

Anak sulungnya yang juga wartawan BH, Sophia Ahmad, 42, berkata, kali terakhir beliau berbual bersama Allahyarham adalah semalam iaitu sebelum arwah bapanya itu tidak sedarkan diri.

"Semalam pun tutur kata baba (ayah) sudah tidak begitu jelas. Baba sebelum ini ada nyatakan hasrat supaya jenazahnya dikebumikan di kawasan berhampiran rumah kami di Bandar Tasik Selatan, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sophia berkata, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Muqarrobin, Bandar Tasik Selatan untuk urusan selanjutnya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan itu selepas Isyak.

Allahyarham yang berasal dari Kuala Kubu Bharu meninggalkan balu, Norsimah Daud, 66, empat anak dan seorang cucu.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai wartawan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 1972; kemudian di Business Times (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya Kewangan Penerbitan Sdn Bhd) (1978) dan Berita Harian (1985).

Allahyarham kemudiannya melebarkan sayap kerjayanya dengan menjadi Penolong Pengarang Berita Harian pada 1987; Pengarang Berita New Straits Times; Ketua Pengarang Berita, Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan (1991-1996).

Seterusnya Allahyarham dilantik sebagai Pengarang Kumpulan, New Straits Times (1998) ; Pengurus Besar Kumpulan dan Komunikasi dan Pemasaran Editorial (2004).


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Ahmad_1590500975.jpg

Media Prima rakam takziah pemergian Datuk Ahmad A Talib


KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) menzahirkan rasa sedih atas pemergian tokoh wartawan, Datuk Ahmad A Talib yang meninggal dunia akibat kanser hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), petang tadi.

Pengerusi Media Prima, Datuk Syed Hussian Syed Junid, berkata Ahmad adalah tokoh hebat dalam bidang kewartawanan yang sentiasa gigih membantu masyarakat yang berdepan kesusahan.

Ahmad juga, katanya, amat dihormati dalam kalangan pengamal media di negara ini

"Doa dan ingatan kami bersama beliau dan keluarganya. Al-Fatihah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad adalah bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai wartawan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 1972; kemudian di Business Times (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya Kewangan Penerbitan Sdn Bhd) (1978) dan Berita Harian (1985).

Allahyarham melebarkan sayap kerjayanya dengan menjadi Penolong Pengarang Berita Harian pada 1987, Pengarang Berita New Straits Times, Ketua Pengarang Berita, Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan (1991-1996).

Seterusnya, Allahyarham dilantik sebagai Pengarang Kumpulan New Straits Times (1998) dan Pengurus Besar Kumpulan dan Komunikasi dan Pemasaran Editorial The New Straits Times Press Berhad (NSTP) pada 2004.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
100041622_173669327516939_7714027762041749504_n_1590501235.jpg

Agong zahir takziah pemergian tokoh wartawan Ahmad A Talib


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga tokoh wartawan Datuk Ahmad A Talib, yang meninggal dunia hari ini, selepas bertarung dengan kanser hati.

Menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham, Yang di-Pertuan Agong berharap supaya keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu, serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

"Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada dunia kewartawanan negara amat dihargai, dan pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar pada negara," demikian menurut hantaran di akaun rasmi Instagram Istana Negara hari ini.

Allahyarham yang berusia 69 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pada jam 5.42 petang.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak perempuan Allahyarham Sophia Ahmad, menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Kerjaya Allahyarham bermula sebagai wartawan kadet Perkhidmatan Berita Ekonomi di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 1972, sebelum berhijrah dan berkhidmat di Business Times (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya Kewangan Penerbitan Sdn Bhd) pada 1978, dan akhbar tempatan Berita Harian sekitar 1985.

Pada 1987, Ahmad dilantik sebagai Penolong Pengarang Berita Harian dan pernah memegang beberapa jawatan utama seperti Pengarang Berita New Straits Times; Ketua Pengarang Berita; Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan, sekitar tahun 1991 hingga 1996.

Allahyarham seterusnya dilantik sebagai Pengarang Kumpulan New Straits Times pada 1998 dan sebagai Pengurus Besar Kumpulan (Komunikasi dan Pemasaran Editorial) New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) pada 2004.

Beliau bersara awal daripada Kumpulan NSTP pada 2005.

Pada Julai 2009, Ahmad menyertai semula NSTP dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu dan Media Prima Bhd (MPB), seterusnya dilantik sebagai Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MPB pada 2013.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Muqarrobin, Bandar Tasik Selatan untuk urusan pengebumian. – BERNAMA




 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,356
Reaction score
1,922
Points
206
Jenazah Ahmad A Talib selamat dikebumikan



JENAZAH tokoh wartawan negara, Datuk Ahmad A Talib selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, malam ini.

Terdahulu, jenazah Ahmad, 69, tiba Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan kira-kira 7.40 malam untuk dimandikan dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Solat jenazah diimamkan anak bongsu Allahyarham, Al-mu Syarisyawal Ahmad dan turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta ahli keluarga Allahyarham.

Solat jenazah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk pemakaian penutup hidung dan mulut, serta penjarakan sosial antara jemaah.

Sejurus solat jenazah selesai, jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan difahamkan hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan berada di kawasan perkuburan, bagi urusan pengebumian.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 5.42 petang tadi, selepas bertarung dengan kanser hati.

Berita sedih pemergian bekas Pengarah Operasi Berita dan Editorial Kumpulan Media Prima Bhd (MPB) itu, dikongsikan oleh anak perempuan Allahyarham, Sophia Ahmad menerusi catatan di laman Facebook beliau.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register