lanunganaz
Fun Poster
- Joined
- Jul 10, 2009
- Messages
- 187
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Tiada bukti mampu sembuh HIV, Aids
CICAK gekko-gecko atau tokek tidak tersenarai dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76] dan tidak dilindungi buat masa ini, tetapi mengikut Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, cicak tokek disenaraikan sebagai hidupan liar yang dilindungi.
Itu maklumat terbaru diberikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam kenyataannya kepada Metro Ahad.
Sebelum ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, undang-undang berkenaan dibentangkan ke Kabinet dan dijangka dikuatkuasakan penghujung tahun ini.
“Melalui penguatkuasaan undang-undang berkenaan, matlamat utama yang perlu diambil kira adalah menambah bilangan spesies hidupan liar tempatan dalam negara daripada 740 kepada 799 spesies,” katanya.
Menurutnya, undang-undang sama juga akan menetapkan hukuman lebih berat dalam usaha memerangi kegiatan pemburu haram dan perdagangan haram hidupan liar dengan hukuman denda lebih tinggi sehingga RM100,000.
“Melalui undang-undang ini, kita turut menyertakan pelan perlindungan dengan seksyen lebih terperinci terhadap pesalah yang terbabit dengan kegiatan penyeludupan hidupan liar,” katanya.
Sementara itu, belum ada fakta saintifik membuktikan cicak tokek adalah penawar kepada penyakit HIV/Aids seperti yang didakwa.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata, sehingga hari ini belum ada penawar atau vaksin daripada haiwan tertentu yang boleh membantu menyembuhkan penyakit itu.
“Daripada kajian dan penelitian dibuat, didapati reptilia itu bukan penawar sebenar kepada HIV/Aids seperti didakwa.
“Penyakit HIV/Aids mempunyai ubat tersendiri yang disediakan di kebanyakan hospital kerajaan bagi menurunkan virus dalam darah pesakit. Kebiasaannya ia diberi secara percuma kepada pesakit yang dikesan mempunyai simptom awal penyakit HIV positif bagi terus melawan penyakit seumur hidup itu serta meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya.
Menurut Dr Hassan, ubat anti virus berbentuk sirap itu perlu dimakan seumur hidup bagi mengelak virus terus merebak dalam sel darah putih pesakit.
Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), KKM, Dr Ramli Abdul Ghani sependapat dengan Dr Hassan apabila mengakui setakat ini tiada bukti saintifik dan ujian klinikal menunjukkan cicak tokek mampu mengubati penyakit HIV/Aids.
Menurutnya, ia hanya mitos yang dipercayai dari turun temurun sehingga menjadi ikutan generasi zaman moden berikutan kurang pengetahuan dan mudah percaya kepada sesuatu dakwaan.
“Sama juga seperti produk herba yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan tenaga batin, tetapi ia sebenarnya hanya kepercayaan orang zaman dulu.
“Tiada kajian mahupun bukti mengatakan herba berkenaan mampu menguatkan tenaga batin seperti diiklankan di media cetak dan elektronik,” katanya.
Dr Ramli berkata, ketiadaan pemantauan dan akta menyebab�kan pengeluar produk berkaitan herba terus mengaut keuntungan akibat kelalaian pengguna mempercayai khasiat herba tanpa membuat penyelidikan terlebih dulu.
“Orang Malaysia, khususnya Melayu, cepat terpengaruh dengan kepercayaan yang disebarkan akibat kurang pengetahuan selain cara pemikiran yang ditetapkan dalam minda mereka.
“Sebab itu bermula tahun depan, kita akan cadangkan di dewan parlimen supaya diwujudkan akta dikenali sebagai Bill Perubatan Tradisional dan Komplementari khusus untuk pengamal perubatan tradisional yang bertauliah serta berdaftar saja.
“Apabila akta berkenaan diluluskan, hanya pengamal perubatan tradisional yang layak diberi kelulusan mengeluarkan produk mereka,” katanya.
dipetik daripada akhbar metro harian 21/11/2010.