BTC USD 84,270.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TNB sahkan helikopter digunakan terhempas ketika mendarat di Bentong

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,878
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,878
Reaction score
1,396
Points
201
6134378695570342432_121.jpg

6134378695570342431_121.jpg

6134378695570342435_121.jpg

6134378695570342433_121.jpg

6134378695570342434_121.jpg


TNB sahkan helikopter digunakan terhempas ketika mendarat di Bentong

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek miliknya di kawasan Bentong.

Laporan awal menyatakan juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat, manakala seorang pekerja syarikat helikopter iaitu warga Indonesia meninggal dunia.

TNB melalui kenyataan berkata pihaknya mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terbabit dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek berkenaan.

"Pasukan Bomba juga telah memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

"TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden ini," katanya sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, BH melaporkan sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong di Pahang dengan seorang disahkan maut, manakala seorang lagi terselamat.

Kejadian berlaku berdekatan kawasan kolam air panas ketika helikopter terbabit digunakan untuk kerja mengangkat bagi tujuan pemasangan kabel, dengan kebakaran menyebabkan pesawat musnah sepenuhnya.


Artikel ➡️ Berita Harian
 
Sponsored Post

Jurutera Maut Terkena Bilah Helikopter Terbakar

06.02.2025 - Seorang jurutera maut selepas dipercayai terkena bilah helikopter yang terbalik sebelum terbakar berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, dekat Bentong, Pahang, pagi tadi. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 10.30 pagi ketika helikopter jenis Bell 206L4 mendarat di lokasi terbabit untuk mengisi bahan bakar. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 10.52 pagi. Berdasarkan laporan saksi kejadian, helikopter terbabit berada di darat ketika proses mengisi bahan bakar dilakukan.

"Helikopter kemudiannya dikatakan hilang kawalan dan terbalik sebelum terbakar. Juruterbang helikopter itu adalah seorang lelaki warganegara Indonesia, terselamat manakala seorang jurutera - juga warganegara Indonesia - maut," kata kenyataan itu.

f8ed293d2751f437ae2f74d0488e617a.jpg


Seramai lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bersama sebuah jentera terbabit dalam operasi itu.

"Mangsa yang maut dipercayai akibat terkena bilah kipas helikopter berkenaan. Helikopter itu musnah 100 peratus dalam kejadian terbabit," katanya.

Sementara itu, pemangku pengarah JBPM Pahang, Tok Muda Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman memaklumkan, operasi memadam dan mengawal kebakaran helikopter itu dilakukan menggunakan dua aliran hos dari pam jentera bomba.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/733736
 
TNB Arah Henti Kerja Guna Helikopter Kedua Di Tapak Projek Bentong

06.02.2025 - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua terbabit dalam penyelenggaraan di tapak projeknya di Bentong. TNB menerusi hantaran Facebook TNB Careline mengesahkan ia menerima laporan kejadian sebuah helikopter terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek TNB di Bentong, Pahang.

“TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Laporan awal menyatakan juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat, manakala seorang pekerja syarikat helikopter (warga Indonesia) meninggal dunia,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang mengesahkan seorang jurutera warga Indonesia maut selepas helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak. Bagaimanapun, dalam kejadian dekat kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong itu, juruterbang helikopter terbabit yang juga warga Indonesia terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...una-helikopter-kedua-di-tapak-projek-bentong/
 
Identiti Mangsa Nahas Helikopter Tidak Akan Di Dedahkan Buat Masa Ini

06.02.2025 - Syarikat pengendali MHS Aviation memaklumkan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti mangsa termasuk yang maut dalam kemalangan helikopter Bell 206L4 berhampiran Kolam Air Panas dekat Jalan Lama Kuala Lumpur sehingga waris mereka dimaklumkan. MHS Aviation dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat dan komited untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung punca nahas tersebut.

“Ketika ini, keadaan terkawal dan tiada lagi ancaman terhadap keselamatan. Walau bagaimanapun, kami amat sedih untuk melaporkan seorang mangsa yang berada di lapangan telah kehilangan nyawa. Bagi menghormati keluarga, identiti si mati dan mana-mana individu yang cedera tidak akan didedahkan sehingga waris mereka dimaklumkan.” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak MHS Aviation ketika ini menumpukan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka yang terlibat.

“Sebarang kemas kini dan maklumat baharu akan diumumkan selepas maklumat dan hasil siasatan diterima,” katanya.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/02/06...k-akan-didedahkan-buat-masa-ini-mhs-aviation/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register