TNB sedia RM1 juta untuk Program Ceria Ke Sekolah

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191

AHLI Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bersama Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie bersama pelajar pada Program Ceria ke Sekolah sesi persekolahan 2020. - Foto Syarafiq Abd Samad











KUALA LUMPUR: Syukur dan ceria jelas tergambar di wajah 750 pelajar dari enam sekolah di sekitar Lembah Pantai di sini apabila menerima sumbangan set kelengkapan ke sekolah daripada syarikat utiliti nasional, Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Menerusi program Back To School sebagai sebahagian daripada khidmat sosial korporat TNB, pelajar berkenaan daripada kumpulan B40 menerima set kelengkapan persekolahan termasuk pakaian, tudung, kain, stokin, kasut, beg sekolah dan alat tulis.

Pelajar berkenaan dipilih daripada sekolah yang berada dalam kawasan persekitaran ibu pejabat TNB di Bangsar di sini, termasuk dari Sekolah Kebangsaan Bangsar, Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai.

Pelajar berkenaan adalah sebahagian daripada 5,000 yang sudah dikenal pasti TNB untuk menerima set kelengkapan sekolah menerusi program ‘Ceria Ke Sekolah’ TNB yang mana syarikat itu memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata syarikat akan mengagihkan sumbangan itu kepada pelajar daripada 30 kawasan dikenal pasti di seluruh negara menjelang sesi persekolahan 2020.

“Program ini adalah sebahagian CSR kami yang meliputi tiga bidang utama iaitu pendidikan, sosio-ekonomi (termasuk sukan) dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya berucap pada majlis penyampaian sumbangan itu di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Fahmi berkata, komuniti di Lembah Pantai menerima banyak sumbangan daripada TNB. Selain pelajar, TNB juga memberi sumbangan kepada surau dan masjid, keluarga miskin dan kalangan orang kurang upaya.

Program berkenaan juga katanya, dapat mengeratkan lagi hubungan TNB dengan masyarakat setempat serta meringankan beban kewangan golongan sasaran.

“Saya yakin langkah TNB ‘memberi semula kepada masyarakat’ akan membantu memberi kesan yang mendalam kepada perubahan kehidupan generasi akan datang,” katanya.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/11/631032/tnb-sedia-rm1-juta-untuk-program-ceria-ke-sekolah
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,181
Reaction score
1,377
Points
206
sorang dapat kelengkapan sekolah bernilai lebih kurang RM200
 
Sponsored Post
Top
Log in Register