TnG eWallet Boleh Di Gunakan Bayar Parking Di 5 Kawasan PBT

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,340
Points
236


Membayar tempat letak kereta jadi lebih mudah jika boleh dibuat terus melalui telefon. Tapi ia jadi susah kerana lain PBT, lain APP yang digunakan. Di Touch ‘n Go eWallet, anda boleh gunakannya untuk buat bayaran tempat letak kereta untuk 5 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut iaitu:
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Daerah Kuala Langat
  • Perbadanan Putrajaya
Bermula sekarang hingga 31 Disember 2019 ini, anda yang menggunakan fungsi ini akan menerima pulangan tunai sehingga RM3 untuk untuk transaksi pertama.

Ada juga cabutan bertuah akan dijalankan sehingga 22 Disember 2019. Jika anda menggunakan ciri ini sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh seminggu, anda berpeluang untuk menangi dua tiket TGV Premier untuk dikongsikan dengan rakan anda.

Sebanyak 20 pemenang akan diumumkan setiap minggu dan akan diumumkan di laman rasmi mereka serta saluran media sosial.

Selain Touch ‘n Go eWallet, Boost eWallet pun ada fungsi membayar tempat letak kereta tapi kawasan cakupannya lebih luas. Kawasan yang diliputi servis Boost adalah:
  • Majlis Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Majlis Daerah Tanah Merah
  • Majlis Daerah Cameron Highland
  • Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Sumber asal https://www.tngdigital.com.my/features/street-parking
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,340
Points
236
Dompet Digital Touch ’n Go Kini Boleh Digunakan Untuk Membayar 3 Lagi Parkir Perbandaran

Touch ’n Go sebelum ini telah menambah sokongan membayar parkir pihak majlis perbandaran, sekaligus memudahkan pengguna dompet digital TNG untuk melakukan pembayaran tempat letak kenderaan tanpa melalui proses yang sukar.

Pada awalnya, ia hanya ditawarkan untuk parkir DBKL di Kuala Lumpur sahaja, tetapi kini telah diperluaskan untuk beberapa perbandaran lain.

Tiga perbandaran baru yang turut telah ditambah adalah Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Dengan sokongan ini, anda hanya perlu membuka aplikasi dompet digital Touch ’n Go, memilih ikon “Parking”, dan seterusnya menambah informasi kenderaan, memilih lokasi dan memilih jarak masa.

 

jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,373
Reaction score
56
Points
40
Parking mpkb macam harrroomm
Name je bndaraya islam
Buat malu
 

phatboyz71

Junior Member
Joined
Jul 3, 2013
Messages
52
Reaction score
0
Points
6
Pemalas betul korang ye nak bayar paking pun cashlesss? emmmm....
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,340
Points
236
^^ sesetengah kawasan seperti majoriti diatas susah dapat cari mesin, dapat mesin xder coin, parking ticket kena beli kat dealer berhampiran, orang luar masuk kawasan lain susah nak cari dealer kat situ, kawasan hospital parking dengan situasi cemas xder masa nak cari mesin beli kupon ..

cashless lagi senang, parking .. ontheway jalan kaki tu terus tekan kat smartphone, aktifkan pembayaran
 

cyclebin10

Freshie
Joined
Jun 17, 2013
Messages
44
Reaction score
0
Points
6
^^ sesetengah kawasan seperti majoriti diatas susah dapat cari mesin, dapat mesin xder coin, parking ticket kena beli kat dealer berhampiran, orang luar masuk kawasan lain susah nak cari dealer kat situ, kawasan hospital parking dengan situasi cemas xder masa nak cari mesin beli kupon ..

cashless lagi senang, parking .. ontheway jalan kaki tu terus tekan kat smartphone, aktifkan pembayaran
Tengah kat toilet pun boleh bayo :cool:
 

joanna85

Freshie
Joined
Mar 13, 2013
Messages
40
Reaction score
0
Points
6
Bukan dah lame ke ade kat boost app bayar parking ni?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register