Kehidupan
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,111
Paid Membership
- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 25,111
- Reaction score
- 218
- Points
- 123
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Malaya , Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin hari ini menerima Anugerah Pencapaian Kepimpinan Kazue McLaren daripada Konsortium Akademik Asia Pasifik untuk Kesihatan Awam (APACPH).
Beliau muncul rakyat Malaysia keempat yang menerima anugerah itu selepas Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada 1988; Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman (1996) dan Profesor Anuar Zaini Md. Zain (2002).
Penganugerahan tertinggi pertubuhan yang dianggotai 64 universiti daripada lebih 20 negara itu adalah bagi menghargai sumbangan pengamal perubatan dalam meningkatkan taraf kesihatan awam di Asia Pasifik terutama negara-negara membangun.
Anugerah itu diwujudkan bagi memperingati Profesor Kazue McLaren, seorang legenda dalam bidang perubatan komuniti.