Titah Sultan Selangor tamparan kepada Anwar

CG Sponsors

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,698
Reaction score
1,534
Points
101

Oleh Malaysia Aktif

TITAH Sultan Selangor penggunaan Allah hanya untuk Islam dan tidak boleh digunakan bagi agama lain tentunya adalah satu tamparan hebat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya MB Khalid Ibrahim dan penasihat ekonomi negeri Anwar Ibrahim.

Anwar awal-awal lagi sudah pun memutuskan perkataan Allah untuk semua rakyat. Khalid yang akur dengan kehendak Anwar tidak bersuara langsung malah jika boleh dia mahu semua akhbar dan tv memaparkan mereka melawat gereja sama seperti pemimpin Pas, Nik Aziz Nik Mat dan Hadi Awang.

Biasalah Anwar, Nik Aziz dan Hadi mahu memancing undi penduduk Sabah dan Sarawak selain pengundi Krisitian di Semenanjung menjelang 2013.

Apabila Khalid menyepi, tiba-tiba Khalid Samad pula membela pengunjung gereja. Telatah wakil rakyat Shah Alam ini ditentang Zulkifli Noordin (PKR - Kulim). Pemimpin Keadilan sendiri bercakaran kerana masing-masing mahu diiktiraf juara.

Dulu Khalid Samad juga mahu jadi juara kuil Hindu, tetapi senyap bila isu itu mula dilupakan rakyat.

Apakah pemimpin pembangkang ini ikhlas sekaligus ahu memancing undi penganut Kristian saja hingga sanggup mengabaikan kepentingan pengundi Islam dalam mainan sandiwara politik haprak mereka ini.

Menurut laporan Sultan mengeluarkan arahan itu sejajar larangan yang termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) diwartakan sejak 1988.

Isu ini juga sudah diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang menegaskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:

"Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Berikutan keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, Majlis Agama Islam Selangor membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.

Antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).
MAIS memutuskan jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan.

sumber - malaysiaaktif
 
Sponsored Post

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25

encik, 3thread bertubi2 nampak..

ada lagi ke nak taruk??

rasanya dah banyak kali bincang kot..

encik kata nak pancing undi??

apa kes dengan orang yang nama Allah dia perjuang(bagus..alhamdulillah), tapi lulus balik sampai 5 lesen kelab malam tu(nauzubillah..)

kalo xsebab nak pancing undi xkan nak pancing ikan kot??
 
eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,354
Reaction score
467
Points
86
sapa Anwar Ibrahim tu .. ulamak ?? majestret ??? dokter ??
 
art_director

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
3,606
Reaction score
182
Points
43
Kalimah Allah : Tindakan kerajaan Malaysia tepat- Syeikul Al Azhar

Isu Kalimah Allah seakan sudah terseret kepada pelbagai pihak, dari kelompok gereja di Indonesia hinggalah kepengetahuan pihak Syeikhul Al-Azhar di Mesir.

Ikuti tulisan Abdul Haseef dibawah:

Penulis sempat mengajukan persoalan ini kepada Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam.

Beliau menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir. Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat.

Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah.

Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Hadith. Untuk mendengar perbincangan penulis dengan beliau dalam Bahasa Arab, sila download audio di sini.

Sumber :Mufakkir Islami
 
kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,662
Reaction score
836
Points
171
tensen betul la..kalo kerana politik maruah agama Islam tercinta jadi pertaruhan..

harap2 pemimpin politik x kira aliran perlu perjuangkan tanpa motif/kepentingan politik..sebab risau org lain akan ambil kesempatan di celah2 kekalutan dan ketidaksepakatan umat..
 
moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,255
Reaction score
516
Points
176
masa ni la sultan bole gunakan kuasa mereka...gunakan kuasa berlandaskan hukum yang adil. Tapi kalau ikutkan sebenar mmg tak salah org kristian guna nama Allah cuma kita risau diorang secara halus tarik org islam masuk agama kristian je :|
 
akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,765
Reaction score
1,829
Points
206

ayat yg ni mmg salah
kalo ko kate xsalah maksudnye ko dah mengaku tuhan diorg adalah sama dgn ALLAH...
ALLAH adalah [email protected]
 
akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,765
Reaction score
1,829
Points
206
kalau nak guna nama Allah boleh.masuk Islam
sokong..
kalo diorg percaya kepada ALLAH masuk la ISLAM
:)paid:)paid

pada aku org kristian ni xsuka cara hidup ISLAM
byk yg nafsu diorg nak tp dalam ISLAM dilarang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register