BTC USD 62,012.4 Gold USD 1,762.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TIPS-untuk yang nak lulus lesen JPJ KERETA (komputer/parking/bukit/jln raya/undang2)

david.cronenberg

Active+ Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
20
Points
371
kepada calon yg belom dapat lesen. :)

UJIAN KOMPUTER

Ramai menulis kepada blog Driving School Malaysia ini “bersungut” kononnya mereka rasa sungguh hampa kerana menghadapi ujian komputer “Kod Jalan Raya”. Ada yang sudah gagal buat 2 – 3 kali. Siapa yang tidak merasa “hampa” dalam keadaan demikian.
Tetapi nasihat saya adalah, jangan begitu senang putus asa. Ingat, kalau anda cuba dan cuba dan cuba lagi, pasti pada akhirnya anda akan menemui “kejayaan”. Percayalah saya.

Untuk mukluman para pembaca, saya sendiri menduduki Peperiksaan S.T.P.M. atau H.S.C. (Higher School Certificate) sebanyak 7 – 8 kali sebelum mencapai sijil lulus akhirnya.

Kepada yang sudah hampa sebab gagal beberapa kali dah, jangan “give up”. Teruskan berusaha! Jangan lupa, lesen memandu itu mustahak. Ia penting. Khasnya kepada seorang wanita.

Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk membantu anda lulus dalam Kod Jalan Raya atau “Highway Code” ini.

Sebenarnya, mungkin pengajar anda yang salah. Dia mungkin tidak bekalkan anda dengan segala buku-buku, risalah-risalah, tape-tape atau C.D. yang ada dalam pasaran. Tetapi dalam hal ini, mungkin anda juga yang salah.

Tanya pengajar atau instructor anda kalau ia boleh sediakan anda dengan:

i) Buku teks.

ii) Buku Ulangkaji 500 soalan.

iii) C.D. atau disk 500 soalan.

Tetapi, jangan semata-mata cepat tuduh instructor yang salah saja. Anda bagaimana? Persediaan anda sebelum ke bilik komputer cukupkah?

Andai anda dah bersedia bersungguh-sungguh dan akhirnya gagal juga, lainlah ceritanya.

Baik. Ke arah bagaimana hendak membantu calon-calon yang merasa sukar untuk lulus kertas “Highway Code” ini?

Kena ingat, untuk Lulus kertas ini, anda Mesti memperolehi 84%. Itu sebenarnya adalah A1 tahu.

Section “A” ada 15 soalan. Baca bahagian ini dengan baik. Lagipun bahagian ini “Tanda Isyarat”. Penting!
Kalau buat salah banyak-banyak, macam mana boleh?

Biar saya soal awak satu soalan. “No Entry” bolehkah masuk? Lagipun kiranya “Double Line” anda memotong kereta bolehkah?

Jadi nasihat saya mudah saja. Baca atau sedia Bahagian A ini bersungguh-sungguh. Jangan, kalaunya boleh, buat salah satupun di bahagian ini.

Section B ada 25 soalan. Soalan-soalan tentang “Panduan Berhemat”. Tajuk-tajuknya termasuk:

i) Halangan

ii) Kesihatan

iii) Peraturan Jarak

iv) Kecemasan

v) Olah gerak dan banyak lagi.

Daripada 25 soalan, anda jangan buat Salah lebih daripada 3 atau 4 kesalahan maximumnya. Jadi jangan salah lebih daripada itulah. Pendikata hendaklah bersedia bersungguh-sungguh!

Akhirnya Section C 10 soalan. Tajuk-tajuk:

i) Jenis lesen

ii) Sistem Demerit

iii) Hal-hal motosikal

iv) Akta Pengagkutan Jalan ’87

Di bahagian ini, anda diizinkan buat 2 – 3 soalan salah saja.

Rumusnya, kita kira balik kesalahan-kesalahan. Tiada kesalahan di bahagian A, 3 atau 4 soalan di Bahagian B dan maximum 2 -3 soalan salah di Bahagian C.

0 + 4 + 3 = 7 kesalahan keselurahannya.

Markah lulus ialah 42 / 50.

Dengan hanya melakukan 7 kesalahan saja, anda akan Lulus!

Sebenarnya, lulus atau tidak, semuanya di tangan anda!

UJIAN SIDE PARKING

1. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh dari tiang.

2. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri.
Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah-tengah cermin itu.

3. Pusing stereng ke kiri habis dan masukkan gear undur.
Mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan.
Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah
sama lurus dengan tiang no.7.

4. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan.Undur kereta dan lihat kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning.Berhenti.

5. Pusing ke kanan habis dan undur.Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar itu sudah berada di atas garisan kuning.Jangan langgar tiang hadapan.

6. Pusing stereng ke kiri habis.Masukkan gear satu.Gerakkan kereta perlahan dan berhati-hati supaya tidak terlanggar tiang hadapan.Luruskan tayar dengan memusing stereng 2 kali ke kanan.Sebaik badan kereta dan cermin sisi berada di dalam petak.Bebaskan gear dan tarik brek tangan.
Angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.

7. Masukkan gear undur. Pusing stereng 2 kali ke kiri.Gerakkan kereta berhati-hati.Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar berada diatas garisan kuning.

8. Pusing stereng ke kanan habis dan masukkan gear satu.Terus keluar berhati-hati jika anda mahir.Sekiranya anda tidak berapa mahir.Berhenti dahulu sebaik tiang no.satu berada di tengah-tengah pintu penumpang kiri anda.

9. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.


Untuk info anda,masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit.
Kebiasaannya ketika hari ujian,kebanyakan pelajar hanya mangambil masa kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:
====================================
1. Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh atau tiang bergoyang.

2. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi garisan.

3. Tidak melebihi masa 5 minit.

4. Tidak berlaku sebarang kemalangan.

TEKNIK BELAJAR MENDAKI BUKIT
1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

TEKNIK BELAJAR MENURUN BUKIT
Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).

Calon akan lulus jika:

Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:
Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
Melebihi masa yang ditetapkan.
Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
Langgar garisan putih.
Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Menghadapi ujian Jalan Raya (Route)
Seorang calon elok berpakaian sopan dan bertatatertib. Dibawah adalah Tips-tips yang harusnya kita laksanakan semasa ujian berlangsung.
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bubuh signal ke arah hendak belok. Pasti tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.

2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pasti dapati kawal stereng dengan baik. Elok jangan “mengular” (tidak stabil). Beri jalan kepada kenderaan dan pengguna lain.

3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.

4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.

5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.

Memandu dengan selamat semasa dijalan raya. Elakkan kemalangan berlaku semasa ujian. Apabila sampai balik be institut, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.

Akhir kata, kalau anda beretika lembut kepada pengguna jalan raja lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.

Memakai pakaian kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan mencapai

Semoga berjaya! :D
 
Sponsored Post

Dobit127

Active+ Member
Joined
Oct 29, 2007
Messages
2,888
Reaction score
86
Points
45
teringat masa ambik lesen dulu.... kawan last batch x pakai P...
 

malayleaks

Active Member
Joined
Jan 1, 2011
Messages
2,418
Reaction score
14
Points
25
Zaman dah berubah,generasi baru dibiasakan dengan ujian berkomputer.

Namun kalau diberi pilihan,saya tetap memilih ujian bertulis seperti biasa.Rasanya berkomputer boleh,tapi bukan dalam semua aspek peperiksaan.
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
281
Points
131
aku dulu ujian komputer sampai 3 kali
tapi ujian test jpj motor kete sekali je buat
alhamdulillah
hehe
 

namasaya

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2011
Messages
4,345
Reaction score
32
Points
30
bayar kat RM50 tuk lepas jalan raya...hampeh betol..~X(
 

hirman

Active Member
Joined
Feb 2, 2011
Messages
2,465
Reaction score
7
Points
25
Cikgu driving school pernah beri tips kalau enjin mati,tekan klac,gear satu pastu hidup enjin.bila aku pratikkan masa test kena tolak 3 mata.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register