BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TMJ dapat jet hadiah hari jadi

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
11224853_490658971097407_1258627314231472600_n_zpsduh1oopp.jpg


Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.

Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers, baginda antara lain turut bergambar bersama ayahanda Sultan Ibrahim di atas karpet merah di depan jet tersebut.

Di sebelah kiri dan kanan mereka dihiasi jambangan bunga dan belon yang berwarna-warni bagai menggambarkan majlis penyerahan jet tersebut diadakan secara rasmi walaupun dilihat dibuat secara ringkas.

Dalam gambar yang lain, kelihatan Tengku Mahkota menuruni tangga jet sambil diperhatikan oleh juruterbang dan beberapa petugas kabin. Beliau juga sempat bergambar dengan mereka sambil memegang kad ucapan hari lahir.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulis baginda dalam laman sosial itu.

Bagaimanapun Tengku Ismail menulis bahawa beliau berniat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri itu di samping menghulurkan sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menerima nasihat baginda Sultan Johor.

"Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulis baginda lagi.

Rata-rata pengunjung laman sosial turut meraikan kegembiraan itu di samping mendoakan baginda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


http://www.malaysiakini.com/news/303566
 
banyak duit ayahanda dia...
fazura..ooo...fazura...

kalau tak silap aku rakayat malaysia tak boleh memiliki jet peribadi kan...

kalo anak raja tak tau laa dikecualikan.
 
untung TMJ dapat jet peribadi.. aku nak dapat kete sebijik pun payah

tambah plk dengan kos hidup yang mencanak'2 sekarang:p
 
Kaya sultan johor ni. Kalau mcm ni dah boleh buat negara sendiri
 
banyak duit ayahanda dia...
fazura..ooo...fazura...

kalau tak silap aku rakayat malaysia tak boleh memiliki jet peribadi kan...

kalo anak raja tak tau laa dikecualikan.

yeke. xtau plak xbole

ramai je yg kaya2 tu ada jet peribadi
 
Sultan johor memang kaya sungguh..hartanah london, berpuluh hektar..belum lagi tanah di johor. Majalah The Economic laporkan sultan johor jual tanah persisiran yg kat pelabur cina, seluas bangi. Itu pun berapa billion. Sah ratus billion simpanan dlm bank.
 
Back
Top
Log in Register