BTC USD 63,431.8 Gold USD 1,743.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TNB raih keuntungan bersih RM3.6 bilion

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Tenaga-Nasional-Berhad.jpg


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) merekodkan keuntungan selepas cukai RM3.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding RM4.45 bilion pada tahun sebelumnya.

Pendapatan bagi tahun dikaji turut berkurangan 13.7 peratus kepada RM44 bilion berbanding RM50.9 bilion tahun sebelumnya berikutan jualan elektrik yang lebih rendah dan pelarasan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).

Pelarasan ICPT sebanyak RM3 bilion ini disebabkan harga bahan api yang rendah berbanding kedudukan surcaj RM1.9 bilion pada tahun kewangan 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, keuntungan bersih yang rendah itu adalah disebabkan kesan yang teruk akibat wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyekat aktiviti ekonomi.

Selain itu, katanya ia disebabkan kesan daripada Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 16 sebanyak RM613.4 juta, pendapatan pembiayaan yang rendah serta diskaun TNB sebanyak RM250 juta yang ditawarkan kepada pelanggan sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

"Bagaimanapun, kumpulan menunjukkan daya tahan di sebalik cabaran ini hasil kerjasama padu dan disiplin 35,000 warga kerja TNB yang berpaksikan komitmen untuk melaksanakan pelan strategik 10 tahun TNB, Reimagining TNB (RT)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lembaga Pengarah TNB meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 18 sen sesaham untuk suku keempat 2020, meningkatkan jumlah dividen satu peringkat kepada 40 sen sesaham bagi tahun kewangan 2020.

Selain itu, Lembaga Pengarah meluluskan dividen khas sebanyak 40 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen sesaham sebanyak 80 sen, dengan nilai keseluruhan RM4.6 bilion untuk tahun kewangan ini.

"Kelulusan Lembaga Pengarah untuk memberi dividen khas 40 sen sesaham mencerminkan komitmen TNB untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham setia yang terus mempercayai keupayaan pihak pengurusan untuk mendapatkan pulangan baik terhadap pelaburan mereka, meskipun ketika menghadapi waktu yang sukar," kata Amir Hamzah.

Mengenai tahun kewangan 2021, beliau berkata, memandangkan kebanyakan sektor industri dan komersial dibenarkan beroperasi ketika PKP 2.0, TNB menjangkakan kesan sekatan pergerakan terhadap permintaan elektrik tidak begitu teruk berbanding tahun kewangan 2020.

"Menerusi pelanjutan Tempoh Kawal Selia Kedua (RP2), permintaan elektrik TNB dijangka mengalami pertumbuhan 2.9 peratus ke 113,909 gigawat jam (GWj).

"Namun begitu, pendapatan daripada entiti yang dikawal selia dijamin pada pertumbuhan permintaan seperti yang ditetapkan oleh garis panduan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR)," katanya.

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
dah boleh ikhtiar pakai kincir angin macam dekat thailand kalau nak jimat bil letrik.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,179
Reaction score
2,290
Points
201
dah boleh ikhtiar pakai kincir angin macam dekat thailand kalau nak jimat bil letrik.
Yup. Nampak banyak kincir angin jalan songkhla ke nakhon si thammarat laluan 408.

1280px-Thai_Highway-408.svg.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register