BTC USD 42,798.9 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokoh perniagaan Malaysia beli kelab FC Bari 1908

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,073
Points
2,376
kuat link dia ni..petronas n EPF pon join sekaki..

kabel kemas
semua boleh jalan
harap dapat naikkan kelab ni ke Serie A
 
Sponsored Post

ipinos

Active Member
Joined
Feb 10, 2014
Messages
1,557
Reaction score
31
Points
35
kalau duit dah berjuta nanti, nak beli beli melaka fc la:-? pastu rebranding..start dari bawah....
 
Xoo

Fun Poster
Joined
Oct 13, 2013
Messages
203
Reaction score
2
Points
15
Banyak duit dia..semoga dapat bawa pemain2 malaysia utk didedahkan ke liga Itali :)
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,073
Points
2,376
Noordin Sasar Bari Layak Ke Liga Juara-Juara

KUALA LUMPUR, 19 April - Pemilik baru FC Bari 1908, Datuk Dr Noordin Ahmad meletakkan sasaran kelab Itali itu bersaing dalam Liga Juara-Juara Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam tempoh lima tahun lagi

Ia adalah sasaran jangka panjang yang diletakkan ahli perniagaan Malaysia itu yang menjadi pengerusi kelab selepas memperoleh 50 peratus saham kelab berkenaan dengan harga 12 juta euro (RM53.159 juta)

"Namun dalam tempoh dua bulan ini, saya mahu membawa Bari ke Serie A. Saya akan bekerjasama dengan (Presiden FC Bari 1908) Gianluca Paparesta untuk mewujudkan pasukan yang mantap

"Saya juga akan menjadi penghubung dari Itali ke Asia (bagi pembangunan bola sepak)," kata ahli perniagaan berumur 59 tahun dari Pulau Pinang itu yang berpangkalan di Itali, ketika dihubungi di sini hari ini

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja itu menjadi sebutan dan diburu media tempatan serta Itali selepas beliau memiliki 50 peratus saham di kelab tersebut

Ditanya mengenai minatnya dengan kelab Itali itu, Noordin berkata beliau yakin dengan sokongan penduduk dan penyokong pasukan tersebut

"Itali adalah negara yang dikenali dengan sinaran mentari dan kecantikannya. Di sini anda boleh mendapat inspirasi untuk melakukan apa sahaja tetapi paling penting dalam meyakinkan saya adalah keramahan penduduknya," katanya

FC Bari ketika ini menduduki tangga ketiga Serie B, liga bahagian dua Itali, dengan 60 mata selepas 36 perlawanan, di belakang pendahulu, Crotone dan Cagliari yang masing-masing memungut 74 dan 71 mata

Selain itu, pengasas Malaysian-French Institute, yang kini dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur, juga menyasarkan untuk meningkatkan skuad Harimau Malaysia setanding pasukan handalan Asia yang lain

"Saya mahu melihat bola sepak Malaysia maju di pentas antarabangsa. Atas sebab itu, saya akan bekerjsama dengan Kementerian Belia dan Sukan

"Saya mahu menubuhkan akademi bola sepak untuk melatih belia Malaysia tentang semua disiplin sukan itu, bukan hanya untuk pemain bola sepak sahaja

"Akademi itu akan melatih belia Malaysia dan mendedahkan mereka kepada Eropah, bukan hanya kepada Bari," katanya

Noordin yang berpuas hati dengan kelab dan petugas teknikalnya, turut menjelaskan masih terlalu awal untuknya membuat rombakan di situ

"Buat masa ini, saya hanya perlu duduk bersama perunding terbaik untuk mencari jalan bagi meningkatkannya," katanya

Paparesta dikatakan membeli kelab itu dengan harga 2 juta euro (RM8.850 juta) pada 20 Mei 2014 dalam lelongan selepas ia muflis sebelum menukar namanya kepada FC Bari 1908 S.P.A

FC Bari ditubuhkan pada 1908 dan antara pemain ternama yang pernah beraksi di kelab itu ialah Nicola Ventola, Gianluca Zambrotta, Antonio Cassano, Diego De Ascentis, Leonardo Bonucci dan Andrea Ranocchia serta bekas pemain England, David Platt

Era terbaik FC Bari adalah pada 1947 apabila mereka menduduki tangga ketujuh Serie A, liga teratas bola sepak Itali
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,073
Points
2,376
Khairy Harap Pembelian FC Bari Bawa Impak Kepada Bola Sepak Negara

PUTRAJAYA - Impak positif kepada pembangunan bola sepak negara melalui pembelian kelab Itali, FC Bari 1908, oleh hartawan dari Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad, mungkin akan dirasai pada masa hadapan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan majlis pra pelancaran Hari Belia Negara 2016 di sini hari ini, Khairy berkata beliau percaya wujud kesan positif di sebalik pembelian itu namun perlu dilihat dalam jangka masa panjang

"Saya rasa mungkin ia boleh menyumbang tetapi buat masa ini mungkin tidak nampak sangat apakah sumbangan pembelian tersebut kepada pembangunan bola sepak negara," katanya mengulas tanggapan bahawa pembelian kelab tersebut hanya bermotifkan keuntungan, dan tidak membantu dalam memajukan bola sepak negara

Khairy berkata kelab yang dimiliki rakyat Malaysia itu selepas ini mungkin boleh menjalinkan kerjasama secara formal dengan kelab bola sepak tempatan dalam bentuk pembangunan jurulatih atau penghantaran pemain untuk berlatih di sana

Noordin menjadi pemegang saham majoriti FC Bari 1908 selepas membeli 50 peratus saham dengan nilai 12 juta euro (RM52.59 juta) daripada Presiden FC Bari 1908, Gianluca Paparesta

Menurut laporan media sebelum ini, Noordin sejurus memeterai perjanjian pembelian saham kelab itu menyatakan hasrat membantu pembangunan bola sepak negara dengan membina akademi bola sepak FC Bari 1908 di Malaysia, seterusnya memberi peluang kepada bakat muda tempatan menjadi pemain profesional

Ditanya sama ada pembelian itu bakal memberi impak berbeza berbanding pembelian kelab England, Queens Park Rangers (QPR) dan Cardiff City oleh Tan Sri Tony Fernandes serta Tan Sri Vincent Tan sebelum ini, Khairy berkata pembelian dua kelab itu tetap ada sumbangannya kepada pembangunan bola sepak negara

"Kita tak boleh kata pembelian kelab luar negara sebelum ini tidak memberi kesan kerana mereka juga menyumbang sesuatu, contohnya Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) mendapat penajaan yang besar daripada QPR," katanya
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
42,166
Reaction score
1,402
Points
201

jgn mengharap... sblm ni QPR... Birmingham... pun x ada beri impak... sbbnye player mesia belum mampu main di peringkat tinggi...
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,073
Points
2,376
jgn mengharap... sblm ni QPR... Birmingham... pun x ada beri impak... sbbnye player mesia belum mampu main di peringkat tinggi...

tak yah harap pun
kalau nak buat kerjasama tu boleh la
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,073
Points
2,376
Tawar pengalaman eropah kepada pemain muda

image.jpg

KELAB Serie B Itali, FC Bari 1908 sedia untuk menawarkan pengalaman Eropah kepada pemain muda dan sedang meningkat dari Malaysia melalui kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), kata presidennya Gianluca Paparesta

"Langkah pertama kami ialah kami akan menubuhkan sebuah akademi untuk pemain-pemain muda. Ia boleh merapatkan Malaysia dan Eropah melalui bola sepak,"kata Paparesta pada sidang media di sini

Paparesta dan ahli perniagaan Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad, yang baru-baru ini mendapat liputan antarabangsa selepas membeli kepentingan besar dalam kelab bola sepak Itali itu, menemui Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa di Bangunan Mara, di sini

Beliau berkata kerjasama dengan Kafa ialah langkah pertama sebelum melebarkan sayap ke kelab-kelab bola sepak yang lain di Malaysia dan pasukan kebangsaan

"Sekarang Saya di sini untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan Dr Noordin dan dengan Malaysia. Untuk FC Bari, ia sangat penting untuk memulakan projek ini secepat mungkin," kata beliau

Menurut beliau, akademi itu ditubuhkan untuk melatih pemain muda dan akan menyediakan mereka untuk kerjaya dalam liga bola sepak antarabangsa

Paparesta juga berkata melalui kerjasama tersebut, FC Bari akan merancang beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia di sini dan di Itali
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,073
Points
2,376
FC Bari 1908

13709960_1050410291733625_8963300356329835514_n.jpg

+++UFFICIALE+++
La FC Bari 1908 Spa comunica di aver ceduto a titolo temporaneo, al Foggia Calcio 1920, il contratto relativo alle prestazioni sportive del calciatore Enrico Guarna
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,073
Points
2,376
FC Bari 1908

13781763_1050861731688481_5787639176773295845_n.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register