BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Tanggal dan Pasang Sticker Road Tax Kereta

Sponsored Post

TT, ni satu lagi tip yg aku praktikkan dah bertahun-tahun tanpa menggunakan bahan-bahan kimia.

1. Tanggal sticker/pelekat roadtax waktu awal pagi - waktu cermin kereta masih sejuk.
2. Semburkan air ke sticker/pelekat roadtax dan sekelilingnya menggunakan water-spray
3. Ungkil sedikit di bucu atas kanan dan spray air kat kawasan yg dicungkil tadi.
4. Biarkan sticker/pelekat roadtax tu serap air semburan tadi dlm masa 2-3 minit
5. Kemudian tarik sticker/pelekat roadtax tu mengikut arah ia dipasang - arahan kat kertas print-out JPJ tu
6. Setelah sticker/pelekat roadtax tu tanggal sepenuhnya, gunakan jari utk gosok kawasan lama sticker/pelekat roadtax tu.
7. Lekatkan sticker/pelekat roadtax/lesen jalanraya yang baru tu perlahan-lahan dari arah barat-laut ke tenggara.
8. Lap air di sekeliling sticker/pelekat roadtax tu dan juga dashboard kereta bila dah selesai.

* 9. Biasanya aku lekat semula roadtax lama ke kertas roadtax baru tu utk kenang-kenangan. Sampai la ni aku masih ada simpan roadtax lama tu.:)

# Boleh juga guna utk tanggal sticker/pelekat lain yg bukan jenis permanent. #
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register