[Tips Percuma] Bagaimana Website Iklan Percuma Boleh Jadi Lubuk Untung Anda

CG Sponsors




KamalGhani

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
397
Reaction score
45
Points
20
Iklan percuma selalunya jadi pilihan usahawan-usahawan internet yang baru-baru. Cara ni tak salah, dan memang ramai di kalangan usahawan internet (saya rasa almost all kot) yang mesti sekurang-kurangnya sekali pernah guna cara ni. Saya pun masa cuba-cuba clickbank dulu pun pernah jugak, dan memang boleh buat sales!

Tapi antara kekurangan iklan percuma ni, ialah trafiknya bergantung pada orang yang buka websitenya. Ada juga trafik yang datang dari search engine, tetapi itu pun kalau memang betul2 kena dengan kata kuncinya. Lagi satu masalahnya, nama pun iklan percuma, jadi ramai orang yang nak postkan iklan dalamnya, jadi iklan kita pun cepat la turun daripada senarai. Lagi satu ialah, yang banyak buka website ni bukan customer, tapi penjual! Tapi itu tidak bermakna anda tak boleh nak dapat buat untung daripadanya. Ada caranya. Sebenarnya kekurangan itulah yang menjadi kelebihan kita.

Kalau kita betul-betul faham konsep dan mekanisma marketing (ada dalam salah satu artikel KAT SINI), sebenarnya iklan percuma tu pun boleh jadi lubuk untuk kita buat duit.

1) Kenali siapa pelawat web iklan percuma

Prospek anda bukan orang lain, tapi orang-orang yang menaikkan iklan mereka di website iklan percuma tu sendiri. Mereka mempunyai latar belakang yang sama. Kenali latar belakang mereka. Jom kita cuba senaraikan latar belakang persamaan mereka:
Mereka ada bisnes (kebanyakannya online-based) – maksudnya mereka adalah orang yang mencari pendapatan dengan bisnes online
• Mereka ada bisnes (kebanyakannya online-based) – maksudnya mereka adalah orang yang mencari pendapatan dengan bisnes online
• Mereka utamakan yang percuma – maksudnya suka yang free
• Mereka mahu mengiklan – mereka tahu kepentingan iklan dalam perkembangan bisnes mereka
• Design iklan – perhatikan cara mereka susun iklan dan design iklan, mungkin anda dapat tau mereka ni nampak pakar atau pun tidak.


Ni antara yang saya boleh fikir sekarang la (maklumla baru balik kerja, otak pun dah penat). Ok sekarang berdasarkan latar belakang mereka, kita boleh ke langkah seterusnya.

2) Kenal pasti masalah mereka

Berdasarkan persamaan dan ciri-ciri latar belakang mereka seperti yang kita sebut tadi, kita boleh kenal pasti masalah mereka. Kalau berdasarkan contoh saya bagi kat atas, kita boleh simpulkan yang mereka adalah segolongan usahawan internet yang tertarik dengan benda percuma dan mempunyai masalah dalam pengiklanan mereka

Ini contoh saja tau, mungkin berdasarkan pemerhatian dan kajian korang semua yang lebih bijak, mungkin ada banyak lagi masalah-masalah yang korang boleh kenal pasti.

3) Sediakan produk atau perkhidmatan untuk produk mereka

Dalam salah satu artikel saya di sini, ada cerita macam mana selesaikan masalah orang adalah duit bagi kita. Ini lah masanya! Mereka dahagakan bantuan anda, jangan bertongkat dagu saja, gunakan kelebihan pengetahuan dan pengalaman anda.

Apa nak buat?

Anda boleh bagi mereka produk berasaskan "panduan macamana cara nak beriklan dengan berkesan". Kalau nak lebih spesifik, buat "cara beriklan berkesan di website iklan percuma". Anda boleh juga buat produk yang yakinkan mereka cara nak beriklan di tempat-tempat lain contohnya facebook, youtube, mudah.my dan sebagainya. Boleh juga buat produk ajar "design simple dan menggunakan limited resource tapi berkuasa tinggi" (sesuai dengan tools yang disediakan di web iklan percuma kan sangat terhad).

4) Sekarang, tarik mereka ‘merapati’ produk/perkhidmatan anda tadi

Ini yang paling penting. Sebab sebenarnya anda memasuki lubuk prospek-prospek berpotensi tinggi yang dahagakan panduan anda. Jadi yang penting ialah anda dapat menarik mereka untuk menghubungi anda.

Jadi macamana?

Ingat tak persamaan mereka yang paling besar yang kita tulis tadi? Mereka suka barang free!

Jadi, bagi mereka produk free! Ebook free, video free, artikel free, laporan free…yang penting anda dapat masukkan mereka dalam mailing list anda. Seterusnya anda dapat promosikan produk anda dan mereka akan jadi pelanggan yang mencintai anda dengan setia selagi mereka meneriima email daripada anda

kat mana nak iklan? kat web iklan percuma tulah..kan free!

Tapi saya nak ingatkan sekali lagi, tujuan kita sebenarnya nak membantu mereka, jangan tamakkan keuntungan semata-mata ya. Buat dengan niat membantu, insya Allah, Allah akan beri kita dengan lebih lagi.

*penafian - ini adalah berdasarkan pemerhatian saya. Sebarang kerugian / kegagalan adalah bawah risiko sendiri. Biasalah, tindakan mana yang takde risiko, tapi yang penting kena bertindak dengan berani, dan berbaik sangka dengan Allah.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
Sponsored Post

adisman

Active Member
Joined
Apr 30, 2013
Messages
1,043
Reaction score
106
Points
33
Salam, mmg sedara ni tak kedekut ilmu, kalau ada ilmu2 lg ttg im ni, hulur2 le, sy ni br nak blajar
 

CH4

Legendary Member
Joined
Nov 9, 2010
Messages
18,531
Reaction score
461
Points
136
sgt bguna.... terrima kasih
 
Sponsored Post
Top
Log in Register