Tips Ringkas ke London & Paris 2011

Recommended Brokers


farizal

Active Member
Joined
Apr 24, 2006
Messages
1,489
Reaction score
121
Points
33
Assalamualaikum,

Pada 19-28hb April 2011, aku dengan isteri aku berpeluang ke London dan Paris selama 10 hari.

Jadi, ada baiknya aku kongsi beberapa tips:

Penginapan:
Tempah penginapan dan segala tiket secara online sebab boleh dapat murah. Hotel yang aku
menginap:

  • YHA London St Pancras: http://www.hostelworld.com
  • Hotel Canal Saint-Martin, Paris (beli pakej Eurostar untuk tiket keretapi pergi dan balik,
    hotel (3hari) dan bas hop on hop off 2 hari.)
  • Travelodge Hotel: Tempah hotel secara online di http://www.travelodge.co.uk.
    Tapi, bayar masa nak check in nanti

Makanan

  • Beli kat Malaysia roti, 3 tin jem sandwich dan energy bar macam Snickers. Aku beli Snickers
    8 bar kat Carrefour rm17
  • Kedai kebab halal banyak kat London. Kat hotel Travelodge, Old Street ada 2 kedai orang
    Turkey. Makan kat London pada aku, tak susah nak cari yang halal. Jangan risau sangat part ni

Kenderaan
  • Easy Bus adalah yang termurah setakat ni kalau daripada lapangan terbang utama nak ke London.
    Aku cadangkan beli online di http://www.easybus.co.uk untuk dapatkan tiket sehala ₤2.
  • Big Bus Tours adalah perkara wajib. Seronok tau naik bas takde bumbung ni :D Nak dapat diskaun?
    Beli tiket secara online kat http://www.bigbustours.com
  • Kalau nak jalan dalam London, naik underground pakai travel pass. Ambik Zon 1 dan 2 dah cukup. Nak
    jalan kaki pun boleh. Tak rasa penat pun sebab sejuk

Perkara-perkara Lain
  • Lagi sebulan dua nak pegi, banyakkan tinjau kat Google Map. Biasakan keadaan sekeliling di
    kawasan mana yang nak pergi. Terutamanya kawasan hotel. Kebanyakan kes aku, aku dapat kenalpasti
    kedudukan hotel aku adalah kerana bangunan-bangunan yang ada sekitar kawasan hotel aku dah tengok
    dalam Google Map
  • 90% duit dan pasport letak dalam porch. Porch tu pulak lilit kat badan (dalam tshirt). Dalam
    beg duit aku biasa letak paling banyak 60 pound. Selebihnya aku simpan dalam porch dan terlindung
    dari pandangan orang ramai
  • Kalau nak jimat bil telefon dan terlupa nak aktifkan servis roaming (macam aku), aku langgan
    servis Skype http://www.skype.com. Pakai skype lagi jimat banyak. Sapa pakai iPhone
    lagi best, pakai aplikasi skype, pas tu cakap mcm telefon biasa. Cumanya, kena ada talian internet
  • kat London internet payah sikit nak dapat yang free punya. Kat hotel paris yg aku menginap bagi
    internet free. laju pulak tu. nak call pakai skype pun senang. Travelodge ada bagi wifi free. tapi
    kena turun kat lobi utk dapatkan wifi. Dalam bilik hotel punya wifi kena bayar 5 pound 1 jam
  • Bawa plug universal. Kat London punya plug sama macam kita kat sini. Kat Paris pulak plug dia lain

Laman-laman Web yang Berguna

Ini cara aku masa pegi sana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah :)

Untuk gambaran yang lebih jelas, boleh baca kat blog aku:
http://www.brekkejap.com/p/cerita-dari-london-paris.html



----------------------------------------------------------------------------------------

Tips Geng CG:

dapat pergi melancong ke paris ke bro?

bagus la...tips yang aku dapat berikan sebab aku dah stay sana lama..

1)jangan bawak ic.
2)nak jalan tu in groups
3)seluk saku memang selalu..lagi lagi kalau guna metro...negro kena selalu berhati hati
4)hotel tu jangan expect besar..secara normal nye...hotel dorang memang giler kecik..paham paham la..sebgai contoh..kalau ko masuk lift dorang ko ngan bag ko ja leh naik dulu...so leh bayangkan kecik mana dorang nya hotel..
5)duit memang kena spend byk la..tips beli barang buatan paris/france..semua barang US made memang mahal gilass..maybe dorang anti us..memang anti us pun
6)kat metro(LRT) tu memang kena berhati hati..macam macam orang ada...

just aku bagi nasihat..kalau gi ngan family tu...just jaga family la...sebab..orang sana tu..ganas gak..dan kalau boleh..guna pouch..untuk simpan duit...jangan letak kat seluar....ok
England ni yg best salah satu sebab ialah historical background kita. Dan macam kau cakap tu lah, English. Lagi pemandangan cantik. Org pun kebanyakkannya baik baik. Aku ada jumpa yg rascist tapi tak ramailah. Kalau jumpa aku maki dalam melayu je bukan dia paham. Shopping kalu memang menang kat UK. Makan halal pun senang, berlambak dan murah. Melayu pun ramai.

France pulak dia ada aura yg tersendiri tapi ada bau hancing sebab gagak suka kencing tepi bangunan. Tapi bangunan kat france memang cantik cantik sebab tulah org selalu cakap pasal "an evening in Paris". Mahal sikit banding dengan London dari aspek makan dengan lodging. Cuma orang Perancis ni bagi aku sombong sikit kalau banding dengan orang UK. malas aku nak elaborate pasal ni. Ada sikit sakit hati.

Italy kalu pun ada aura dia sendiri. Bangunan zaman mak nenek moyang depa memang gempak. Nak buat macamana, civilization depa mula awal dan antara yang terawal. Cuma cakap ada susah sikit lah macam kat spain. ***** taknak cakap english. Kalau kat france tu kau balun cakap melayu last last dia cakap english gak. Kat italy ayam cakap itik jadinya.
Ingin Membawa Anak-anak?
Dalam plane lama sangat dan selalunya budak tak selesa dengan pressure. Tu yang depa meragam. Lagi kena jaga takut mabok bila langgar air pocket. Aku suggest kalau boleh kau bawak anak kau bila dia dah umur min 5 tahun. Bukan apa senang sikit kita nak gerak dan dia dah cukup besar utk tahan pressure katebang. Satu lagi prem kena bawak sebab budak tak tahan jalan jauh jauh. Nanti dia mintak dokong haru beb. Cuma kalau kau travel ada budak selalunya dapat tempat duduk samada naik bas atau tube. Dan tiket tube dengan bas free......:D

Hotel/Bilik untuk yang Berkeluarga
oppsss lupa, bila dah travel berempat kena cari bilik quad room ensuite. Kat Paddington berlambak tapi kena pilih betul betul sikit. Baca rating dengan comments guests yang lepas. Lepas tu kau request bilik bawah sebab ada budak kecik. Selalunya depa bagi bilik kat basement jadi kena turun 1 tingkat. Aku lebih rela turun 1 tingkat dari nak kena panjat tangga tinggi tinggi bawak barang boleh patah pinggang. Buat masa ni tu jelah yg aku ingat utk info kita share bersama...:D

Medical
Kebiasaan sebelum aku pergi jalan jalan cari makan, amalan yg aku buat adalah utk pergi jumpa doktor utk dapatkan supply ubat buat budak budak ie - batuk, angin, selsema dan antibiotik (demam). Ni penting bro. Buatnya budak sakit kat sana at least kau dah ada ubat. Kena kalau sakit kat paris ke kan haru tu nak gi sepital or clinic depa. Nak cakap pun susah. Aku dah kena masa kat Amsterdam dulu budak muntah2. Nasib baik ada supply ubat lega kepala otak aku. Ubat utk kita aku suggest setakat ubat batuk dengan panadol je lah. Sakit2 lain tu tahan je lah hee-hee....

VAT
Tak semua dapat claim VAT. Selalunya kedai kedai yang jual baju, kasut hand bag contoh macam M&S, Clarks. Yg penting kau tanya boleh claim VAT ke tak. Kalau boleh berapa minimum purchase utk kau entitle claim VAT. Lepas tu macam brader kat atas tadi mintak receipt dengan borang VAT refund. Selalunya dia macam satu bentuk receipt panjang dan disertakan dengan envelope. Jadi kau isi je tempat kosong dalam borang tu. Tak susah. Lepas tu masukkan dalam envelope. Kalau kat Stansted takyah stamp tapi kat orly kena stamp dan tunjuk barang yang kau beli. Leceh. Aku advise kau gi awal airport masa nak balik dan claim cash je. Puas hati.....:D
Selain dari tu untuk keep in touch with family and friends, utk kurangkan roaming charge, better bawak 2 simcard.

1. Pakai UK punya sim dan activate Flexiroam service. Flexiroam ni akan forward call kita so that kita bayar local charge je mcm kita kat Malaysia
2. Simcard Malaysia, ni kena bawak sekali, just to receive SMS ke apa. Tapi kalau nak receive call or make call pakai simcard UK dgn Flexiroam td. RM10 tak silap per day. Unlimited time boleh cakap.

Safe a lot!
Lesen Memandu di Eropah
Drive di Europe kena ada International License. Laku utk 6 bulan je. Kalo stay lebih 6 bulan kena amek lesen di sana. Sewa keta pun boleh tahan mahal tapi save kalo pergi ramai-ramai. Drive sebelah kiri kalo sewa kereta dari UK memang susah. Amsterdam ke Brussel dlm 2 jam dan Brussel ke Paris 3 jam. Jgn over speed limit masa di Highway esp di France.

Kalo kena speed trap di France, keta polis akan escort ko ke R&R, then ko kena bayar saman cash kat situ jugak (ikut berapa speed ko & kalo tak boleh bayar keta ko kena simpan balai la) & lesen digantung time tu gak dan ko tak boleh memandu di France selama 3 bln. Dgn kata lain... kawan ko la kena drive keta tu ke France atau patah balik ke negara lain. Lepas je border France, boleh la ko memandu semula. Kalo Highway di German tiada speed limit bawak la selaju mana ko nak.
Aku dah tak boleh nak tambah tips dalam main post ni sebab dpt error kata dah sampai limit.
Jadi, kalau yang banyak masa untuk study pasal trip ke london, boleh baca thread ni sampai
habis :D
 
Last edited:
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
18
Points
65
so total pegi dan balik (tiket+penginapan) berape habis??
 

sawamura

Legendary Member
Joined
Mar 24, 2010
Messages
12,479
Reaction score
925
Points
161
Nota tambahan..

Jgn lupa bawak kamus kalo pegi France.. Seriously..

Korang xmo rasa apa yg aku rasa dulu xder kamus.. :((
 

farizal

Active Member
Joined
Apr 24, 2006
Messages
1,489
Reaction score
121
Points
33
so total pegi dan balik (tiket+penginapan) berape habis??
aku bawak 1400 pound dan 400 euro. duit euro aku bawak 400 tak cukup :D
tapi duit pound aku ada balance 600 pound balik malaysia.

kat london, asalnya tak nak shopping. last² tak boleh tahan hahaha. Tapi,
kat London murah. Jaket kulit aku beli 50 pound je kat Camden Town. Bayangkan
aku shopping banyak; tapi balance duit pun banyak masa balik sini
 

farizal

Active Member
Joined
Apr 24, 2006
Messages
1,489
Reaction score
121
Points
33
Nota tambahan..

Jgn lupa bawak kamus kalo pegi France.. Seriously..

Korang xmo rasa apa yg aku rasa dulu xder kamus.. :((
ya, kalau boleh bawak lah. aku ada bawak, tapi aku nak sebutnya
payah betul. macam kes aku, diorang balas dengan bahasa diorang.
banyak kali aku sesat kat Paris.

aku boleh cakap bahasa france ikut dalam buku, tapi diorang cakap
aku tak paham. diorang x mau cakap omputih
 

sawamura

Legendary Member
Joined
Mar 24, 2010
Messages
12,479
Reaction score
925
Points
161
ya, kalau boleh bawak lah. aku ada bawak, tapi aku nak sebutnya
payah betul. macam kes aku, diorang balas dengan bahasa diorang.
banyak kali aku sesat kat Paris.

aku boleh cakap bahasa france ikut dalam buku, tapi diorang cakap
aku tak paham. diorang x mau cakap omputih
time pergi dulu, paling azab nyer bila nk tanya toilet..

haha.. mana ada cakap2.. main tunjuk dlm buku jer.. :p

yg bestnya, walopon dia tahu kita x reti cakap french, dia banzaii cakap gak seolah2 kita paham.. :)) tapi ok laa, at least dari gesture dia tuh boleh agak kiri or kanan :p
 

zaidi7977

Fun Poster
Joined
Jul 21, 2010
Messages
361
Reaction score
0
Points
10
nice info....bilo lah den boleh poi london...he he he
 

farizal

Active Member
Joined
Apr 24, 2006
Messages
1,489
Reaction score
121
Points
33
time pergi dulu, paling azab nyer bila nk tanya toilet..

haha.. mana ada cakap2.. main tunjuk dlm buku jer.. :p

yg bestnya, walopon dia tahu kita x reti cakap french, dia banzaii cakap gak seolah2 kita paham.. :)) tapi ok laa, at least dari gesture dia tuh boleh agak kiri or kanan :p
tapi kan, orang cakap toilet payah nak jumpa kat London n Paris.
kes aku pulak, tandas senang pulak. baik kat london mahupun paris.

lagi satu, kat paris papan tandanya ada bagitau tandas kat mana
dan berapa jauh daripada tempat kita berdiri. sempoi gak.
 

pioneersynergy2u

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2008
Messages
474
Reaction score
48
Points
20
tambah lagi info TT. kena ada VISA tak? tempat yang best kat area hotel yg TT nginap ?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register