BTC USD 104,921 Gold USD 2,771.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tips peniagaan internet

www.kursuson9.com

Fun Poster
Messages
149
Joined
Oct 23, 2008
Messages
149
Reaction score
0
Points
10
ramai org boleh buat perniagaan internet. tapi tak ramai yang boleh buat dengan betul. ada yang dah buat website. tapi sorang pun takda customer. website dah lawa, canggih produk pun ok, tapi masih tak dapat tukar pelawat kepada pembeli.

ingat! seorang pelawat akan datang sebanyak 7 kali ke laman anda sebelum membuat keputusan membeli. jadi, apa tindakan anda pada lawatan pertama mereka supaya datang buat kali kedua dan seterusnya?

sini saya share tips2.. kalau korang ada tips ,sila kan tambah.
.:)
 
Sponsored Post

1. cipta atau pilih produk yang anda yakini orang mahu, bukan produk yang anda fikir mereka perlu
-pilihlah produk yang mempunyai pasaran khusus. Ini penting kerana hanya dengan memilih produk yang mempunyai pasaran khusus sahaja akan membantu meningkatkan jumlah pelawat dan pembelian produk dilaman web anda.

apabila produk anda hebat, anda tidak perlu lagi menjadi seorang jurujual yang hebat
 
2) letak borang autoresponder untuk dapatkan email diorang :D

buat follow up beberapa kali.. insyaalah diorang akan beli :)

:) good.. cara ni kita panggil opt-in email..

Opt-in bermakna subscriber mimilih, atau opt-in untuk dimasukkan ke dalam senarai dan anda dibenarkan menghantar mesej kepada mereka.
Ingat, senarai email amat penting untuk perniagaan anda. Tiada senarai email, tiada perniagaan! Anda akan mengambil masa untuk membina senarai email yang mempunyai respons yang baik.

Kira-kira 95% pelawat tidak akan membeli pada lawatan pertama mereka. Kajian menunjukkan, pelanggan anda akan melihat mesej email anda sebanyak tujuh kali sebelum membuat keputusan membeli! Jadi menggalakkan mereka memberikan alamat email itu amat penting.
 
Pastikan laman web anda hanya mempunyai satu fokus

Fokus adalah satu syarat supaya produk anda benar-benar berjaya dipasaran. Ingat, menjual terlalu banyak produk akan membuat pelanggan keliru. Jika itu terjadi mereka tidak akan membeli. Jika pelawat membeli satu produk anda, cuba yakinkan pelanggan itu untuk membeli produk yang lain. Ini dinamakan “backend Sale”
 
Bina kredibiliti anda sebagai seorang internet marketer professional.Misalnya melalui forum,berkongsi pengetahuan anda.Jadi bila anda menjual apa jua produk nescaya orang akan membelinya dengan yakin....

GOOD. Selain forum . utk meningkatkan kredibiliti kita boleh byk cara. antaranya dengan menulis articel. org masuk internet nak cari maklumat. utk menyelesaikan masalah. so dgn maklumat yang u ada boleh menyelesaikan maslah org tu. secara automatik anda di anggap seorang "pakar". terbinalah kredibiliti anda..:)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register