Tok Mun terkilan tak bertanding

CG Sponsors




eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
KUALA TERENGGANU: Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lalu, Maimun Yusof, 89, semalam mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niat bertanding dalam pilihan raya kecil itu apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkannya bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh.

Takdok pitih (takde duit)...dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)...Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gong Gemia di sini.


Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun dia mendakwa semua wang itu dilesapkan pihak tidak bertanggungjawab.

Warga emas itu mendakwa seorang penyokong yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lalu sudah memberitahunya laman blog itu sudah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terbabit melesapkan wang itu.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian itu.

“Tok dah minta polis sekat laman blog itu, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi,” katanya.

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu cuba mengaut keuntungan mudah menggunakan namanya untuk mengutip wang.

Ditanya sama ada dia masih berminat bertanding jika ada pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: “Tak sempat dah...dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat.”

“Lagipun, selagi tak dok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. Insya-Allah kalau Tok dipanjangkan umur, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pula,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi). - Bernama:))
 
Sponsored Post

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,766
Reaction score
914
Points
176
Macam mana blogspot boleh kutip banyak duit
 

kizuro

Active+ Member
Joined
May 11, 2008
Messages
3,795
Reaction score
2
Points
25
hape pedulik same tok mun ni..
 

diniya

Active+ Member
Joined
Mar 14, 2008
Messages
2,575
Reaction score
0
Points
30
kesian tok mun..

cuba lg 3-4 penggal ye.. :D:D

p/s: brp la umur tok mun lg 3-4 penggal :-?:-?
 

mtjeneym

Fun Poster
Joined
Jul 12, 2008
Messages
997
Reaction score
2
Points
15
alhamdulillah..... udah la tu Tok Mon buat lah keja yang berfaedah skit...

bagi kok orang hok lebih berkemampuang la........
 

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
jalang jalang cari makang..........
 

ammal07

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
368
Points
81
buang duit je, kalau bertandingpun pasti kalah,lebih baik duit tu tok mun guna utk belanja harian...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register