BTC USD 62,488.2 Gold USD 1,802.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TM kekal peneraju jalur lebar

rasyid9449

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2009
Messages
3,469
Reaction score
73
Points
30
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju jalur lebar di negara ini apabila jumlah pelanggannya kini menokok 14.2 peratus kepada 1.6 juta.

Selain itu, UniFi yang diperkenalkan TM juga berjaya dilaksanakan menerusi 26 ibu sawat dengan lebih 29,000 pesanan dicapai setakat 15 November 2010 iaitu hanya lapan bulan selepas perkhidmatan itu dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, pencapaian itu diperoleh hasil portfolio produk yang optimum dan strategi ke pasaran lebih baik.

“Melangkah ke hadapan, kami kekal utuh dalam usaha transformasi TM didorong empat teras program peningkatan prestasi iaitu berorientasikan pelanggan dan peningkatan kualiti, kecemerlangan operasi dan produktiviti modal, pemikiran satu syarikat dan berorientasikan pelaksanaan, dan kepemimpinan menerusi kecemerlangan komersil,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Beliau berkata, pasaran jalur lebar terus tumbuh dengan negara bergerak pantas ke arah aktiviti dan urus niaga berasaskan Internet.

Menurutnya, sektor awam dan swasta membantu memainkan peranan dalam mendorong penerimaan Internet serta jalur lebar dengan wujudnya lebih banyak urus niaga berasaskan dalam talian.

“TM menjangka dapat memenuhi sasaran meluaskan perkhidmatan UniFi ke 48 kawasan ibu sawat dengan 750,000 premis sedia dipasang pada akhir 2010 serta menyasarkan mencapai 1.3 juta premis sedia dipasang menjelang akhir 2012.


“Sehingga 15 November 2010, jumlah pelanggan UniFi melebihi 21,000 sementara jumlah premis sedia dipasang melebihi 700,000,” katanya.

Katanya, liputan UniFi turut diperluaskan bagi meliputi 26 kawasan ibu sawat dengan tujuh daripadanya di zon industri seperti di Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Zamzamzairani berkata, dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara.

“Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan kumpulan itu meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya,” katanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register