BTC USD 28,971.8 Gold USD 1,853.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Tanggal dan Pasang Sticker Road Tax Kereta

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,200
Joined
Jun 28, 2011
Messages
26,200
Reaction score
3,033
Points
261
Awards
1
Tak tahulah siapa yang mencadangkan dan mencipta roadtax yang kita guna pakai sekarang nih. Nak lekatkan satu hal, kena hati-hati jangan senget. Silap cara, mahu terkoyak roadtax tuh. Selepas setahun, azab pula nak tanggalkan. Bukan lah nak simpan roadtax lama tuh, buat macam mana sekalipun mesti terkoyak juga. Masalahnya, roadtax tuh biasanya merosakkan cermin kereta. Tak tahulah gam jenis apa yang digunakan. Kadang-kadang tuh, roadtax dah tanggal, gam pula melekat pada cermin. Jadi satu hal pula nak hilangkan kesan gam tuh. Yang menjadi masalah sekarang nih,ramai yang merungut pasal terdapat saki-baki roadtax beberapa tahun lepas masih ada lagi pada cermin kereta mereka.

10.bmp

Itulah masalah yang owner kereta hadapi semasa nak tampal roadtax baru. Susahnya nak tanggal yang lama, Kalau tidak, rosaklah ‘tinted film’ tuh. apasal laa dorang buat roadtax camnih.. yg dulunye lagi senang.. silap-silap rosak laa segala tinted ko yg mahal-mahal tu....atau masalah yang ketara ialah mesti koyak rabak road tax korang kalau tak pandai nak tampal atau masa nak pindahkan roadtax ..

Tip-tip mudah masa nak tanggalkan Road Tax


Cara pertama:
Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

9.bmp


Cara Kedua:
Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda .. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke,nak bagi gam dia cair dulu agaknya.Lepas tu,dengan berhati2,bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya

Tips nak hilangkan sisa gam Road Tax lama

8.bmp


Cara mudah yang selalu aku praktikkan, Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.
Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.

Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)

7.bmp

klu cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak. Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50... bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..

Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)

6.bmp


klu cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr...pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo ... pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih.... abis citer.. Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover.. yang ni power.. cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah..

Tip-Tip nak Pasang Road Tax Baru

Satu tip mudah yang selalu orang gunakan macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang tu..time korang nak tampal road tax kat cermin tu, jangan la tampal roadtax tu cemtu je.. tapi amik plastik lutsinar tipis & cover dulu permukaan road tax tu ngan plastik

5.bmp

1. dapatkan plastik jernih yang sangat nipis (macam plastik tinted kereta tu)

2. potong cun2 dengan saiz roadtax.

3. lekatkan roadtax tu atas plastik tadi

4. kemudian lekatkan plastik yang dah ada rodtax tu kat cermin kereta.

4.bmp

tinggalkan sket je bahagian gam kat tepi r/tax tu utk lekatkan kat cermin kete...pastu tampal la cam biasa.. so gam yg lekat kat cermin kete tu sket je, so time korang nak tanggalkan nnti pun senang & kompom xde kesan

Tampal Road Tax Guna Holder Plastik

Cantik lah sikit kalau guna holder plastik adelah nampak design sikit.. ade besepah jual kat mana-mana.. pilih ajer lah yg mana cantik

3.bmp

Tanggalkan Road tax sticker dari kertas. dapatkan plastik holder road tax Sticker.lekatkan roadtax tu atas plastik holder tadi. pindah tampal rodtax tu kat cermin keret.bagusnya guna holderplastik ni ialah ianya tidak mencomotkan cermin kenderaan anda.

Cara lain Tampal Road Tax..

2.bmp

Ade kete aku tengok.. tampal skali ngan kertas road tax tuh terus tampal sekeping road tax masuk dalam plastik holder... tuh pun idea yang bagus tak yah susah susah nak ceraikankan road tax sticker dari kertas

Tip Tampal Road Tax klu malas...

1.bmp

Cara orang pemalas jenis ala kadar atau asal boleh.. Diorang gam atau double tape kat setiap penjuru bucu road tax tersebut..

Cara paling Sengal ?
Masuk Road Tax dlm Frame Gambar..


12.bmp

Yang ni cara terlampau cerdik agaknyer siap masuk frame gambar pasal tak mau tampal dan comotkan cermin kereta agaknyerr... Bila kena tahan ngan polis dia akan keluarkan frame road tax tunjuk kat polis... wehhhh road tax wajib tampal dan pamirkan kat sisi cermin kereta bukan masuk dalam frame gambar... adooiiii... sengalnya.. kalau roadblock tau lahh nasib ko...

Sumber

meh sini aku tambah tips...
n mmg ni lerr skill yg aku dok buat
untuk cermin depan yg takdak tinted..


1st. basahkan tisu... pastu perah sikit biar
jadi lembab..terlebih basah kang.. abih plop dlm keta tuh..
so suam-suam basah hehe

pastu tampalkan tisu tuh kat belakang roadtax..
n biar dia tutup keseluruhan roadtax tuh.. sebaiknya lebih sket dari roadtax tuh..

biarkan tisu basah tuh melekat jaa kat situ..

dlm sejam atau lebih.. dah boleh koyak cam biasa..
takdak lagi masalah roadtax melekat kat cermin..


slmt mencuba


TT, ni satu lagi tip yg aku praktikkan dah bertahun-tahun tanpa menggunakan bahan-bahan kimia.

1. Tanggal sticker/pelekat roadtax waktu awal pagi - waktu cermin kereta masih sejuk.
2. Semburkan air ke sticker/pelekat roadtax dan sekelilingnya menggunakan water-spray
3. Ungkil sedikit di bucu atas kanan dan spray air kat kawasan yg dicungkil tadi.
4. Biarkan sticker/pelekat roadtax tu serap air semburan tadi dlm masa 2-3 minit
5. Kemudian tarik sticker/pelekat roadtax tu mengikut arah ia dipasang - arahan kat kertas print-out JPJ tu
6. Setelah sticker/pelekat roadtax tu tanggal sepenuhnya, gunakan jari utk gosok kawasan lama sticker/pelekat roadtax tu.
7. Lekatkan sticker/pelekat roadtax/lesen jalanraya yang baru tu perlahan-lahan dari arah barat-laut ke tenggara.
8. Lap air di sekeliling sticker/pelekat roadtax tu dan juga dashboard kereta bila dah selesai.

* 9. Biasanya aku lekat semula roadtax lama ke kertas roadtax baru tu utk kenang-kenangan. Sampai la ni aku masih ada simpan roadtax lama tu.:)

# Boleh juga guna utk tanggal sticker/pelekat lain yg bukan jenis permanent. #

kalau time nak tampal, sebelum tampal rotax tu aku lekat2kan kat baju dulu dlm 2 3 kali... biar gam dia kurang sikit melekatnya.:D

aku lagi dashyat...amik gambar lesen dan road tax letak dalam henpon...senang hati jer jalan kalau tak bawak dompet...janji henpon ada...memang banyak soalsiasat tp at least aku ada point la nak jawab...
 
Last edited:
Sponsored Post

mnzaim

Active+ Member
Messages
2,850
Joined
Oct 6, 2010
Messages
2,850
Reaction score
20
Points
25
hahaha...cara last tu takleh blah. Macam mana la kalau polis mintak roadtax...
 

wan676

Active+ Member
Messages
4,807
Joined
Mar 29, 2010
Messages
4,807
Reaction score
5
Points
25
bagus la info ni.. aku baru je tanggal roadtax lama.. memang kyak dan byk kesan sticker tertinggal dan gam.. pahni aku nk try hairdryer plak. ops gmbar last tu mmg sengal haha
 

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
thanks tt.. petua berguna ni.
 

zamreda

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,388
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
52
Points
120
1.bmp


:)) :)) :))

terus selotep...
 

biosumber

Active Member
Messages
2,162
Joined
Nov 26, 2007
Messages
2,162
Reaction score
38
Points
30
aku bru beli kete 2 bulan lepas beli plastik cover utk rodtek tapi tak sampai seminggu da meleding2 rodtek aku.. plastik cover tu ok je.. sekalang pon makin tambah teruk ledingan dia...
p/s kete aku memg paking direct kene matehari.. open park kate omputih...
 

rambootan

Active Member
Messages
1,389
Joined
Dec 21, 2010
Messages
1,389
Reaction score
122
Points
38
Terima kasih atas info nie TT...kdg2 mmg payah nak tanggalkan rotek keta sndiri..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register