News TNB Sasar Hubungkan 150k Rumah Di Pinggir Bandar Menjelang Jun 2021

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,727
Reaction score
3,776
Points
236
TNB Sasar Hubungkan 150,000 Rumah Di Pinggir Bandar Dengan Rangkaian Fiber Optik Menjelang Jun 2021;

Tenaga Nasional melalui anak syarikat mereka, Allo Technology telah sedia menawarkan perkhidmatan rangkaian jalur-lebar dibeberapa kawasan sekitar Melaka. Pada masa yang sama, sebelum ini mereka telah berkongsi perancangan untuk memperluaskan penawaran ke seluruh negara secara berperingkat.

Selari dengannya, kini TNB mengumumkan, Allo Technology menyasarkan untuk menghubungkan sekitar 150,000 kediaman di kawasan pinggir bandar dengan rangkaian fiber optik menjelang bulan Jun 2021 kelak.

TNB mengatakan langkah ini telah dimulakan di Melaka dan Perak, dan mereka akan memperluaskannya ke Pulau Pinang, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan juga Selangor.

TNB sebelum ini telah memperlihatkan penggunaan infrastruktur mereka yang sedia meliputi rangkaian jalur-lebar – dan menawarkan khidmat kepada para pengguna. Di Melaka, sebelum ini TNB telah berkongsi infstruktur bersama sejumlah syarikat telekomunikasi dalam menawarkan pakej dan pelan kepada pengguna.

Dengan pengumuman terbaru ini, kita akan dapat melihat lebih ramai di pinggir bandar dapat turut menikmati akses jalur-lebar yang pantas di rumah mereka.

TNB-Allo-2021-950x950.jpg

Sumber asal
 
Top
Log in Register