BTC USD 57,781.8 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TM lancar dua khidmat internet jalur lebar baru

RMteam

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Nov 20, 2006
Messages
19,578
Reaction score
88
Points
125
Member sini any komen just post ok.. kita bincang sama2.:D

TELEKOM Malaysia Bhd (TM), melancarkan dua perkhidmatan jalur lebar
terbarunya, iaitu penyelesaian berkelajuan tinggi perkhidmatan Metro
Ethernet (Metro.e) dan Streamyx 4.0 Mbps.

Metro.e disasarkan kepada pelanggan perniagaan, manakala Streamyx 4.0
Mbps untuk pengguna kediaman.

Ketua Eksekutif Perniagaan Malaysia, Telekom Malaysia, Zamzamzairani
Mohd Isa, berkata buat permulaan kedua-dua perkhidmatan itu ditawarkan di
Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Beliau berkata, pada masa depan ia akan diperluaskan di bandar utama
yang lain.

"Keupayaan kedua-dua perkhidmatan jalur lebar adalah yang paling pantas
di Malaysia ketika ini.

"Ia boleh dipertingkatkan lagi kemampuannya daripada 4 Mbps kepada 1
Gbps, sekali gus menjanjikan jaminan kelajuan pemprosesan yang tinggi
tanpa mengira bilangan pelanggan," katanya pada sidang media selepas
pelancaran kedua-dua perkhidmatan itu di Kuala Lumpur semalam.

Ia dilancarkan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Sri Dr Lim
Keng Yaik. Turut hadir Pengerusi TM, Tan Sri Radzi Mansor.

Zamzamzairani berkata, Metro.e adalah teknologi penghantaran data
paling mudah di naik taraf kerana menggunakan topologi rangkaian serba boleh
yang membenarkan pelanggan menaik taraf kapasitinya mengikut keperluan.

Zamzamzairani berkata, bagi pelanggan kediaman TM memperuntukkan 16,000
port yang memberi pilihan kepada 16,000 pelanggan sama ada melanggani
pakej Stremayx 2.0 Mbps atau 4.0 Mbps.

Katanya, sempena pelancaran Streamyx 4.0bps, TM menawarkan promosi
pakej istimewa pada harga RM198 sebulan, iaitu diskaun kira-kira 25 peratus
daripada harga langganan biasanya RM268 sebulan.

"Tempoh promosi ini adalah selama sebulan dan tempoh langganan minimum
12 bulan," katanya.

Pelanggan akan dikenakan caj sekali saja bagi pemasangan sebanyak RM88
dan yuran pengaktifan RM75.

Zamzamzairani berkata, dalam tempoh lebih setahun lalu, TM sudah
meningkatkan tahap kelajuan perkhidmatan Streamyx 2.0 sebanyak dua kali ganda
sejak ia mula diperkenalkan pada Februari tahun lalu.

Katanya, TM sudah membelanjakan RM100 juta daripada RM600 juta yang
diperuntukkan bagi meningkatkan kemampuan perkhidmatan jalur lebarnya bagi
tempoh tiga tahun.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan semalam, TM mengumumkan
syarikat bersekutunya di India, Spice Communications Limited (Spice),
mendapat kelulusan untuk menawarkan perkhidmatan Jarak Jauh Nasional dan
Antarabangsa (NLD/ILD).

Lesen NLD /ILD diperoleh daripada Department of Telecom (DoT) pada 11
Mei 2007. Spice mengemukakan permohonan bagi kedua-dua lesen pada Ogos
2006.

Bagaimanapun, permohonannya bagi lesen untuk beroperasi dalam 20
kawasan bagi mewujudkan kehadiran di seluruh India, masih belum mendapat
keputusan.

"Kami amat gembira dengan berita yang kami terima ini," kata Ketua
Eksekutif TM International Sdn Bhd, Yusof Annuar Yaacob.

sumber : berita harian
 
Sponsored Post

Mr.DJ

Active+ Member
Joined
Feb 28, 2007
Messages
2,718
Reaction score
2
Points
25
Ok jugak tu..tp korang pernah dengaq pasal "C Band" & "Ku Band" tak ?....aku rase yg ni lagi baikkk!! dari Strymx yg baru diperkenal kan nie aku tak tau.....
 
matgori

Active+ Member
Joined
Mar 17, 2007
Messages
3,929
Reaction score
8
Points
25
laju tu 4 mbps tu, zassss...dah sampai kat distinasi...:)
 
matgori

Active+ Member
Joined
Mar 17, 2007
Messages
3,929
Reaction score
8
Points
25
Ok jugak tu..tp korang pernah dengaq pasal "C Band" & "Ku Band" tak ?....aku rase yg ni lagi baikkk!! dari Strymx yg baru diperkenal kan nie aku tak tau.....

bondo tu? tak pernah denagar lagi....xplain skit :D
 
remy

Fun Poster
Joined
Mar 15, 2006
Messages
670
Reaction score
0
Points
10
yg penting harga tu kena kasi murah laa..
 
TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,495
Reaction score
162
Points
138
Ok jugak tu..tp korang pernah dengaq pasal "C Band" & "Ku Band" tak ?....aku rase yg ni lagi baikkk!! dari Strymx yg baru diperkenal kan nie aku tak tau.....

terangkan sikit cam menarik je..
 
Mr.DJ

Active+ Member
Joined
Feb 28, 2007
Messages
2,718
Reaction score
2
Points
25
terangkan sikit cam menarik je..

YuP...ari tu ade DEMO kat ofis aku..memang power giler...coz yg nie klu dah ditetapkan kelajuan internet 1Gbps...memang cam tu ler laju dio...takder pun masalah mcm Strymx tue...lg plak dio pakai antena mcm Astro tu...tp pemasangan memang ler mahal bleh i think more than 1XXX & monthly fees ade byk plan yg diorang perkenalkan....klu nak yg monthly fees yg paling rendah untuk Unlimited Download dalam RM1XX.00 jugak ler....klu nak yg below Rm100 ade juga but Download dio pun Limited la jugak...Aku tak ingat sangat, brochure tu ade kat Rumah..nti besok aku post kat Cnie details nyer...
 
RMteam

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Nov 20, 2006
Messages
19,578
Reaction score
88
Points
125
wah best nih

YuP...ari tu ade DEMO kat ofis aku..memang power giler...coz yg nie klu dah ditetapkan kelajuan internet 1Gbps...memang cam tu ler laju dio...takder pun masalah mcm Strymx tue...lg plak dio pakai antena mcm Astro tu...tp pemasangan memang ler mahal bleh i think more than 1XXX & monthly fees ade byk plan yg diorang perkenalkan....klu nak yg monthly fees yg paling rendah untuk Unlimited Download dalam RM1XX.00 jugak ler....klu nak yg below Rm100 ade juga but Download dio pun Limited la jugak...Aku tak ingat sangat, brochure tu ade kat Rumah..nti besok aku post kat Cnie details nyer...

tak sia2 aku bukak thread ni...
heheh
jgn lupa ya esok tu...
 
wahh ini lagi zassss.....1gbps, memang cam 'pelesit' lajunya..:D
 
Mr.DJ

Active+ Member
Joined
Feb 28, 2007
Messages
2,718
Reaction score
2
Points
25
tak sia2 aku bukak thread ni...
heheh
jgn lupa ya esok tu...

Hehe..:D sorry la ye RMTeam..aku ingat korang tau pasal "Cband & KuBand"..tu...ok esok i'll post it here..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register