iswarahijau
Super Active Member
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 6,060
- Reaction score
- 44
- Points
- 70
PULAU PINANG 13 Nov. - Kerajaan Pulau Pinang akan memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri ini seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja.
Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy (gambar) berkata, menjadi hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk melihat semua kaum mendapat hak dan peluang yang sama untuk menyertai sektor awam di negeri ini agar taburan peluang pekerjaan seimbang bagi semua kaum.
Sehingga 30 September lalu, terdapat 7,092 kakitangan kerajaan termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang dan daripada jumlah itu, 81.95 peratus adalah Melayu, 12.92 peratus Cina, 5.05 peratus India dan 0.08 peratus kaum lain.
Menjawab soalan lisan S. N. Rayer (DAP- Seri Delima) mengenai peratusan pekerja kaum India dan Cina di jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan kajian terperinci supaya langkah tertentu boleh diambil untuk mengimbangi keadaan ini.
Ramasamy, yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor pekerjaan di negeri itu, berazam mewujudkan dasar yang sesuai bagi memperbaiki keadaan itu.
Kenyataannya mengundang rasa tidak puas hati beberapa wakil pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) yang mahu Ramasamy menarik balik tuduhan itu.
Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan), yang membidas kenyataan itu berkata, terdapat banyak faktor mengapa masyarakat bukan Melayu tidak menyertai perkhidmatan awam antaranya gaji rendah serta keadaan pekerjaan itu sendiri.
Beliau menjelaskan bahawa UMNO tidak menentukan pengambilan pekerja dan mereka yang ditawarkan pekerjaan perlu menjalani prosedur tertentu termasuk temu duga oleh ketua jabatan.
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan saya minta Yang Berhormat membuktikan tuduhan ini. UMNO tidak menentukan soal pengambilan pekerja," katanya.
Sambil tidak menafikan ada banyak faktor lain menyebabkan ketidakseimbangan kaum di sektor awam itu berlaku, namun Ramasamy berkata, penentuan hala tuju politik negara didominasi oleh UMNO.
Ramasamy juga mendakwa walaupun kaum lain memohon pekerjaan di sektor itu, terdapat ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan mereka.
Kenyataan beliau itu disanggah Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) yang menyifatkan ia sebagai tuduhan semata-mata dan tidak berasas sama sekali
P/s: dlm tv3,semalam melaporkan p.ramasamy mendakwa org2 umno mengoyak borang2 permohonan bukan melayu utk menyertai kerajaan?
melampau betul dakwaan..
kalaupun benar,bukankah ia bermakna umno membela melayu dgn menjamin jawatan di sektor awam dimonopoli melayu?
apa kata penyokong2 kesamarataan PAS dan PKR?

Last edited: