Tipu pasangan anak masuk hospital sebelum samun

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,597
Reaction score
21,072
Points
1,671

KRISHNAN menunjukkan cara isterinya Kausalia diperlakukan penyamun.



Alor Gajah: Dua penjenayah yang menyamun seorang wanita warga emas meninggalkan mangsa dalam keadaan terikat di sebuah kampung di pekan ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa G Kausalia, 56, mengalami kerugian RM6,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua penjenayah terbabit.

Dua penjenayah itu bertindak licik apabila pergi ke rumah mangsa dan memberitahu seorang anaknya dimasukkan ke hospital akibat menelan ubat berlebihan.

Malah, untuk lebih meyakinkan mangsa, seorang suspek turut membawa suami mangsa, S Krishnan, 57, ke Hospital Alor Gajah menggunakan motosikal sebelum dia ditinggalkan di situ.


Menurut Krishnan, dia dan isteri terjaga dari tidur sebaik terdengar bunyi pintu utama diketuk berkali-kali sebelum dua lelaki muncul selepas pintu rumah dibuka.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/2013041706152820130417061528//Article
 
Sponsored Post

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Kaedah baru. Org x kenal x yah la layan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register