- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
JASIN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak akan menurunkan kadar tarif elektrik walaupun harga minyak semakin menurun pada masa ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata, ini kerana tenaga elektrik yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia tidak menggunakan minyak sebaliknya banyak menggunakan gas dan arang batu.
“Di Semenanjung Malaysia kita dapat tenaga elektrik daripada tiga punca iaitu dihasilkan oleh gas 60 peratus, arang batu (30 peratus), enam hingga tujuh peratus dari tenaga hidro dan bakinya dari sumber lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian program Sehari Bersama Pelanggan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Alamanda, di sini, semalam.
Shaziman berkata, beliau menjelaskan perkara itu kerana terdapat pihak tertentu cuba mengembar-gemburkan isu itu seolah-olah kerajaan tidak mengambil berat dari segi kepentingan orang ramai dengan tidak menurunkan tarif elektrik pada ketika harga minyak semakin menurun.
Beliau berkata, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas kepada pihak industri yang mengeluarkan tenaga elektrik pada kadar RM14.31 per mmBtu (juta unit termal British), harga itu lebih rendah daripada kos yang Petronas perlukan antara RM20 dan RM25 untuk menghasilkan gas sebanyak satu unit mmBtu.
“Tetapi Petronas jual pada sektor tenaga hanya RM14.31 per mmBtu, maknanya subsidi yang besar diberikan kerajaan melalui Petronas kepada sektor tenaga berhubung dengan gas ini,” katanya.
Bagi harga arang batu pula, beliau berkata sejak kenaikan tarif elektrik pada Julai lepas hingga sekarang, harga arang batu tidak pernah turun bawah pada AS$75 satu tan metrik malah adakalanya naik kepada AS$80 hingga AS$90 satu tan metrik.
“Kalau aliran harga arang batu turun bawah AS$75 satu tan metrik maka kementerian ini akan meminta TNB membuat semakan semula tarif elektrik ke bawah (turunkan harga tarif elektrik),” katanya.
Beliau berkata semakan kadar baru tarif elektrik akan dibuat pada Jun tahun depan dan akan diumumkan pada Julai.
masa nak naik tarif dulu kasi alasan sebab petrol naik harga tak boleh nak tanggung bkos operasi sekarang kata tak guna petrol tapi diesel dan arang batu pula