BTC USD 16,817.0 Gold USD 1,786.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TLDM Perlukan Aset Baru, Kali Terakhir Terima Kapal Kombatan Pada 1997

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,201
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,201
Reaction score
4,932
Points
296
Awards
1
04.10.2022 - Kuala Lumpur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) amnya dan Armada Barat khasnya sangat memerlukan peningkatan keupayaan kombatan bagi meningkatkan pertahanan negara. Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam kenyataannya berkata, perolehan aset baharu seperti LMS Batch 2 (LMS B2) seperti yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pertahanan (Kementah) diperlukan segera bagi menampung peningkatan keperluan pengoperasian yang semakin mendesak serta mendepani landskap keselamatan serantau yang jauh berubah.

“Cabaran dan tanggungjawab yang semakin besar dan mencabar ini tidak terdaya ditampung sekiranya jumlah aset yang ada masih kekal seperti 25 tahun lalu” katanya.

Menurut kenyataan itu, sebanyak sembilan kapal dari Armada Barat bersama dengan kapal dari Armada Timur serta aset sokongan yang lain akan diuji siaga di dalam eksersais intra TLDM terbesar iaitu Eksesais KERISMAS 27/22 (KERISMAS 27/22) bulan ini.

“Cabaran terbesar yang dijangka dihadapi oleh Armada Barat dalam eksesais ini pastinya kesukaran mengoperasikan aset yang semakin berusia. Jika pada sekitar tiga abad dahulu, Armada TLDM berbangga memiliki sebanyak 16 kapal kombatan berkeupayaan tempur (misil), tetapi jumlah ini berkurangan dengan drastik pada hari ini akibat faktor keusangan sistem persenjataan dan juga sistem sokongan yang lain,” katanya sambil memaklumkan perolehan terakhir kapal kombatan bagi Armada TLDM dibuat pada 25 tahun lalu (1997) iaitu Korvet Kelas Laksamana.

Menurutnya, pengurusan kapal yang usang ini selain meningkatkan kos operasi dan selenggaraan yang tinggi secara langsung menjejaskan keupayaan cegah rintang Armada Barat memantau secara efektif keselamatan serta kedaulatan perairan negara seluas 187,587 kilometer persegi di Selat Melaka dan Perairan Timur Laut China Selatan.

“Tidak dinafikan kita sangat berbangga dengan keupayaan kapal kombatan Armada Barat mengekalkan keupayaan pengoperasian peralatan tempur setanding dengan tentera laut negara sahabat yang lebih maju, seperti kejayaan KD LEKIR yang berusia 38 tahun melancarkan misil Exocet MM40 tepat mengenai sasaran di perairan Hawaii sewaktu Eksesais RIMPAC 2022 baru-baru ini. Namun, ketandusan kapal kombatan di Armada TLDM, seperti LCS dan LMS B2, mengakibatkan kapal kombatan sedia ada seperti KD LEKIR, KD LEKIU dan KD JEBAT terpaksa dioperasikan melebihi dari tempoh kitaran operasi mereka. Armada TLDM bukan sahaja menghadapi cabaran mengoperasikan aset yang usang tetapi juga kekurangan aset kombatan yang bersesuaian bagi mempertahankan kedaulatan negara. Pembangunan keupayaan pula tidak berlaku dalam sekelip mata sahaja,” katanya.​

1664857521515.png
 
Sponsored Post

sranua

Fun Poster
Messages
699
Joined
Jul 25, 2012
Messages
699
Reaction score
235
Points
33
Kalau ada GST dan duit perolehan cukai tu dibelanjakan untuk pemodenan dan perolehan aset tempur negara, aku sokong. Biar nampak hasil dari cukai tu.
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,770
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,770
Reaction score
5,816
Points
481
Awards
1
Mcm lmbt lg la nk dpt sebab isu xsettle2 lg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register